PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label misteri kehilangan. Show all posts
Showing posts with label misteri kehilangan. Show all posts
Home » Posts filed under misteri kehilangan
Betol-betol Hangat! 'Kehilangan' misteri 6 atlet olahraga
Oleh Kaki Wayang on
Misteri. Ke mana perginya enam atlet olahraga negara yang tiba-tiba 'menghilangkan' diri sejurus diarahkan membuat ujian doping di Institut Sukan Negara (ISN) kelmarin? Enam atlet berkenaan diarahkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) supaya menjalani pemeriksaan perubatan dan ujian doping sebelum berangkat ke Bulgaria bagi menjalani latihan dan menyertai beberapa kejohanan bermula 28 Mei hingga 3 Julai ini.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, daripada enam atlet berkenaan, hanya lima yang menjalani pemeriksaan perubatan dan untuk doping kesemuanya tidak menjalani ujian tersebut.
"Saya dimaklumkan sebelum menjalani ujian doping, lima atlet tersebut meminta izin untuk bersarapan terlebih dahulu tetapi mereka kemudiannya menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sehingga pagi semalam. "Sementara seorang lagi atlet, saya difahamkan turut berada di kafe ISN sebelum menghilangkan diri, namun atlet ini tidak menjalani kedua-dua pemeriksaan iaitu perubatan dan juga doping," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Menurut Zolkples, ujian tersebut merupakan prosedur biasa yang perlu dijalani oleh atlet sebelum ke luar negara atau menyertai sebarang kejohanan, baik di peringkat domestik dan antarabangsa.
Jelasnya, atlet kebangsaan perlu mengambil langkah segera dengan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum ke luar negara.
"Kita juga cuba menghubungi ketua jurulatih mereka, Harun Rasheed, namun dia turut gagal dihubungi," ujarnya. Beliau memberitahu, pihaknya juga mencuba mencari atlet-atlet tersebut di asrama penginapan, tetapi gagal menemui mereka. "Kita juga menjejak mereka dengan menghubungi keenam-enam atlet ini menerusi telefon bimbit, juga di kediaman keluarga, tetapi gagal," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz yang turut menghadiri sidang akhbar itu berkata, masalah tersebut tidak seharusnya berlaku kerana kesemua atlet terbabit menetap di kawasan asrama MSN dan mereka bila-bila masa boleh menjalani ujian yang diarahkan oleh ISN.
"Apabila arahan dikeluarkan, wajib buat atlet-atlet terlibat menghantar contoh air kencing dan jika mereka gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil kerana ia melanggar peraturan yang ditetapkan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA)," tegasnya.
Katanya, pihak persatuan boleh mengambil tindakan jika ada di kalangan atlet mereka ingkar dengan arahan yang dikeluarkan oleh MSN atau pun ISN.
Selain enam atlet tersebut, atlet yang telah menjalani kedua-dua pemeriksaan kelmarin ialah Noraseela Mohd. Khalid (400 meter berpagar), Tan Song Hwa (tukul besi), Lo Choon Sieng (20km jalan kaki) dan P. Yuvaraj (400 meter), manakala tiga lagi atlet iaitu Mohd. Jiromi Riduan (800m, 1,500m), S. Mathialagan (800m) serta K. Ganthimanthi (800m, 1,500m) berbuat demikian, semalam.
P/s: Betol-betol Hangat! rasa atlet2 seperti ini terus drop je dari skuad..tak berdisiplin..dorg tau tak dah berapa banyak dah duit rakyat dan duit kerajaan habis dibelanjakan hanya untuk memperbaiki mutu sukan negara..dah la sukan negara tak berapa nak ok apatah lagi olahraga..berjuta2 duit habis..tapi bila bertanding..peluh sikit pon atlet tu tak keluarkan..awal-awal lagi dah kalah dah..pe pendapat korang?