PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label edisi agama. Show all posts
Showing posts with label edisi agama. Show all posts

Edisi Agama! Suburkan Jiwa Sayang Rasulullah Dalam Keluarga - Siri Khutbah Jumaat!

Oleh Kaki Wayang on


Khutbah Jumaat. Cinta adalah ungkapan yang sering diucapkan. Kalimah cinta menggambarkan perasaan sangat sayang terhadap sesuatu atau seseorang sama ada antara suami dan isteri; ibu dan anak; sesama kaum keluarga serta kaum kerabat.

Cinta itu bukan sekadar tumbuh subur di dalam jiwa bahkan suatu tindak tanduk yang dapat diukur melalui tingkah laku seseorang. Sebagai Muslim, kita tidak dapat lari daripada membicarakan perasaan kasih dan sayang kepada Allah SWT dan juga rasul-Nya Nabi Muhammad SAW. 

Baginda diutuskan kepada manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang benar melalui tunjuk ajar dan tindak tanduknya. Inilah yang ditegaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. (Ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Ali-Imran, ayat 31).

Mari kita renungkan sifat cinta Rasulullah SAW kepada umatnya. Baginda dikurniakan Allah SWT sebagai seorang insan yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Tanda cinta Nabi SAW dapat dilihat dari sikap prihatinnya terhadap umatnya di padang Mahsyar kelak.

Rasulullah Mengutamakan Umatnya 

Tatkala manusia gementar berhadapan penghakiman Allah SWT terhadap setiap amalan, Baginda SAW merayu kepada Allah SWT supaya umatnya diringankan beban dan dilepaskan daripada seksa api neraka. 

Baginda bukan risaukan isteri, keluarga, kaum kerabat, sahabat, tetapi amat risaukan umatnya. Persoalannya, apakah bentuk cinta yang perlu kita buktikan terhadap Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian? Antara syarat yang perlu ada untuk menjadi umat Muhammad SAW yang sempurna ialah tanamkan perasaan cinta dan kasih yang begitu ikhlas dan tinggi kepada Nabi SAW.

Perasaan ini perlu dipupuk dan disuburkan dalam jiwa kita serta ahli keluarga sepanjang masa melebihi segala-galanya. Jika rasa cinta pada Nabi SAW tidak subur dalam jiwa, maka ini menyebabkan kita tiada usaha dan semangat menghayati dan mencontohi cara hidup baginda dalam kehidupan seharian.

Ini yang ditegaskan oleh Nabi SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Anas bin Malik: "Tidak (sempurna) iman salah seorang kamu sehingga aku lebih dicintai dari bapanya, anaknya dan semua manusia lainnya". Sanggup mempertahankan kemuliaan Nabi Muhammad SAW daripada difitnah sama ada secara fizikal atau kata-kata.

Umat yang cintakan Nabi SAW akan sanggup mempertahankan kemuliaan Nabinya daripada difitnah. Contohilah Zaid bin Harithah yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan Nabi SAW daripada dicederakan oleh penduduk Thaif semasa melaksanakan seruan dakwah terhadap masyarakat di bandar itu. Hayatilah cintanya sahabat seperti Talhah bin Ubaidillah dan Abu Dujanah yang sanggup menjadikan tubuh mereka sebagai perisai untuk melindungi Nabi SAW daripada terkena anak panah musuh dalam peperangan Uhud.

Sanggupkah kita mempertahankan kemuliaan Nabi SAW dan ajarannya dengan fizikal dan lidah seperti mana dilakukan oleh sahabat Baginda. Mempertahankan sunah Nabi Muhammad SAW. Umat yang cintakan Nabi SAW sanggup mempertahankan sunah nabinya. Mereka menjadikan cara kehidupan seharian Baginda sebagai ikutan dan cara hidup. Mereka sanggup memperjuangkan semua bentuk ajaran rasulnya bahkan berusaha keras membanteras segala larangan rasul-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Apa juga yang diberikan oleh Rasulullah (sama ada pemberian atau perintah) kepada kamu, maka terimalah, dan apa juga yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat berat azab-Nya (bagi orang yang melanggar perintah-Nya)." (Surah al-Hasyr, ayat 7).

Selawat Bukti Kecintaan 

Sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad SAW antara bukti kecintaan kita kepada Nabi SAW. Riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah: "Sesiapa yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali." Sayangnya, jika diperhatikan kehidupan setengah golongan masyarakat Islam hari ini, mereka lebih seronok dan bangga menjadikan artis, selebriti, ahli sukan serta tokoh tertentu sebagai contoh ikutan yang digilai.

