Tetapi suami saya menafikan yang dia hanya berkata jatuh talak.
PERCERAIAN melalui taklik (Arab, ta’liq) jatuh talak apabila berlaku mengikut lafaz taklik itu atau dilanggar. Ini berdasarkan dalil umum: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi dan sempurnakan perjanjian-perjanjian.” (Surah al-Ma’idah, 1).
Bagaimanapun, dalam undang-undang keluarga di kebanyakan negeri di Malaysia, lafaz taklik disyaratkan pada setiap akad perkahwinan tertumpu hanya pada lafaz taklik (1) apabila suami menghilangkan diri selama empat bulan hijrah berturut tanpa berita, (2) tidak memberi nafkah zahir dan batin dan (3) menyakiti tubuh badan isteri, maka proses taklik akan berlaku.
Perceraian taklik hendaklah disahkan di Mahkamah terlebih dahulu sebelum terjadi talak. Berkenaan dengan kes anda pula, ia adalah lafaz taklik yang dibuat sebagai ugutan untuk menakutkan isteri supaya tidak berhubung lagi dengan bekas kekasih.
Menurut pendapat majoriti ulama, lafaz itu sah dan jatuh talak apabila berlaku seperti yang dilafazkan. Ini seperti yang diamalkan di negara kita.
Bagaimanapun, ada pendapat minoriti dan baru yang mengatakan perceraian taklik sebegini tidak sah kerana ia cuma bertujuan menakut-nakutkan isteri, lebih-lebih apabila berlaku pada awal perkahwinan dan ia tidak dibuat dengan tujuan untuk menceraikan isteri.
Dengan itu, perkahwinan anda dikira masih sah berdasarkan pendapat ini, lebih-lebih lagi apabila suami tidak sekata dalam perkara itu.