“Kami sedang menyiasat laporan ini,” kata jurucakap CIA. Lulz Security menghapuskan halaman depan laman web, menghantar maklumat peribadi mengenai pelanggan dan pentadbir dan mendedahkan carta organisasi beberapa laman.
Penganalisis keselamatan bagaimanapun tidak memandang serius kesan serangan ini dan berkata penggodam sekadar menunjuk-nunjuk untuk mendapat seberapa banyak perhatian yang boleh.
“Dalam kes serangan ke atas laman CIA, penggodam tidak boleh mengkases data sensitif dengan menceroboh laman web umum agensi itu. Apa yang dilakukan hanyalah untuk menyatakan betapa hebatnya mereka dan betapa teruknya sistem keselamatan CIA,” kata penulis bersama buku Inside Cyber Warfare: Mapping the Cyber Underworld, Jeffrey Carr.
Lulz yang mempunyai anggota di seluruh dunia, mengumumkan serangan itu sejurus sebelum jam 6 petang waktu Pantai Timur.
Walaupun kumpulan itu yang juga dikenali sebagai Lulz Boat, menunjukkan imej yang lebih menjurus kepada aktivis, anggotanya dikehendaki oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan pihak berkuasa lain kerana melanggar undang-undang.