PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label pelajar tahfiz diliwat. Show all posts
Showing posts with label pelajar tahfiz diliwat. Show all posts
Home » Posts filed under pelajar tahfiz diliwat
Betol-betol Hangat! Boleh "Liwat" Isteri? Hudud siapa?
Oleh Kaki Wayang on
Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi hangat apabila seorang
wakil Bebas mendakwa undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan PAS
semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri. Ketika
sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli
Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14,
Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004,
adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian.
Kenyataan Zulkifli itu menyebabkan beberapa anggota pembangkang 'panas
telinga' dan menimbulkan kekecohan.
"Paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang
bercanggah dengan Islam tapi yang saya nak tunjuknya, ini bukan datang
dari syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini
(enakmen) liwat ialah (dalam)Seksyen 14. Ini enakmen yang telah
digazetkan.
"Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang
merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang
lelaki...kita faham lah itu... atau di antara lelaki dengan seorang
perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.
"Yang saya terperanjat dia (hukum hudud) kata 'selain daripada
isterinya'. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur
isteri itu (bermakna)tidak liwat dalam hudud PAS ini," kata Zulkifli.
Zulkifli juga mendedahkan di dalam enakmen itu berhubung pelantikan
hakim yang turut membenarkan orang bukan Islam dilantik menjadi hakim
bagi undang-undang hudud serta perkara berkaitan qazaf yang melibatkan
empat saksi bagi zina di mana sekiranya salah seorang saksi menarik diri
maka tiga lagi saksi boleh dihukum.
Katanya, pendedahan itu menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh PAS
sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum
Allah sebaliknya ia adalah hukum yang direka oleh parti itu sendiri.
"Bila saya periksa balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan
hudud Islam tetapi ini hudud PAS. Ada percanggahan jelas, isteri diboleh
diliwat dan lain-lain lagi," katanya.
Menurut Zulkifli, keputusan Dr Mahathir menolak pelaksanaan hudud telah diputar-belit oleh pihak tertentu pada ketika itu.
Pendedahan Zulkifli mengenai liwat itu menyebabkan Salahuddin Ayub
(PAS-Kubang Kerian) mencelah dan mendakwa kenyataan Zulkifli sebagai
satu tuduhan lalu meminta supaya beliau dan Datuk Bung Moktar Radin
(BN-Kinabatangan)yang menyokong kenyataan Zulkifli itu dihadapkan ke
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Bung Moktar sebelum itu bangun dan bertanya: "Bolehkah liwat isteri
sendiri?", dan Zulkifli menjawab: "Boleh mengikut hudud PAS."
Salahuddin yang mula berang bangun mencelah dan berkata: "Dia
(Zulkifli)tidak boleh tuduh macam itu. Tak ada (suami dibenar meliwat
isteri) dalam hudud PAS. Saya nak minta Peraturan Mesyuarat merujuk
Kulim-Bandar Baharu dan Kinabatangan kerana mereka mengatakan meliwat
isteri itu hudud PAS."
Bagaimanapun, usul itu ditolak Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee
yang memutuskan tiada pelanggaran terhadap kenyataan Zulkifli itu.
Suasana Dewan Rakyat terus kecoh apabila Salahuddin dan beberapa lagi
anggota Parlimen pembangkang tidak berpuas hati dan mempertikaikan
keputusan Timbalan Speaker sehingga menyebabkan Zulkifli tidak dapat
menjelaskan kenyataan berhubung enakmen itu.
Zulkifli juga tidak dapat meneruskan perbahasan Rang Undang-undang
Perbekalan 2012 kerana masa yang diperuntukkan kepada seorang anggota
Parlimen untuk berbahas selama 20 minit telah tamat.
Betol-betol Sengal! Naik Berahi dalam bas!
Oleh Kaki Wayang on
Sekadar gambar hiasan!!! Upssss
Seorang lelaki dipercayai ‘gila seks’ bukan saja cuba mencabul kehormatan seorang gadis, malah bertindak samseng apabila cuba memperkosa mangsa di dalam bas yang sedang bergerak dan dipenuhi penumpang, kelmarin.
Sebelum kejadian, mangsa yang juga pelajar kolej berusia 20 tahun itu menaiki bas berkenaan dari Terminal Bas Milimewa untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gum-Gum, Batu 16, di sini, kira-kira jam 4 petang. Bas terbabit berhenti dan dinaiki seorang penumpang lelaki berusia 35 tahun yang duduk di sebelah mangsa sebelum mereka berbual dan pada masa sama lelaki terbabit cuba meletakkan tangan di bahu gadis itu, tetapi dihalang mangsa.
Lelaki itu mengulangi perbuatannya menyebabkan mangsa dan penumpang lain menegur tindakannya dan mangsa yang berang dengan perbuatan itu menolak suspek menyebabkan dia berang.
Lelaki itu mengulangi perbuatannya menyebabkan mangsa dan penumpang lain menegur tindakannya dan mangsa yang berang dengan perbuatan itu menolak suspek menyebabkan dia berang.
Seperti dirasuk hantu, suspek cuba memeluk dan menanggalkan skirt dipakai mangsa menyebabkan mangsa menjerit dan beberapa penumpang lain kemudian campur tangan sebelum menahan suspek dan diserahkan kepada polis.
Betol-betol Sengal! Kerana bercinta mereka bakal dibunuh!
Oleh Kaki Wayang on
Sekadar gambar hiasan | Tidak ada kena mengena dengan cerita yer (TQ Mr. Google)
Dua remaja berusia 17 tahun di Afghanistan bakal berhadapan hukuman digantung atau direjam dengan batu hingga mati kerana disifatkan melakukan ‘jenayah’ selepas saling jatuh cinta dan cuba berkahwin.
Lebih mengejutkan, keluarga dan penduduk kampung pasangan terbabit juga mahu Halima Mohammedi dan Rafi Mohammed dibunuh kerana tidak bersetuju dengan keputusan pasangan muda itu untuk berkahwin kerana kebiasaannya perkahwinan diatur keluarga.

