PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Suara dari langit. Show all posts
Showing posts with label Suara dari langit. Show all posts
Home » Posts filed under Suara dari langit
Edisi Informasi! 'Suara dari langit' terjawab!
Oleh Kaki Wayang on
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menafikan dengkuran
kuat diselang seli bunyi nyaring frekuensi radio di Kota Semarahan pada
11 an 12 Januari lalu berpunca daripada High Frequancy Active Auroral
Research Programme(HAARP) yang dijalankan di Amerika Syarikat.
Sebaliknya bunyi berkenaan datang daripada sebuah kilang kelapa sawit di Kampung Endap.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Fadillah
Yusof berkata, kilang berkenaan telah membuat pengujian terhadap tekanan
dandang secara automatik pada 11 dan 12 Januari 2012 sehingga
menyebabkan kewujudan bunyi seolah-olah orang sedang menjerit dan
mengejutkan penduduk kampung di sekitarnya.
“Ekoran itu, Mosti telah menubuhkan satu jawatankuasa Siasatan Ngauman
Langit (Sky Roar) dikendalikan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan
Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM). Siasatan mendapati aduan beberapa
penduduk berkaitan bunyi yang tidak diketahui bukan seperti yang
disangka.
“Ia juga tiada kaitan dengan gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy
Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan di Amerika
Syarikat,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Dalam laporan muka depan Sinar Harian 21 Januari lalu, mengatakan bunyi
berkenaan berkait dengan HAARP, iaitu program penyelidikan ionosfera
dan dinaungi sepenuhnya oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska
dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).
DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika
Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk
kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya
menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem
komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan
peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument
(IRI).
Fadillah berkata, pihaknya telah melakukan beberapa siasatan dengan
menemu bual saksi-saksi kejadian, orang kampung dan membuat siasatan
mengenainya serta mendapatkan khidmat pakar untuk menganalisis bunyi
itu.
Bagi membuktikan kebenaran ini, katanya, Penolong Pengurus kilang,
Yusmizan Desa mengakui kilangnya ada melakukan penentu kuran secara
berkala yang melibatkan perlepasan wap secara besar-besaran dan
menghasilkan tekanan sehingga muncul ‘Nyauman Langit’.
“Yusmizan memberitahu pihak kami tujuan perlepasan tekanan dandang
dilakukan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit. Kami diberi
penjelasan melalui corong lepasan wap ke arah kampung itu dan mereka
juga melakukan demonstrasi untuk membuktikan perkara ini.
“Pihak kami dan juga saksi-saksi, terutama penduduk kampung telah
berpuas hati dengan demonstrasi itu. Begitu pun, kami masih menjalankan
analisis secara saintifik untuk mengkaji frekuensi itu,” katanya.