Mereka sanggup membelanjakan wang ringgit, mengorbankan tenaga dan masa untuk menghayati gaya hidup idola mereka. Mereka lahirkan rasa cinta dengan mencari maklumat berkaitan ikutan mereka seolah-olah itulah gaya kehidupan mereka yang sebenar. Pada waktu yang sama, terdapat pula setengah golongan masyarakat Islam mempertikaikan kemuliaan dan perjuangan Nabi SAW.

Mereka mempertikai kedudukan hadis malah ada yang menolaknya. Kini tibalah masanya kita sebagai umat Islam menukar arah dan pandangan hidup ke arah mencontohi cara hidup Nabi Muhammad SAW. Marilah kita jadikan Nabi SAW sebagai ikutan dalam kehidupan, tanamkan sifat cinta kepada Baginda kerana umat yang kasih pada nabinya akan taat arahan Allah dan rasul-Nya serta sentiasa menjauhi larangan-Nya.

Kesempurnaan iman seseorang itu bergantung kepada sejauh mana cintanya kepada Rasulullah SAW dan mengamalkan segala sunahnya. Umat yang cintakan nabinya bukan sekadar melalui ungkapan kata-kata, bahkan sanggup mengorbankan harta dan jiwa dalam meneruskan perjuangannya. Sumber ialah Khutbah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Suburkan Jiwa Sayang Rasulullah Dalam Keluarga - Siri Khutbah Jumaat!

Edisi Agama! Orang Bukan Islam Sembah Berhala, Islam Sembah Kaabah, Same Je laa - Ikuti Jawapan Ustaz Yang Mengesankan!

Oleh Kaki Wayang on


Sewaktu Nabi Muhammad SAW wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.

Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.

1) Nama Nabi Isa AS disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad SAW disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad SAW hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa AS disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad SAW, sebab itu nama Nabi Muhammad SAW jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad SAW tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa lebih banyak disebut daripada nama Nabi Muhammad SAW dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa AS diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad SAW wafat. Jadi, bila Nabi Isa AS dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum NASrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “Siapa yang taat pada Allah akan mASuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan mASuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulASi isi kandungannya)

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad SAW adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa AS akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa AS yang terakhir?

Nabi Muhammad SAW adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.

5) Nabi Isa AS disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?

Firman Allah swt : “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.

6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’?

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?

Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.

9) Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”

Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik” 

Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang akan dapat banyak penyakit”

Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad SAW? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?

Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad SAW diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.

(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Orang Bukan Islam Sembah Berhala, Islam Sembah Kaabah, Same Je laa - Ikuti Jawapan Ustaz Yang Mengesankan!

Edisi Ngeri! Perempuan Yang Memotong Badannya Sendiri Dengan Gunting - Serius Ngeri!

Oleh Kaki Wayang on


So ingatlah wahai kaum hawa bahawasanya sangat mudah untuk kita melupakan dan mengingkari perintah Allah S.W.T. Maka berhati-hatilah dalam bersosial..mudah sebenarnya untuk mendapatkan redha Allah S.W.T..pendek kata, selagi kita berada dalam perintah Allah S.W.T insyaAllah kita tidak akan termasuk dalam golongan orang munafik dan fasik..
Sila baca selanjutnyaEdisi Ngeri! Perempuan Yang Memotong Badannya Sendiri Dengan Gunting - Serius Ngeri!

Edisi Agama! Suami Cium Jenazah Isteri, Batalkah Wuduk Jenazah? (Wajib Baca)!

Oleh Kaki Wayang on


Pendahuluan

Pernahkah anda terfikir? Atau pernahkah anda mengalami situasi ini? Bagi mereka yang sudah berkahwin sahaja yang pastinya akan melalui saat ini. Namun begitu pernahkah anda terfikir akan hukum mencium jenazah suami/ isteri? Adakah wuduknya batal atau bagaimana?

Situasi

“Suami jangan cium jenazah isteri. Nanti batal wuduk jenazah itu”.

Pelik sekali ada orang kata seperti ni. Kadang kala yang kata tu adalah tukang mandi jenazah. Mana lah dia dapat hukum ni? Kita yang jahil ni pun termakan hingga suami tak dapat cium kali terakhir kepada sang jenazah isteri kerana takut batal wuduknya.

Benarkah Wuduk Jenazah Isteri Batal Jika Suami Cium? Begitu juga isteri dihalang untuk cium jenazah suaminya atas alasan yang sama. Mari buka Kitab fiqh. Mari Belajar ilmu supaya tak termakan dengan perkara ini.

Persoalan dan Jawapan

Batal ke wuduk jenazah tu?

Jawapannya sudah tentu tidak batal. Pertama sekali kita mesti tahu bahawa orang yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut syariat). Ini adalah kerana mereka sudah terpisah dari dunia, maka terpisah dari sebarang hukum. (Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat adalah tempat meraih kehidupan kekal abadi).

