PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Review fiem Songlap. Show all posts
Showing posts with label Review fiem Songlap. Show all posts
Home » Posts filed under Review fiem Songlap
Edisi Kaki Wayang! Songlap Bayi, Songlap Manusia Dalam Songlap!
Oleh Kaki Wayang on
Semuanya berlaku setelah membaca kisah mengenai
pemerdagangan manusia, membuatkan pasangan suami isteri, penulis skrip
yang juga pengarah filem Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak tampil
menjadikan isu tersebut sebagai subjek utama buat filem terbaru mereka,
Songlap.
Optimis kisah kemasyarakatan mampu dihasilkan bagi memberikan
kesedaran, baik Effendee Mazlan mahu pun Fariza mengharapkan hasil kerja
mereka dijadikan pengajaran.
"Kami selesa untuk memaparkan kisah masyarakat kerana mahu ianya
dijadikan pengajaran. Kisah pemerdagangan manusia sudah menjadi satu isu
yang serius. Lantas apabila kami membuat skrip filem tersebut, kami
rombak semula dan selitkan pula isu sindiket menjual bayi yang turut
sama merupakan perkara yang semakin menjadi-jadi dalam kehidupan kini
agar dapat dikongsi kepada orang ramai.
"Idea tersebut datang setelah kami membaca kisah mengenai pemerdagangan
manusia dan kemudiannya barulah timbul isu sindiket bayi untuk
digabungkan menjadikan filem berkenaan lebih menarik," kata Fariza
ketika ditanya mengenai idea asal filem berkenaan.
Mengambil masa hampir dua tahun menulis skrip filem tersebut, jelas
Effendee semuanya berlaku demi memastikan jalan cerita yang ingin
disampaikan memberi kesan kepada penonton.
"Skrip kita rombak beberapa kali. Apa yang penting biarlah lambat
asalkan jalan ceritanya mempu memberi kesan kepada penonton. Kami tidak
mahu buat filem namun tidak memberi erti. Selain mesej pemerdagang
manusia filem ini juga diselitkan mengenai hubungan kasih sayang adik
beradik yang penting untuk diketengahkan kepada masyarakat umum,"
jelasnya.
Enggan tergesa-gesa dalam menghasilan filem tersebut jelas Effendee,
dia mahu karya mereka dihasilkan menepati citarasa yang dimahukan.
Songlap mengisahkan mengenai sindiket penjualan bayi, yang mana adik
beradik lakonan Shaheizy Sam sebagai Am dan Syafie (Ad) terlibat sebagai
orang tengah sindiket tersebut.
Memilih Shaheizy Sam dan Syafie Naswip serta pendatang baru Sara Ali,
dia yakin penonton filem Melayu akan terkesima menyaksikan lakonan
mereka.
"Kita tahu Shaheizy selalunya melakonkan watak komedi namun dalam filem
ini, perbezaannya amat ketara. Syafie juga berjaya membawakan watak
yang diberikan kepadanya dengan sempurna. Pendatang baru Sara Ali, juga
tidak mengecewakan kami dan saya yakin filem ini mampu meninggalkan
kesan positif kepada umum,"katanya lagi.
Bakal ditayangkan di 77 pawagam tempatan dan Brunei, Songlap bakal
ditayangkan bermula 15 Disember ini. Selain Shaheizy Sam, Syafie Naswip
dan Sara Ali, ia turut dibintangi oleh Norman Damanhuri, Fauzi Nawawi
dan Lisdawati.