Gambar mereka turut tersebar dan nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, tiba-tiba menjadi sebutan. Musa, bagaimanapun, dalam satu kenyataan, menafikan khabar itu dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu itu. Sementara itu, Syella gagal dihubungi bagi menjelaskan perkara sebenar.
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Tan Sri Musa Hassan. Show all posts
Showing posts with label Tan Sri Musa Hassan. Show all posts
Home » Posts filed under Tan Sri Musa Hassan
Betol-betol Sengal! Fitnah itu Memalukan keluarga!
Oleh Kaki Wayang on
Memalukan dan mengecewakan! Itulah digambarkan pelakon tersohor, Datuk
Jalaluddin Hassan, apabila tersebarnya berita perkahwinan penyanyi,
Syella Kamaruddin yang dikaitkan dengan abangnya, bekas Ketua Polis
Negara, Tan Sri Musa Hassan. Jalaluddin memberitahu, berita yang tersebar di laman maya itu,
membuatkan dia dan keluarga terkejut besar. Malah orang tuanya sendiri
tidak mengetahui perkara ini.
“Baru semalam (Jumaat) saya hubungi abang saya. Bila saya bertanyakan perkara ini, abang dan kakak ipar saya tergelak besar.
“Orang paling terkesan dengan khabar ini ialah orang tua kami.
Takkanlah abang saya sekejam itu sehingga menyembunyikan hal ini dari
pengetahuan mereka,” katanya kepada Zass.
Jalaluddin turut kesal dan marah apabila berita itu turut mengaitkan bapanya.
“Saya ada terbaca artikel berkenaan isu itu. Kenapa menulis sedemikian? Mengaitkan pula ayah saya dalam hal ini.
“Cukuplah mereka membuat cerita tidak benar tentang abang saya. Kini
mereka mahu melibatkan ayah saya pula. Orang yang menyebarkan berita ini
memang tidak berbudi bahasa,” katanya dalam nada geram.
Gesa Musa ambil tindakan
Berikutan fitnah yang disebarkan, Jalaluddin menggesa abangnya
mengambil tindakan ke atas mereka yang menyebarkan fitnah tersebut.
“Bagi saya, mereka yang menyebarkan fitnah ini merupakan orang yang
tidak mempunyai hati dan perasaan. Main sedap mulut sahaja
berkata-kata.
“Kalau tidak tahu, buat cara tidak tahu. Sebelum sebarkan, siasat dahulu berita itu benar atau tidak,” katanya.
Membangkitkan mengenai perkahwinan yang dikatakan menelan belanja RM15
juta itu, Jalaluddin memberitahu, adalah sesuatu yang mustahil jika
abangnya mempunyai wang sebanyak itu kerana menurutnya, Musa merupakan
seorang yang sederhana dalam segala hal.
“Abang saya memakai selipar apabila keluar. Dia juga pergi ke kedai
mamak untuk makan. Kalau abang saya mampu mengadakan majlis perkahwinan
yang berjumlah RM15 juta, pasti bapa saya kini hidup lebih senang,”
katanya.
Minta suami Syella tampil
Selain akan mengambil tindakan ke atas mereka yang menyebarkan fitnah
ini, Jalaluddin juga turut meminta agar suami Syella tampil membuat
kenyataan.
“Perkara ini melibatkan maruah kami sekeluarga. Jika suami Syella
seorang yang gentleman, sila tampil dan betulkan keadaan,” katanya.
Jalaluddin juga meminta agar Syella tidak terus menyembunyikan suaminya itu.
“Sekiranya suami Syella rasa bertanggungjawab terhadap isu ini, dia harus datang ke depan dan tonjolkan dirinya.
“Dia harus sedar, kami semua terluka dengan tohmahan yang dibuat oleh
masyarakat, terutama terhadap orang tua saya. Tambahan pula, perkara ini
tidak semena-mena melibatkan orang yang tidak bersalah,” kata
Jalaluddin.
Sebelum ini, perkahwinan Syella, mengejutkan orang ramai apabila majlis
persandingan dan hantaran yang diterima mencecah RM15 juta.
Bertambah kecoh, apabila Syella, dikatakan berkahwin dengan orang kenamaan yang pernah memegang jawatan penting dalam negara.
Gambar mereka turut tersebar dan nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, tiba-tiba menjadi sebutan. Musa, bagaimanapun, dalam satu kenyataan, menafikan khabar itu dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu itu. Sementara itu, Syella gagal dihubungi bagi menjelaskan perkara sebenar.
Gambar mereka turut tersebar dan nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, tiba-tiba menjadi sebutan. Musa, bagaimanapun, dalam satu kenyataan, menafikan khabar itu dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu itu. Sementara itu, Syella gagal dihubungi bagi menjelaskan perkara sebenar.