Maka bagaimana kamu boleh kata wuduk jenazah itu batal sedangkan dia sudah tidak ada hukum lagi?

Begitu juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah yang sudah ada wuduk. Maka wuduknya tidak batal. Namun wajib bagi kita yang hidup untuk sucikan najis itu. Ini kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka yang hidup dan bukanlah yang mati. Maka jika jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka yang bukan mahram (atau sang isteri/suami) maka tidak batal wuduk jenazah itu.

Tapi, jika sekiranya yang hidup itu ada wuduk. Maka yang hidup itu, batallah wuduknya. Contoh, suami mati. Isteri cium jenazah suami. Maka suami tidak batal, yang batal adalah si isteri.

Rujukan -Kitab kifayatul muhtadi (Pengajian Dibawa oleh Ustaz Wan Junaidi Hafizullah )

Oleh: Isma Anis Alfikri
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Suami Cium Jenazah Isteri, Batalkah Wuduk Jenazah? (Wajib Baca)!

Edisi Sentap! Korang Perasan tak ni....?

Oleh Kaki Wayang on

PERASAN X?... duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN X?.. 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN X?... betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung.

PERASAN X?...susah sunggu merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.

PERASAN X?... betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawikh bulan Ramadhan lama dan panjang.

PERASAN X?...susah sangat baca al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.

PERASAN X?...orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Korang Perasan tak ni....?

Edisi Agama! Isteri Yang Baik Adalah Isteri Yang....?

Oleh Kaki Wayang on



Rasulullah SAW menceritakan (dalam peristiwa Israk & Mikraj) bagaimana Baginda SAW melihat terlalu ramai wanita menghuni neraka..dan salah satu sebab dan puncanya adalah tidak menjaga hubungan antara suami dan isteri..tidak menurut kata-kata dan perintah suami (apatah lagi tidak menurut perintah Allah SWT...)
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Isteri Yang Baik Adalah Isteri Yang....?

Edisi Agama! Apakah Itu Dayus Wahai Rasulullah SAW?

Oleh Kaki Wayang on



Sebagai umat Islam dan Ketua Keluarga yang boleh dianggap sebagai Imam dalam keluarga..elakkanlah diri kita agar tidak dikenali sebagai Adik, Abang, Ayah, Suami, Bapa Saudara yang DAYUS!
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Apakah Itu Dayus Wahai Rasulullah SAW?

Edisi Agama! Antara Sebab Mengapa Rezeki Susah Nak Masuk - Ustaz Don!

Oleh Kaki Wayang on



Tiap-tiap bulan gaji masuk “riban-riban” tapi tak mencukupi..ader je yang nak kena bayar..lepas bayar ni, bayar tu pula..lepas bayar tu, bayar ni pula..rasa macam tak cukup je bulan ni..kenapa ek? Gaji dah besar dah tapi tak cukup sokmo..tak pun, keje bagai nak rak tapi gaji ciput je..
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Antara Sebab Mengapa Rezeki Susah Nak Masuk - Ustaz Don!

Edisi Agama! 3 Golongan Yang Lebih Awal Ke Neraka!

Oleh Kaki Wayang on


Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah “orang alim” , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T.
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! 3 Golongan Yang Lebih Awal Ke Neraka!

Edisi Agama! Baiknya Allah S.W.T!

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Baiknya Allah S.W.T!

Edisi Agama! Hukum Meletakkan Teddy Bear Dalam Bilik Bagi Yang Belum Baligh dan Dah Baligh!

Oleh Kaki Wayang on


Mesti ramai diantara kita kan yang mempunyai anak patung atau paling biasa kita dengar ada Teddy Bear, Garfield, dan macam-macam patung lagi..ianya hanya dibolehkan bagi kanak-kanak yang belum baligh..dan haram bagi yang baligh untuk menyimpannya sebagai hiasan..

Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Hukum Meletakkan Teddy Bear Dalam Bilik Bagi Yang Belum Baligh dan Dah Baligh!

Edisi Informasi! Dengan Siapa Wanita Wajib Berhijab dan Haram Bersalam? - Meh Sini Nok Kabo!

Oleh Kaki Wayang on


Pasal aurat lagi..asyik-asyik bila masuk blog Kaki Wayang mesti cakap pasal aurat..haaa tulaaa korang..asyik-asyik nak cerita sensasi je..kita kenelah seimbangkan dunia akhirat..betul tak..kali ni membawa tajuk yang tidak kurang pentingnya kepada kita..khususnya kepada wanita-wanita yang bergelar isteri, adik, kakak dan sebagainya..

Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Dengan Siapa Wanita Wajib Berhijab dan Haram Bersalam? - Meh Sini Nok Kabo!

