"Gunakan akal anda seolah-olah
nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah
"Ilmu dan kepandaian itu
adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~
Hamba Allah
"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan
dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."
"Rahsia kejayaan hidup adalah
persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~
Albert Camus
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari
semangat yang tidak pernah mengalah."
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul."
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan
yang terbaik."
"Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka
tenanglah batinnya."
"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan
jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille
Sila baca selanjutnya → Edisi Mutiara Kata! Mutiara Kata #1