PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label sel kanser. Show all posts
Showing posts with label sel kanser. Show all posts
Home » Posts filed under sel kanser
Edisi Simpati! Derita Hidap Kanser Tulang 20 Kilogram Di Bahu!
Oleh Kaki Wayang on
Akibat
menghidap kanser tulang tahap kritikal, ketumbuhan seberat 20 kilogram
di bahu kiri Mohd. Zulhafiz Abdul Ghani, 21, tidak boleh dibedah
melainkan tangan kirinya dipotong bagi memulihkan penderitaan yang
sedang ditanggung pemuda malang tersebut.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri
Pahang (JKNP), Datuk Dr. Nooraini Baba berkata, Mohd. Zulhafiz yang kini
dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hanya diberikan
rawatan paliatif yang bertujuan mengurangkan kesakitan yang dihadapi
pemuda itu.
“Rawatan paliatif ini kita berikan
kepada pesakit yang menghidap kanser tahap kritikal yang tidak ada
rawatan bagi memulihkan penyakit itu. Ia rawatan terakhir yang mana kita
akan beri ubat tahan sakit yang dosnya di tahap paling tinggi bagi
mengurangkan kesakitan Mohd. Zulhafiz.
“Tidak ada pembedahan akan dilakukan
kerana Mohd. Zulhafiz telah melakukan rawatan sebelum ini di Hospital
Kuala Lumpur (HKL). Pelbagai rawatan termasuk kemoterapi telah dibuat
dan sehingga kini keadaannya masih sama kerana Mohd. Zulhafiz menghidap
kanser tulang tahap kritikal,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang
akhbar bersama Majlis Belia Pahang (MBP) yang hadir melawat dan
memberikan sumbangan berupa wang tunai RM1,000 kepada ibu Mohd.
Zulhafiz, Supiah Yahya, 58, di HTAA di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah HTAA, Datuk Dr.
Marlia Mohamad Salleh, Setiausaha Agung MBP, Azrul Khairi Muhamad dan
Pengerusi Biro Wanita, Keluarga dan Masyarakat MBP, Nurasyikin Sulaiman.
Sementara itu, mengenai laporan yang
memetik kenyataan Supiah sebelum ini bahawa RM20,000 diperlukan bagi kos
rawatan Mohd. Zulhafiz, Nooraini menjelaskan, tiada kos rawatan yang
diminta oleh HTAA kepada keluarga pemuda itu.
”Ini kerana apabila seseorang pesakit itu ditempatkan di hospital kerajaan, semuanya adalah percuma,” jelasnya.
Sementara itu, Nurasyikin berkata,
MBP akan memantau perkembangan pemuda malang itu dari semasa ke semasa
kerana tidak mahu dia keseorangan menanggung penyakit yang sedang
dihidapinya itu.
“Kita tahu, banyak kos diperlukan
terutama untuk membeli keperluan harian sepanjang Mohd. Zulhafiz berada
di hospital. Kita (MBP) akan membantu dari segi kebajikan. Kalau pemuda
ini perlukan lampin pakai buang, kita juga akan berikan.
“Kami juga akan terus mengumpul dana
melalui program yang MBP laksanakan untuk disumbangkan kepada Mohd.
Zulhafiz. Dan buat permulaan untuk hari ini, sebanyak RM1,000 kita
berikan kepada ibunya,” katanya.
Betol-betol Sihat! Rahsia menghindari sel kanser!
Oleh Kaki Wayang on
BERBICARA mengenai penyakit kanser atau barah, ia sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja berasa gentar dan takut. Tiada manusia yang waras mahu penyakit ini menghampirinya. Namun siapa mampu menolak jika ditakdirkan menghidapinya. Hanya tuhan yang mengetahui mengapa seseorang diuji dengan penyakit yang biasanya dikaitkan dengan kematian.
Perubatan moden merupakan pilihan utama rawatan bagi kebanyakan orang yang menghidap kanser walaupun ada sesetengah pesakit memilih untuk berubat secara tradisional. Pembedahan, kemoterapi dan radioterapi merupakan antara rawatan yang diterima oleh pesakit kanser. Walaupun ketiga-tiga jenis rawatan itu kedengaran menakutkan, namun kesemuanya perlu dilalui dengan harapan sel kanser yang berada di dalam tubuh akan mati.
Dr. R. Subramaniam dari Hospital Pavitra Nature and Yoga di Coimbatore, di Tamil Nadu, selatan India berkata, masalah utama dalam kehidupan manusia ialah apabila mereka menghidapi sesuatu penyakit yang sudah tentunya mencetuskan ketidakselesaan. Namun beliau percaya, ia bukan sesuatu yang perlu sentiasa dibimbangi kerana setiap penyakit ada ubatnya.
''Sebenarnya alam semula jadi dapat memberikan kita apa sahaja yang kita kehendaki. Jika kita berbalik kepada alam, kita tidak memerlukan ubat kerana semuanya terdapat di sekeliling kita," katanya yang terkenal dengan kaedah rawatan penyakit kronik melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berasal dari daerah Coimbatore, Dr. Subramanian telah 30 tahun mengamalkan kaedah rawatan tersebut bagi merawat pesakit-pesakit kanser di hospitalnya. Beliau berada di Kuala Lumpur bagi menyampaikan ceramah untuk pesakit dan bekas pesakit kanser bertajuk Kesihatan Optimal Cara Semulajadi Dengan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Menurut beliau, setiap hari, sebanyak 0.8 peratus sel baru tumbuh dalam tubuh manusia. Jumlah tersebut lebih tinggi bagi kanak-kanak kerana faktor usia yang muda dan akan berkurangan apabila usia semakin meningkat.
''Jika difikirkan, kehidupan kita sentiasa dalam keadaan tergesa-gesa sehinggakan apabila makan pun kita tidak mengunyah dengan betul. "Makanan seharusnya dikunyah perlahan-lahan seperti kanak-kanak yang sedang makan dan nikmati rasa makanan yang kita makan. "Makanan yang dikunyah dengan betul dan bercampur dengan air liur akan dicerna baik dan diproses menjadi darah yang elok dalam tubuh kita,'' ujarnya.
Beliau menyarankan agar makan apabila perlu dan apabila lapar.
"Jika tidak lapar, jangan makan. Ikut tabiat kanak-kanak. Mereka tidak akan makan jika tidak lapar walaupun ibu bapa memaksa. Itu adalah cara yang betul. Jika hendak makan, ambil sedikit sahaja," katanya.
Dr. Subramaniam menjelaskan, kanser merupakan sel mati yang tidak diperlukan oleh tubuh manusia.
Setiap hari tubuh kita mengeluarkan sel-sel mati melalui pembuangan air besar dan peluh. Bagaimanapun jika tidak dibuang dengan cara yang betul, sel mati yang tidak diperlukan ini akan berkumpul dalam badan dan menjadi sel kanser. Justeru di hospitalnya, setiap pesakit diajar melakukan enema kerana ia salah satu rawatan yang penting bagi mengatasi sembelit.
''Membersihkan kolon dengan betul adalah penting. Bersihkan dua kali sehari, Jika tidak boleh cara semula jadi, lakukan enema. ''Bernafas dengan betul dan bersenam akan membuatkan kita lebih bertenaga. Amalkan kehidupan yang gembira dan jangan lemah," katanya.