PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label pentingnya waris dalam KWSP. Show all posts
Showing posts with label pentingnya waris dalam KWSP. Show all posts
Home » Posts filed under pentingnya waris dalam KWSP
Edisi Hangat! Ramainya beratur kat KIOSK KWSP!
Oleh Kaki Wayang on
PENCARUM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) beratur panjang bagi mendapatkan penyata terkini menerusi Kios
Pintar KWSP disediakan di Ibu Pejabat KWSP di Jalan Raja Laut, Kuala
Lumpur semalam selepas pengumuman kadar dividen 6 peratus untuk 8.3
juta pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 2011.
Edisi Hangat! KWSP Umum Dividen 6 Peratus!
Oleh Kaki Wayang on
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Ahad mengumumkan kadar
dividen 6 peratus untuk pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31
Disember 2011, iaitu meningkat 20 mata asas berbanding 5.8 peratus untuk
tahun 2010.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata kadar dividen ini
merupakan kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran sebanyak
RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya, berbanding RM21.61
bilion yang dibuat untuk tahun kewangan 2010.
Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah
diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada
pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.
Samsudin berkata tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik
KWSP, walaupun menghadapi persekitaran pelaburan yang mencabar dengan
memperolehi pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion,
meningkat 13.18 peratus daripada 2010.
"Ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi
pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP, berserta usaha berterusan
pasukan pelaburannya," katanya dalam satu kenyataan di sini.
"Sementara pelaburan berpendapatan tetap memberikan pulangan yang
stabil, prestasi keseluruhan KWSP, sebahagian besarnya disumbangkan oleh
perolehan dalam kedua-dua ekuiti tersenarai awam domestik dan global,
serta program pengurusan yang aktif," katanya.
Setakat 31 Disember 2011, Samsudin berkata jumlah aset pelaburan KWSP
terus mencatatkan pertumbuhan sihat sebanyak 6.52 peratus kepada
RM469.22 bilion daripada RM440.52 bilion pada tahun 2010.
"Pertumbuhan ini disumbangkan sebahagian besarnya oleh caruman
tahunan bersih yang positif daripada pencarum dan majikan serta prestasi
pelaburan yang konsisten dan menggalakkan," kata Samsudin.
Beliau juga berkata ekuiti merupakan penyumbang pendapatan terbesar
sebanyak RM13.29 bilion atau 48.81 peratus daripada keseluruhan
pendapatan pelaburan.
"Ini diikuti oleh pinjaman dan bon, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan
instrumen pasaran wang, masing-masing menyumbang RM7.54 bilion, RM5.63
bilion dan RM656.36 juta. Baki sebanyak RM115.41 juta atau 0.43 peratus
disumbangkan oleh hartanah dan pendapatan pelaburan lain," katanya.
Samsudin berkata KWSP juga telah secara beransur-ansur beralih kepada
aset yang memberikan pulangan lebih tinggi dengan had risiko yang boleh
diterima di mana ia memberikan kesan yang baik, melebihi jangkaan
kerana berjaya mengatasi kadar simpanan tetap dan faedah semasa.
"Salah satu pencapaian utama aktiviti pelaburan KWSP pada tahun 2011
ialah penyelesaian pengambilalihan bersama (dengan kumpulan UEM) Plus
Expressway Berhad melalui syarikat pelaburan bersama PLUS Malaysia Sdn
Bhd, selain meluaskan pelaburan global dalam hartanah, ekuiti dan
sukuk," katanya.
Perluasan ini adalah selaras dengan objektif dan strategi pelaburan
yang berpandukan Alokasi Aset Strategik dan Rangka Kerja Pengurusan
Risiko KWSP, katanya.
Katanya pencarum KWSP boleh mendapatkan Penyata Kira-Kira KWSP untuk
menyemak pengkreditan dividen 2011 melalui kiosk KWSP, kaunter atau
i-Akaun mulai esok.
Betol-betol Informasi! Penting menamakan waris wang simpanan KWSP!
Oleh Kaki Wayang on
MENULIS wasiat mungkin tugas yang sukar bagi sesetengah individu. Ada yang menulis, ada yang tidak dan ada yang berpendapat menulis wasiat akan membawa nasib malang serta tidak penting. Walaupun ia memberi tekanan emosi, menamakan waris ada faedahnya terutama untuk meninggalkan harta pusaka kepada mereka yang tersayang sebagai jaminan untuk meneruskan kehidupan jika anda meninggal dunia.
Sekurang-kurangnya, penamaan akan memberikan ketenangan jiwa dan mengelak simpanan, hartanah dan harta pusaka yang lain daripada menjadi rebutan. Hakikatnya, pertelingkahan keluarga, permusuhan dan perebutan harta pusaka hing–ga membawa ke mahkamah kerap berlaku dan terdapat waris terdekat tidak memperoleh walau satu sen pun atas sebab teknikal atau kelalaian si mati.
Terdapat juga kes pelik yang berlaku termasuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menamakan teman wanita sebagai penamanya dan lupa mengemaskinikan penamanya selepas mengahwini wanita lain.
Lelaki itu meninggalkan wang simpanan KWSP RM500,000 kepada bekas teman wanita dan yang menjadi mangsa ialah isteri yang dikahwini selama 30 tahun dan enam anak mereka. Anda pasti inginkan semua simpanan dan harta pusaka anda diagihkan kepada mereka yang tersayang dan bukan yang tidak layak.
Perkara ini amat penting jika anda satu-satunya pencari nafkah dan mempunyai anak-anak yang masih kecil. Kita tidak perlu ragu kepada siapa hendak ditinggalkan harta kerana walaupun ia nampak remeh, kesannya amat serius.
Membuat penamaan kepada simpanan KWSP anda tidak banyak berbeza dengan amalan biasa ketika mengambil polisi insurans. Bagaimanapun, penamaan KWSP mengatasi wasiat bertulis. Oleh itu, jika anda ingin meninggalkan simpanan KWSP kepada tersayang, ia perlu dilakukan melalui penamaan KWSP dan bukan wasiat.
Walaupun anda mengambil sedikit masa untuk menentukan siapa yang perlu dinamakan dan berapa bahagian untuk diagihkan, membuat penamaan ke atas simpanan KWSP anda adalah mudah. Anda hanya perlu mengisi nama, nombor MyKad dan peratusan yang akan diterima oleh setiap penama.
Bagi bukan beragama Islam, arahan anda akan diikuti mengikut peratusan yang ditentukan. Bagaimanapun, bagi orang Islam, penama hanya bertindak sebagai pentadbir atau wasi yang bertanggungjawab untuk membahagikan simpanan itu mengikut Hukum Faraid.
Untuk membuat penamaan, ahli dikehendaki melengkapi borang KWSP 4(AHL) dan menyerahkan kepada pejabat KWSP yang berhampiran. Jika anda ingin mengemaskini atau menukar penama, isi borang baru dan secara automatik ia membatalkan penamaan sebelum ini. Oleh kerana proses penamaan KWSP amat mudah, anda boleh mengemaskini penamaan sekerap mungkin.
Oleh itu, bilakah kali terakhir anda menyemak penama simpanan KWSP anda? Adakah penama tersebut masih sesuai dan masih hidup? Paling penting, sudahkan anda membuat penamaan?
Untuk maklumat lanjut, sila layari web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi cawangan KWSP berhampiran.