Jika anda memutuskan untuk aktif bergerak hari ini juga, kesannya juga akan datang kepada anda dengan pantas. Dengan membiasakan diri berlatih tiga kali seminggu, “mood” dan pola tidur anda akan menjadi lebih baik. Beriadah secara cergas juga mampu memperbaiki emosi diri jika anda sedang tertekan. Tubuh lebih segar dan anda jarang sakit.
Pada permulaannya, anda pasti cepat penat. Biasakan diri dengan latihan tiga kali seminggu itu dan setiap sesi cukuplah setakat 40 minit. Gabungkan latihan jenis aerobik (misalnya menggunakan “treadmill”, “cross trainer’ atau berbasikal), ketahanan (latihan beban) dan regangan.