PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label cukai 6 peratus ditangguh. Show all posts
Showing posts with label cukai 6 peratus ditangguh. Show all posts
Home » Posts filed under cukai 6 peratus ditangguh
Betol-betol Gempak! Cukai 6 peratus ditangguh - Rais
Oleh Kaki Wayang on
Cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan
sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon
prabayar yang dijadual Khamis ini, ditangguhkan sehingga kajian
mengenainya selesai. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais
Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya
mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di
negara ini.
"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan
U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka
telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti
yang diumumkan sebelum ini.
"Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta
sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,"
katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil
syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut di Angkasapuri di sini hari
ini.
Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan
Maxis, Sandip Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile,
Dr. Kaizad Heerjee. Menurut Rais, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kajian sama ada
cukai tersebut akan dikenakan terhadap pengguna yang membeli pek
permulaan talian prabayar atau mengenakannya setiap kali pengguna
membuat tambah nilai kredit.
"Saya rasa lega apabila mereka bersetuju menangguhkannya dan
kementerian akan membuat beberapa kajian tentang isu yang dibangkitkan
seperti waktu terbaik bagi melaksanakan cukai perkhidmatan tersebut,"
katanya.
Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat komunikasi
terlibat yang turut sama akan membincangkan kadar yang sepatutnya
dikenakan.
"Jadi, isu-isu yang berbangkit ini akan saya bawa kepada mesyuarat
Jemaah Menteri kelak untuk menghuraikan dengan lebih jelas berkenaan
data dan fakta yang lengkap," katanya.
Rais berkata, beliau juga akan menyarankan kepada kerajaan untuk
memberi penghargaan di atas sumbangan dan peranan yang dibuat
syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut terhadap cukai perkhidmatan
selama ini.
"Jumlah yang disumbang syarikat-syarikat itu terhadap cukai
perkhidmatan amat besar dan boleh saya anggarkan jumlahnya bernilai
hampir RM6 bilion bermula dari 1998 sehingga kini kepada hampir 26 juta
pengguna talian prabayar di negara ini," katanya.
Justeru itu, Rais berharap isu cukai perkhidmatan tersebut tidak lagi
dibangkitkan kerana syarikat telekomunikasi terbabit sudah bersetuju
untuk menangguhkan pelaksanaan caj tersebut.