Edisi Informasi! Fatwa dan Hukum Menyambut ‘April Fool’s Day’ - Serius Informasi!

Oleh Kaki Wayang on


Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut: Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Fatwa dan Hukum Menyambut ‘April Fool’s Day’ - Serius Informasi!

Edisi Agama! Adakah Berdosa Jika Berambut Mohawk Lalu Mengenakan Jubah dan Sembahyang?

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Adakah Berdosa Jika Berambut Mohawk Lalu Mengenakan Jubah dan Sembahyang?

Edisi Agama! 4 Jenis Lelaki Ditarik Perempuan Ke Neraka!

Oleh Kaki Wayang on

neraka

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul…

1. Ayahnya

Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! 4 Jenis Lelaki Ditarik Perempuan Ke Neraka!

Edisi Teragung! Para Nabi Solat di dalam Kubur!

Oleh Kaki Wayang on


Waktu-waktu solat yang telah ditentukan oleh umat Nabi Muhammad SAW ialah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.

ANTARA nikmat yang diperoleh daripada kehidupan di alam barzakh ialah melakukan solat dalam kubur secara hakiki dan bukannya khayalan ataupun imaginasi semata-mata. Banyak hadis yang diriwayatkan berhubung perkara ini. Antaranya daripada Anas ibn Malik beliau berkata, Rasullullah SAW bersabda: "Para Nabi sebenarnya hidup di dalam kubur mereka; melakukan solat." (Riwayat Abu Yaala dan Al-Bazzar, Majma 'Al-Zawaid: Juzu' 8: Halaman: 211).

Sila baca selanjutnyaEdisi Teragung! Para Nabi Solat di dalam Kubur!

Edisi Jumaat! Jangan Biarkan Fitrah Menjadi Fitnah..(Wajib Baca)!

Oleh Kaki Wayang on


Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang bercinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahawa cinta adalah pra-syarat perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu mesti didahului oleh hubungan cinta. Ada "dating", hubungan telefon dan lain-lain.

Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas perkahwinan, kita menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi kita tentang cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul. Bolehkah bahagia bila berkahwin tidak didahului hubungan cinta? Bolehkah serasi? Dan bermacam persoalan lagi.

Sila baca selanjutnyaEdisi Jumaat! Jangan Biarkan Fitrah Menjadi Fitnah..(Wajib Baca)!

Edisi Agama! HUKUM Menolak Kepala Sama Seperti Menampar Muka!

Oleh Kaki Wayang on

HARAM (BERDOSA), dengan apa jua tujuan sekalipun..

Rasulullah saw bersabda :

"Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."

(Hadis sahih Bukhari dan Muslim)

Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul di muka dan menolak kepala kerana :

1. Kepala ada anggota lembut dan paling atas serta menghimpunkan segala kebaikan..
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai..
3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata..
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini, mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat..
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas..

Nasihat saya kepada sahabat sekalian, tolong jangan sekali-kali menghukum sesiapa di kepala..apa juga bentuk denda, perbuatan termasuklah tampar, tolak, ketuk, baling dan sebagainya kerana kepala itu merupakan anggota paling mulia yang dianugerahkan Allah, tempat sujud kita kepada Allah..

Dan tempat di mana letaknya otak yang BERFUNGSI mengawal atur segala pergerakan badan..HORMATLAH sahabat mengikut acuan dan akhlak Rasulullah..♥♥
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! HUKUM Menolak Kepala Sama Seperti Menampar Muka!

Edisi Sentap! Kalau Orang Kata..Kita Kata Balik..!

Oleh Kaki Wayang on


Kalau orang kata kamu tak cantik, tak hensem, tak comel..
kamu jawab balik macam ini :

"Tak pe...biar tak cantik Rupa tapi, cantik Akhlaknya"
"Tak pe..biar tak Hensem tapi, biar hensem Imannya"
"Tak pe..biar Kulit ni gelap, asalkan tak gelap Hatinya"
"Biar tak berseri wajah (Pakai Produk Mahal) asalkan, seri wajah tak lekang dari wuduk"
"Biarlah orang kata tak laku, sebab Allah tak melihat luaran melainkan Iman kita "
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kalau Orang Kata..Kita Kata Balik..!

Edisi Informasi! 4 Keadaan Yang dibenarkan Membuka Aib Orang Lain!

Oleh Kaki Wayang on


Tepuk dada tanya selera, tepuk blog anda akan dapat jawapannya..maknanya, lihatlah blog anda..apa yang anda tulis dan fahami serta ketahui adakah blog anda dalam kalangan Membuka Aib Orang atau tak..
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! 4 Keadaan Yang dibenarkan Membuka Aib Orang Lain!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...