PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label wanita hamil meragut. Show all posts
Showing posts with label wanita hamil meragut. Show all posts
Home » Posts filed under wanita hamil meragut
Bretol-betol Sengal! Wanita hamil 4 bulan meragut bersama suami!
Oleh Kaki Wayang on
Walaupun sedang hamil empat bulan, ia tidak menghalang seorang wanita
untuk terlibat dalam kes ragut bersama suami dan seorang rakan jenayah
mereka di sekitar bandar raya ini dan Bintulu. Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka yang dipercayai terlibat dalam tiga
kes jenayah ragut barang kemas penghujung bulan lalu melibatkan kerugian
lebih RM25,000 ditahan polis, malam tadi.
Wanita berkenaan dan suaminya ditahan di Kampung Tunku Abdul Rahman,
Lambir, manakala rakan mereka ditahan di kawasan kedai di Permyjaya
dekat sini kira-kira pukul 8 malam. Ketiga-tiga suspek berusia antara 17 hingga 26 tahun itu dipercayai
aktif menjalankan kegiatan ragut di sekitar bandar raya ini, selain
sering berulang-alik ke Bintulu untuk melakukan jenayah yang sama.
Menurut sumber polis, dalam kejadian pada 22 November lalu, seorang
wanita yang berjalan seorang diri di Taman Tunku di sini, kerugian
kira-kira RM3,000 selepas rantai emasnya diragut ketiga-tiga suspek. Pada Isnin lalu, mereka sekali lagi melakukan jenayah ragut
membabitkan seutas rantai dan anting-anting emas milik seorang wanita
bernilai kira-kira RM2,000 di hadapan sebuah sekolah rendah di Pujut
Corner dekat sini.
Katanya, suspek kemudian dipercayai bergerak ke Bintulu keesokannya
dan meragut barang kemas yang dipakai seorang wanita bernilai RM20,000
sebelum balik semula ke bandar raya ini.
"Bagaimanapun polis berjaya mengesan suspek berdasarkan nombor
pendaftaran kenderaan yang diberikan oleh ketiga-tiga mangsa ketika
membuat laporan polis. "Polis turut merampas dua buah kereta jenis Proton Iswara dan Nissan
Frontier, dipercayai milik suspek yang digunakan dalam kegiatan jenayah
mereka," katanya.
Sumber polis memberitahu, polis turut menahan tiga pemilik kedai emas
di sebuah pasar raya di Permyjaya kerana bersubahat membeli barang
kemas yang diragut.