PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label jual organ. Show all posts
Showing posts with label jual organ. Show all posts

Betol-betol Sengal! Jual anak perempuan!

Oleh Kaki Wayang on

http://alkiram.net/salam/wp-content/uploads/2007/03/baby-girl.jpg
Sekadar gambar hiasan

Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan Mexico melancarkan siasatan terhadap laporan berhubung laporan bahawa masih ada masyarakat Orang Asli negara itu meneruskan amalan menjual anak perempuan seperti yang dilakukan nenek moyang mereka. Suruhanjaya itu menamakan masyarakat Tanah Tinggi Mixtec di Oaxaca, negeri di selatan negara itu sebagai antara kumpulan yang menjual kanak-kanak perempuan berusia antara 11 dan 15 tahun.

“Ibu bapa mencari jalan untuk berunding dan menukar anak perempuan mereka dengan wang, sama ada dengan bakal suami mereka atau keluarga yang kemudian membawa kanak-kanak itu ke bandar untuk membantu dalam kerja domestik,” menurut kenyataan suruhanjaya itu. Ia tidak menyebut sejauh mana amalan itu berleluasa.

Kanak-kanak itu dijual dengan harga sehingga 3,000 peso (RM735) atau sama harga dengan barangan seperti lembu, kekacang atau jagung.

Ibu bapa akan menyerahkan semua hak terhadap anak mereka. Timbalan Setiausaha Hal Ehwal Orang Asli di Oaxaca, Hugo Aguilar Ortiz bagaimanapun berkata, dia tidak pernah mendengar laporan mengenai penjualan kanak-kanak.

Aguilar, anggota masyarakat Tanah Tinggi Mixtec berkata: “Ini bukan amalan masyarakat saya.

“Apabila anggota masyarakat kami berkahwin, sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga pengantin lelaki memberi hadiah wang atau lembu dan produk lain untuk majlis perkahwinan dan membantu pasangan itu memulakan hidup baru.” Bagaimanapun, menurutnya, tradisi itu tidak termasuk kanak-kanak bawah umur dan bukan urusan jual beli.

Mixtec ialah masyarakat orang asli kedua terbesar di Oaxaca. Pejabat Hak Asasi di negeri itu berkata, ia tidak terbabit dalam siasatan itu. Siasatan itu dijalankan sendiri oleh suruhanjaya kebangsaan. Jurucakap pejabat Hak Asasi Oaxaca, Juan Pablo Ceja berkata, dia tidak pernah menerima aduan mengenai kegiatan itu.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Jual anak perempuan!

Betol-betol Bangang! Remaja Jual Buah Pinggang kerana IPAD 2

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzb0CXHRRJQBIlYKw9yYQQAU24tKubglp3_Na-wkxZw_fZMjC8asgpZRKCsiN6uz55xU8cIZjkxPycyMUCZFVmZhoie5seR5ruuPQiJuhqx5t0wd2hFwjwNNRnMDqrP2XMbvxhaF3UYIg/s320/apple-ipad-2111.jpeg

Betol-betol Hangat! tak sangka sampai macam ni sekali penangan Ipad 2..hevattt..seorang remaja di Beijing yang begitu terdesak mahu mendapatkan Ipad 2 nekad menjual buah pinggangnya bagi mencapai apa yang diidamkannya selama ini..

Zheng yang pada ketika ini berumur 17 tahun sanggup menjual organ penting itu dengan harga RM9800.00. Apabila ditanya, Zheng menjawab, "Saya mahu membeli Ipad 2 tapi tidak ada wang" katanya kepada sebuah stesen televisyen Shenzen.

P/s: Murahnya dia jual buah pinggangnya..hevat budak ni..sanggup jual buah pinggang hanya kerana Ipad 2..yang untungnyer syarikat Apple dan orang yang beli organ tu..budak ni pon untung jugak tapi tak kene ngan tempat..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bangang! Remaja Jual Buah Pinggang kerana IPAD 2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...