PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label harta karun naica. Show all posts
Showing posts with label harta karun naica. Show all posts

Betol-betol Hangat! Tempat tinggal Superman ditemui?

Oleh Kaki Wayang on

http://i48.tinypic.com/jhymc2.jpg 
 
DITEMUI secara tidak sengaja oleh dua pelombong yang mencari sumber baru, sesetengah pihak mungkin menyangka rangkaian gua kristal ini tempat digunakan Superman untuk memencilkan diri dalam filem superhero itu. Tiang putih menakjubkan ini membesar secara perlahan-lahan selama beratus-ratus tahun dalam gua di bawah permukaan Naica di Mexico.

Sepuluh tahun selepas penemuan menakjubkan itu, saintis mendesak kerajaan Mexico mendapatkan status Warisan Dunia Unesco bagi melindungi pembentukan unik itu untuk generasi akan datang.

“Ia satu daripada keajaiban dunia,” kata Juanma Garcia Ruiz, pakar geologi dari Instituto Andaluz de Las Ciencias de la Tierra di Sepanyol yang menjalankan kajian terhadap gua berkenaan.

Imej mengagumkan ini, yang dirakam oleh jurugambar terkenal Sepanyol, Javier Trueba menunjukkan kristal itu yang sebahagiannya berukuran sehingga 11 meter. Setakat ini tidak dapat dipastikan bagaimana ia terbentuk secara tidak teratur di dalam gua itu. Lombong besar di Naica itu digali selama beberapa tahun. Namun pada 1975, sejumlah besar kawasan itu dikeringkan bagi membolehkan kerja-kerja perlombongan dijalankan.

Apabila kering, kristal itu berhenti membesar, tetapi ia lebih 25 tahun sebelum dua pelombong menemui Gua Kristal yang luas itu. Turut ditemui ialah koleksi gipsum yang begitu banyak. Pembentukan tiang 290 meter di bawah permukaan berlaku apabila air yang sangat panas mula sejuk dan menjadi terperap dengan gipsum. Lama-kelamaan, kristal akan terbentuk di dalam air.

Satu daripada masalah besar yang masih dihadapi saintis yang berhasrat melakukan kajian di bawah permukaan di Naica ialah suhu. Kolam air panas yang terletak berhampiran Gua Kristal itu menyebabkan suhu di dalam gua itu sangat panas untuk membolehkan saintis kekal di dalamnya melebihi 10 minit pada sesuatu masa.

Mujur beberapa bahagian lain gua itu berhawa dingin. Profesor Garcia Ruis berkata: “Jika anda berada di bawah lombong itu, anda tidak boleh hidup lebih daripada dua minit. Suhunya tersangat panas.

“Bagaimanapun, lombong itu terlalu besar. Ada banyak ruang besar di bawah sana dan anda boleh memandu kereta menerusinya.” Beliau merancang kembali ke Naica tidak lama lagi untuk meneruskan kajian. Namun, dia menggesa usaha dilipat gandakan untuk memastikan kristal itu mendapat penjagaan baik.

“Kristal itu perlu dijaga dengan lebih baik. Ia sesuatu yang sungguh menakjubkan dan saya berpendapat masih ada orang di Mexico yang tidak tahu betapa pentingnya untuk memeliharanya sebaik mungkin. Saya berusaha meyakinkan penduduk Mexico supaya mendesak Naica dijadikan kawasan Warisan Dunia Unesco.

“Naica begitu unik dan peluang untuk memiliki satu lagi seumpamanya di dunia ini terlalu tipis.”
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Tempat tinggal Superman ditemui?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...