Pada pertemuan baru-baru ini, isteri kepada penyanyi N.D. Lala itu berkata, Shila masih muda dan biarlah anaknya itu berkawan dengan Sharnaaz terlebih dahulu di mana katanya soal kahwin itu difikirkan lima tahun yang akan datang.
“Sekarang ini umur Shila baru 22 tahun dan kalau dia mahu berkahwin pun biarlah umurnya 25 tahun. Tunggulah tiga tahun dan ke atas kerana biarlah Shila tumpukan pada bidang nyanyian yang diceburinya itu,” ujarnya sambil dipersetujui oleh Shila yang berada di sisinya.
Hubungan intim Shila dan Sharnaaz bukan asing lagi apabila penyanyi kelahiran pertandingan one In A Million itu pernah berterus terang mengatakan suka dengan Sharnaaz sehingga menjemputnya sebagai model dan pelakon dalam klip lagu persembahannya tahun lalu.
Malah, Shila juga dikatakan berjalan berpegangan tangan dengan pelakon Juvana The Movie itu sewaktu hadir pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-26 yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 29 Januari lalu.