Dua jaringan penjaring berbisa Villareal Santi Cazorla pada separuh masa pertama membantu juara dunia Sepanyol mudah membelasah Amerika Syarikat 4-0 pada perlawanan persahabatan yang berlangsung lewat pagi tadi. Jaringan Cazorla hadir pada minit 28 dan 41 selepas tidak dikawal rapi oleh pertahanan pihak lawan dalam kotak penalti serta turut dibantu dengan hantaran kemas serta mantap daripada pemain tengah Manchester City David Silva.
Manakala Alvaro Negredo menambah sengsara Amerika apabila turut menyumbangkan gol sebelum tamat separuh masa pertama yang bermula daripada hantaran Xabi Alonso, Negredo mudah menyepak masuk gol menewaskan Tim Howard pada minit ke-32.
Kemenangan bergaya Sepanyol dilengkapkan dengan jaringan bintang Chelsea Fernando Torres (minit 73) yang merembat cantik ke penjuru gol selepas mendapat hantaran lintang daripada Borja Valero. Tanpa pemain bintang mereka Landon Donovan, AS nyata tampak tempang dan gagal mendominasi permainan yang keseluruhannya dikawal oleh para pemain Sepanyol sejak wisel mula lagi.
Disamping itu, jurulatih Bob Bradley juga turut tidak menyenaraikan kesebelasan utamanya dengan lebih banyak menggunakan muka baru sebagai mengutip pengalaman. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertembung ialah semasa separuh akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 yang berlangsung di Afrika Selatan, Amerika membenam Sepanyol 2-0 ketika pertemuan itu.
Sila baca selanjutnya → Betol-betol Hangat! Sepanyol mudah belasah AS