PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label orang Islam berjudi. Show all posts
Showing posts with label orang Islam berjudi. Show all posts

Edisi Sentap! Kerana Sayang..Teman Wanita Sanggup...?

Oleh Kaki Wayang on


Seorang pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara 17 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi bersepadu bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan polis di pusat siber judi di Bandar Baru Sungai Buloh, malam kelmarin.

Pelajar perempuan itu ditahan bersama teman lelaki yang juga penjaga sebuah pusat siber judi online di Bandar Baru Sungai Buloh, di sini. Ketika disoal, remaja itu mengakui sering mengikut teman lelakinya pada waktu cuti hujung minggu semata-mata untuk berseronok.

“Ibu dan bapa saya berada di Johor, saya tinggal dengan nenek di Rawang, bosan duduk di rumah jadi ikutlah dia (teman lelaki), boleh tolong-tolong dia jaga kedai,” katanya kepada Sinar Harian.

Dimaklumkan, tanpa pengetahuan neneknya, hampir setiap minggu, pelajar berkenaan mengikut teman lelakinya bekerja. Sementara itu, remaja lelaki berusia 19 tahun itu pula memberi alasan bahawa dia baru sebulan bekerja di pusat siber dengan gaji RM1,000 sebulan.

“Saya tidak tahu ianya salah, jadi saya bekerjalah kerana perlu menyimpan wang untuk berkahwin,” katanya yang gagal memberikan kad pengenalan diri sewaktu diminta anggota penguat kuasa Jais.

Dalam serbuan itu, MBSA turut menyita 108 set komputer membabitkan empat premis di kawasan sama. Turut ditahan, dua warga Myanmar yang merupakan penjaga premis kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Penolong Pegawai Penguat Kuasa MBSA, Zakaria Mat Piah berkata, tindakan diambil dibawah Undang-undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber MBSA (2007) peruntukan 3 iaitu menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen. Pengunjung beragama Islam dibawa ke pejabat Jais untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kerana Sayang..Teman Wanita Sanggup...?

Edisi Sentap! Menang RM17j tapi nyawa terancam!

Oleh Kaki Wayang on

Dia mungkin seorang pakar permainan judi komputer apabila menang pertaruhan RM17 juta, namun kemenangan itu bukan saja gagal menjadikannya jutawan, malah nyawanya terancam sehingga memaksa dia mendapatkan perlindungan.

Itu nasib lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Alwi, 35, apabila dia kini diburu serta diancam bunuh anggota kumpulan kongsi gelap selepas tauke pusat siber tempat dia bermain berang dengan tindakannya menuntut wang kemenangan RM17 juta itu.

Alwi berkata, segala-galanya bermula apabila dia bermain satu permainan judi komputer dikenali sebagai ‘Football Fever’ dengan nilai pertaruhan RM50 di sebuah pusat siber di Taiping, hujung bulan lalu.

“Hasil pertaruhan RM50 itu, saya menang RM1,400 dan menggunakan semua wang itu sebagai pertaruhan untuk terus bermain sehingga mengumpulkan RM140, 000 dalam masa kurang setengah jam.

“Walaupun jumlah wang kemenangan itu sudah banyak, tapi saya tak mengambilnya atau istilah yang sering digunakan ‘cuci duit’. Sebaliknya saya gunakan sebagai pertaruhan hingga menang lebih RM17 juta,” katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Menang RM17j tapi nyawa terancam!

Edisi Sengal! Bawa anak demam berjudi!

Oleh Kaki Wayang on

TAHAN... seorang bapa bersama anak lelakinya berusia tiga tahun ditahan selepas disyaki berjudi dalam serbuan di Relau.
Seorang bapa tergamak membawa anaknya yang demam semata-mata mahu berjudi, namun hajat untuk meraih keuntungan tidak kesampaian apabila dicekup polis dalam operasi di sebuah premis judi Internet di Relau, di sini, semalam. Lelaki berusia 40-an itu turut memberi alasan isterinya sakit di rumah menyebabkan dia terpaksa membawa anak lelakinya berusia tiga tahun kerana tiada orang menjaganya.
Lelaki terbabit antara 62 yang ditahan termasuk seorang wanita lingkungan 30-an dalam operasi bersepadu judi yang dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) bermula jam 5 petang hingga 2 pagi semalam di 10 lokasi berasingan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, operasi dilakukan di sekitar Mount Erskine, Relau, Batu Ferringhi, Sungai Nibong, Jelutong, Dato Keramat dan Jalan Patani hasil maklumat awam dan intipan.

Katanya, sembilan premis kafe Internet yang dipercayai menjalankan kegiatan perjudian diperiksa dan 111 unit komputer pelbagai jenis yang diubahsuai menjadi permainan berunsur perjudian dirampas.

“Turut dirampas wang tunai berjumlah hampir RM41,000 serta beberapa peralatan perjudian. “Kami turut terkejut apabila seorang bapa sanggup membawa anaknya yang sakit pada awal pagi semata-mata mahu berjudi,” katanya ketika ditemui dalam Ops Sepadu Judi di sini, semalam.

Gan berkata, siasatan awal mendapati kafe Internet yang menjalankan kegiatan perjudian menawarkan pertaruhan serendah RM10 hingga RM100 dan mampu memperoleh hadiah wang tunai sehingga RM100,000 sehari hasil pertaruhan dibuat.

“Turut ditahan 13 penjaga dan 23 pelanggan berusia antara 20 hingga 50-an pelbagai bangsa untuk diambil keterangan diri,” katanya.

Gan berkata, sebelum itu pada jam 5 petang, pegawai dan anggotanya turut menyerbu ‘kasino rimba’ buat kali ketiga berturut-turut di Jalan Mount Erskine, di sini. Beliau berkata, 25 lelaki dan seorang wanita ditahan dan pelbagai peralatan perjudian dirampas. Katanya, pihaknya turut merampas wang tunai RM37,865 daripada suspek yang ditahan, termasuk tiga dadu, mangkuk, 182 keping cip pelbagai warna dan satu meja serta 20 kerusi.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Bawa anak demam berjudi!

Betol-betol Sengal! Wordless Wednesday #8

Oleh Kaki Wayang on



Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Wordless Wednesday #8
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...