PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label jarak bulan dan bumi. Show all posts
Showing posts with label jarak bulan dan bumi. Show all posts

Betol-betol Informasi! Usia sebenar bulan 4.36 bilion tahun!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3kIT3INST8ch_vfAXXvDxs2B4hTMTvSZCuqdKIIFgIB2gkEmIYzj25_WsVj-_rmkZyOBvXQEt7I-LmDhbOvFpZH_MQIa3vwc7nDzDzFzqx0oVqXIUzlau1PdW8R5NVpwIFRvfAoSQawz0/s1600/bulan.jpg 

Kajian baru terhadap batu bulan yang dikutip angkasawan Apollo 16 menunjukkan bulan mungkin lebih muda 60 juta tahun berbanding apa disangkakan sebelum ini. Kajian terbabit dilaporkan dalam jurnal Nature menunjukkan bahawa usia sebenar bulan mungkin 4.36 bilion tahun.

Lars Borg dari Makmal Nasional Lawrence Livermore di California dan rakannya berkata, bahawa wujud kesilapan dalam menentukan usia sebenar bulan berdasarkan kajian yang dibuat ke atas pembentukan kerak. Borg berkata, usia bulan lebih muda meletakkan ia hampir kepada 4.4 bilion tahun berbanding mineral Bumi dikenali zircon ditemui di Jack Hills di Barat Australia. Ini bermakna kerak tertua bagi Bumi dan bulan terbentuk pada masa sama. 

Hipotesis mengenai asal bulan itu, teori kesan gergasi, membabitkan pelanggaran antara proto-Bumi awal dan satu lagi proto-planet dipanggil Theia, yang mempunyai saiz sebesar planet Marikh.

Cairan dan serpihan daripada kesan berkenaan terlontar ke ruang angkasa, malangnya pembentukan jisim mengambil masa berjuta-juta tahun untuk mewujudkan bulan. (Bagaimanapun, ini hanya tanggapan saintis Barat kerana semua cakerawala ciptaan Allah).

Sebaik saja bulan sejuk, magma terbabit berpadu menjadi komponen mineral berbeza dengan batuan kerak bulan dipanggil ferroan anorthosites (FAN) yang menjadi semakin tua.

Borg dan rakannya menggunakan teknik penapisan semula untuk menganalisis isotop plumbum dan neodimium dalam sampel 1.88 gram FAN mereka dari batu bulan yang dikutip Pusat Angkasa Lepas Johnson NASA. Angka 4.36 bilion tahun diletakkan pada masa itu membabitkan sampel yang menjadi kristal. Angka itu adalah 200 juta tahun selepas pembentukan sistem solar dan kemudian dianggarkan oleh model pembentukan bulan.

“Ia adalah kali pertama satu sampel tunggal FAN mengandungi usia daripada pelbagai isotop teknik menentukan usia,” kata Borg.

“Cubaan sebelum ini untuk memberikan usia batuan hanya pada satu isotop yang boleh tercemar menyebabkan kita tersilap menganggarkan usia bulan. Justeru kita mulakan dengan idea bahawa kita boleh mendapatkan sampel usia pelbagai dan kita yakin ia dapat memberi gambaran usia pengkristalan sampel.”
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Usia sebenar bulan 4.36 bilion tahun!

Betol-betol Hangat! Jarak Sebenar antara Bulan dan Bumi!

Oleh Kaki Wayang on

Kepada blogger-bloger yang berkecimpung dalam Aeroangkasa leh tak bagitahu Betol-betol Hangat! jarak diantara Bulan dan Bumi? Tak tahu? Meh BBH gtau..BBH pown tak tahu jarak sebenar..tapi dari membaca kita pasti akan tahu jarak sebenar bumi dan bulan..cuba korang tengok gambar ni dulu:

http://www.traipse.com/earth_and_moon/earth_and_moon_1024.jpg

Jaraknya adalah lebih kurang 250,000 batu atau 402 336 kilometer. Apollo 11 mengambil masa selama 3 hari lebih untuk sampai ke bulan. Kalau naik kereta ke bulan? Berapa lama pula masa yang diambil? 152.4 hari..lama tak?ala tak sampai setahon pown..tapi kan..macam mustahil je kan nak naik kereta ke bulan..hahaha..so korang tak mungkin akan sampai ke bulan melainkan ngan kelengkapan tertentu..
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/archive/1/1c/20060820194026!Neil_Armstrong.jpg
Manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan | Neil Armstrong

http://www.spacecraftfilms.com/images/products/detail/APOLLO11IMAGE.jpg

Kalau jalan kaki?giloooo..hahahahaha..entri ini ada lah sebagai perkongsian ilmu semata..kredit to Blog Serius and Traipse

Source: Blog Serius
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Jarak Sebenar antara Bulan dan Bumi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...