PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label stigma wanita tidak subur. Show all posts
Showing posts with label stigma wanita tidak subur. Show all posts
Home » Posts filed under stigma wanita tidak subur
Edisi Keluarga! Stigma wanita tidak subur!
Oleh Kaki Wayang on
LAZIMNYA, berkeluarga, mengandung dan beranak
adalah perjalanan hidup yang perlu dilalui oleh seorang wanita. Namun hakikatnya tidak semudah itu. Ramai wanita
yang berdepan cabaran untuk mendapatkan cahaya mata pertama, malahan tidak
kurang yang mencuba bertahun-tahun lamanya tetapi masih gagal memperoleh hasil
yang diharapkan.
Malangnya tidak kira di negara maju atau
membangun, isu kesuburan masih menjadi topik perbincangan yang cuba dielakkan
sama ada oleh lelaki mahupun wanita.Wanita yang sukar mendapat anak sering kali
berasa tidak selesa untuk berkongsi masalah itu dengan doktor malahan dengan
pasangan hidup mereka.
Merumitkan keadaan, terdapat doktor keluarga pula
yang berasa segan untuk memulakan perbincangan mengenai isu kesuburan kerana melihat
ia lebih bersifat peribadi.
''Ramai wanita yang mengalami masalah kesuburan
cuba mengelak daripada berbincang mengenainya, tidak kurang yang enggan
mendapatkan rawatan profesional. Ini kerana mereka takut sekiranya doktor
mengesahkan mereka tidak subur dan tidak boleh dirawat. Justeru wanita sering
memikul beban psikologi seperti ini dan enggan berjumpa doktor," kata
Pengurus Besar Kesihatan Wanita, syarikat farmaseutikal Merck & Co. Inc.
(Merck), Terrie Curran.
Menurut Curran, kajian antarabangsa melibatkan
wanita daripada pelbagai latar budaya menunjukkan ramai yang mengalami
kesukaran mendapatkan anak lebih cenderung untuk terus mencuba daripada
berjumpa doktor.
''Wanita ini akan terus mencuba untuk hamil dan
mengharapkan sesuatu 'keajaiban' akan berlaku, mereka tidak sedar bahawa
tindakan mereka hanya akan menyukarkan keadaan. Ini kerana tahap kesuburan
mereka akan merosot setahun demi setahun," katanya sambil memberitahu
tahap kesuburan wanita menjunam mendadak sebaik sahaja mereka melepasi umur 35
tahun.
Tambahnya, wanita yang mengalami masalah
kesuburan tidak patut memendamkan masalah itu dalam hati tetapi perlu
mendapatkan rawatan secepat mungkin sebelum tahap kesuburan mereka menurun.
''Wanita yang berumur di bawah 35 tahun wajar
menemui doktor setelah mereka mencuba dan gagal mengandung dalam tempoh
setahun. Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas pula, mereka perlu berjumpa
doktor lebih awal iaitu selepas enam bulan mencuba," katanya.
Punca masalah
Walaupun ramai yang menyedari tentang masalah
kesuburan dihadapi pasangan, tidak ramai pula yang betul-betul memahami punca
berlakunya keadaan ini. Sesetengahnya mungkin berpendapat persekitaran
yang semakin tercemar serta proses urbanisasi menyumbang kepada masalah
kesuburan lelaki atau wanita.
Curran bagaimanapun berkata, usaha perancangan
keluarga untuk melengahkan kehadiran cahaya mata pertama turut menjadi penyebab
utama kepada peningkatan masalah kesuburan di dunia.
''Semakin ramai wanita bekerja tidak mahu
berkahwin atau melahirkan anak pada usia muda. Apabila tiba masanya mereka mahu
mengandung, tahap kesuburan wanita itu telah menurun," katanya.
Tambahnya, setakat ini belum ada kajian yang
membuktikan kaitan antara pencemaran alam dengan kesuburan tetapi tekanan atau
stres telah dikenal pasti sebagai antara punca yang menyebabkan wanita gagal
mengandung.
''Masalah berat badan juga antara salah satu
faktor yang menyumbang kepada masalah kesuburan. Wanita yang mempunyai Indeks
Jisim Badan (BMI) yang tinggi menghadapi lebih banyak kesukaran untuk
mengandung.
''Jadi sekiranya seseorang wanita mengidamkan
kehadiran anak, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengurangkan berat
badan," katanya.