Bapa Halima, Kher Mohammed berkata kepada New York Times (NYT): “Apa yang kami mahu ialah kerajaan membunuh mereka.”
Dengan ditemani bapa saudara gadis terbabit, bapanya melawat Halima di penjara dan menuduhnya memberi malu kepada keluarga dan patut dibunuh. Ketika pasangan itu berjumpa untuk melangsungkan perkahwinan, mereka diserang 300 lelaki yang menyeret mereka dari kereta, menuduh mereka berzina dan memulakan kekacauan.
Dalam rusuhan di kampung Jabrail berhampiran kota Herat itu, seorang lelaki terbunuh, sebuah balai polis dibakar, manakala Halima Mohammedi serta Rafi Mohammed, kedua-dua berusia 17 tahun dipenjara. Rafi dan seorang sepupu yang membawanya untuk bertemu Halima, dipukul teruk penyerang.

Betol-betol Sengal! Pelajar Tahfiz diliwat!
Oleh Kaki Wayang on
Sekadar gambar hiasan | Sape suruh upload..dah jadi bahan hiasan (Tq Mr. Google)
Seorang pelajar tahfiz berusia 9 tahun terlantar di hospital sejak empat hari lalu, dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera oleh tiga pelajar senior berusia 12 tahun sebuah sekolah agama tahfiz swasta di Kupang Baling di sini, ketika mengikuti minggu suai kenal selama 40 hari, bermula Jun lalu.
Bapa pelajar terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya yang hanya dibenarkan ditemui selepas minggu suai kenal yang dikenali sebagai tempoh berpantang itu tamat 30 Julai lalu mengadu dia diliwat setiap malam dan akan dibelasah jika menangis oleh pelajar senior itu.

Selain anaknya, beliau mendakwa dua lagi pasangan kembar berusia lapan tahun turut di dera teruk hingga trauma tetapi mereka tidak mengadu diliwat. Sepanjang tempoh suai kenal itu, semua pelajar dilarang menghubungi keluarga atau waris mereka. Beliau berkata, anaknya hanya merasai suasana selesa sebagai seorang pelajar selama seminggu sebelum kejadian itu.
Beliau berkata, niatnya menghantar anaknya ke sekolah agama terbabit untuk menjadi pelajar cerdik al-Quran hancur apabila anaknya diperlakukan seperti haiwan dan lebih malang mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak sekolah.
“Saya sedih dengan kejadian yang menimpa anak kerana tindakan murid yang hanya berusia 12 tahun mendera kanak-kanak 9 tahun dengan pelbagai cara, langsung tidak masuk akal.
“Pada mulanya kami sekeluarga memang tidak menyangka anak saya dipukul kerana pihak sekolah memberitahu ia adalah kesan alahan. “Bagaimanapun, hati saya tersentak apabila doktor memberitahu, anak saya kena dera dan diliwat.
“Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu saya membuat laporan polis pada 30 Julai lalu iaitu pada petang hari saya dibenarkan berjumpa anak saya.
“Anak saya juga mengadu tidak tahan dengan sikap guru di sekolah berkenaan yang tidak menyiasat sesuatu kejadian menyebabkan dia sering mengalah kepada pelajar senior berkenaan,” katanya di sini, semalam.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu pada 30 Julai lalu dan siasatan sedang dijalankan.

P/s: Macam-macam lah kan..pelajar tahfiz yangs epatutnya memperjuangkan Al-Quran dan Agama melakukan perbuatan terkutuk seperti ini? Memang menempa balasan Allah SWT..Selamat berpuasa..