PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label tampering technic. Show all posts
Showing posts with label tampering technic. Show all posts
Home » Posts filed under tampering technic
Betol-betol Hangat! Video Perhimpunan BERSIH dimanipulasi?
Oleh Kaki Wayang on
Pertamanya korang baca dulu artikel dibawah..kemudian barulah korang fikir betul ke tidak Video Perhimpunan BERSIH dimanipulasi..
Portal berita propembangkang dikesan mengubah video berhubung kejadian yang berlaku pada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu, bagi memburukkan imej polis. Tindakan pihak berkenaan dianggap melampau apabila mereka dikatakan membuat teknik ubahan (tampering) pada klip video itu.
Sumber berkata, hasil himpunan video yang diperoleh untuk didedahkan kepada umum, polis mendapati terdapat klip yang dibuat pertindihan suara. Menurutnya, selain itu, polis juga telah memperoleh video asal tentang dakwaan blog-blog tertentu bahawa polis bertindak membiarkan seorang lelaki yang memerlukan bantuan perubatan dalam keadaan bergari.
Katanya, dakwaan dan tohmahan yang dibuat kononnya polis telah bertindak kejam dan mengamalkan kekerasan melampau adalah tidak benar.
"Terdapat video yang menunjukkan tindakan seorang peserta perhimpunan haram yang sanggup menunggu kedatangan polis untuk memulakan kekacauan," katanya.
Dalam klip video tersebut, penunjuk perasaan itu dilaporkan duduk bersila sambil memberitahu rakannya yang lain, 'dia (polis) tak datang, kita (penunjuk perasaan) gagal," merujuk kepada usaha mereka untuk menunggu kehadiran polis sebelum menimbulkan provokasi.
Sumber itu menambah, pendedahan yang akan dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar selepas ini perlu diamati dengan sebaik-baiknya oleh masyarakat.
Katanya, masyarakat perlu melihat bagaimana usaha peserta perhimpunan berkenaan yang sebenarnya mencipta provokasi terhadap polis.
"Masyarakat juga perlu menilai ketelusan yang diuar-uarkan portal berita propembangkang apabila mereka sanggup membuat pertindihan suara dan teknik ubahan dalam video yang diambil.
"Berdasarkan tindakan itu, portal tersebut perlu dikenakan tindakan tegas berikutan kesalahan memaparkan berita palsu kepada pembaca untuk memburuk-burukkan pihak keselamatan," ujarnya.
Dah baca? Ok pada pandangan aku lah kan..pertamanya aku ni dah muak dengan politik Malaysia ni..rasa macam kalau dengar perkataan politik macam nak pecah gegendang telinga rasanya..bosan..dari video-video yang dapat dilihat dari pelbagai sumber..termasuklah yang dirakamkan oleh Al-Jazeera TV..aku rasa betul ke video itu dimanipulasi?wujud tampering kat situ..bukan satu atau dua vieo yang boleh didapati..terlalu banyak sumber..tak nal salahkan sesiapa..tapi betul ke macam tu?bila video pembangkang je wujud tampering lah..itu ini lah..tapi bila nak mengenakan pembangkang..sampai panggil khidmat luar negara nak pastikan kesahihan video dan akhirnya video itu asli..
Macam-macam hal berlaku sekarang ni..masyarakat sekarang bukannya bodoh atau kurang bijak..semua dah pandai-pandai dah..nak buktikan yang mana betul dan yang mana salah..bukti pun dah banyak dah berlambak..dan sekarang ni..pasal video dimanipulasi..wahhh nampaknya sempat lagi yerr pembangkang mencari video lain utk diletakkan pada video yang lain(tampering) tak pun sempat lagi pembangkang cari pelakon untuk melakonkan babak-babak dikasari polis..hebat..tapi betul ke macam tu? Macam nilah manusia bila sukakan pertumpahan darah..persaudaraan ditolak..