PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Hangat! Kesan Trend Kahwin Lewat
Oleh Kaki Wayang on
Beginilah kisahnya bila manusia menjadikan kahwin lewat sebagai satu trend..bila ditanya..bila nak kahwin? "belum sampai masa lagilah", "belum sampai seru", "kita ni tak cantik tak de sape yang nak"..kalau macam tu alasannya sampai bila-bila pun tak kahwin..lebih-lebih lagi bila ada manusia yang lebih suka dengan pasangan sejenis..gilo ko apo!!!
Cuba lihat dan fahami situasi ini yer kengkawan sekalian:
Sumber: Utusan Malaysia
Trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi bukan sahaja membawa implikasi negatif kepada institusi kekeluargaan malah turut merencatkan pembangunan negara. Pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, trend negatif itu akan menyebabkan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara semakin lembab.
"Sekiranya trend ini berterusan, saya khuatir kadar kelahiran bayi di negara ini akan semakin menyusut dan kita tidak dapat menambah jumlah penduduk yang merupakan aset paling berharga.
"Negara kita tidak akan berkembang dengan jumlah penduduk sedia ada sekitar 26 juta orang sahaja. Kita perlu jumlah penduduk yang lebih ramai untuk membantu membangunkan negara.
"Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada negara pada masa akan datang kerana kita bakal kekurangan tenaga kerja sehingga memaksa membawa masuk tenaga dari luar yang saya lihat merupakan satu pembaziran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Selain itu, menurut Fatimah, kos perbelanjaan perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit turut menjadi faktor penyumbang kepada trend tersebut. Katanya, situasi itu mendorong golongan yang berhasrat untuk berkahwin membuat pinjaman daripada bank bagi menampung segala kos perbelanjaan.
"Paling tidak pun pasangan yang ingin berkahwin perlu menyediakan RM20,000. Ia merupakan antara sebab ramai yang membuat pinjaman bank untuk berkahwin.
"Kesannya pula, bebanan hutang bertambah kerana kadar bunga bagi pinjaman bank agak tinggi dan menjejaskan kehidupan pasangan selepas berkahwin," jelasnya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Datuk Ramani Gurusamy berpendapat, keinginan golongan wanita untuk memiliki kehidupan yang stabil menjadi faktor penyumbang trend itu semakin berleluasa.
P/s: Kekadang ramai kawan aku yang buat pinjaman kat Bank Rakyat untuk kahwin..kita nak kahwin bukan nak buat maksiat..so apa salahnya buat pinjaman ye dok?tapi biarlah berpada2 dan mampu untuk membayarnya semula..kang tak pasal-pasal pas kahwin makan pasir pla..cuma Betol-betol Hangat! nak pesan..sebagai orang Islam..jangan lah korang nak cuba2 tak nak kahwin..kang nanti Nabi tak ngaku umat tau..Jangan lah korang sampai tak kahwin bila memikirkan kesan yang akan terjadi ke atas kamu..
Betol-betol Hangat! The Gunners Janji Bawa Skuad Terbaik
Oleh Kaki Wayang on
Gergasi bola sepak England, Arsenal yakin penyokong Gunners di Malaysia akan menyambut hebat kedatangan mereka ke Kuala Lumpur pada 13 Julai ini, sekalipun kelab London itu diselubungi kemarau gelaran sejak enam tahun lalu. Juara Liga Perdana 13 kali itu juga mengambil serius aksi persahabatan menentang Malaysia XI di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan memberi jaminan akan membawa skuad terbaik, termasuk ketua pasukan, Cecs Fabregas.
Meskipun pengurus, Arsene Wenger berkata perjalanan jauh menyebabkan pemain keletihan, Arsenal meneruskan rancangan ke Malaysia, iaitu kunjungan pertama ke negara ini selepas 12 tahun.
Gunners percaya pertemuan dengan juara Piala Suzuki AFF, Malaysia mampu memberi persediaan terbaik sebelum memulakan musim baru yang mencabar, kerana mereka memulakan kempen Liga Juara-Juara 2011/2012 dari pusingan kelayakan berikutan kegagalan menamatkan EPL pada kedudukan tiga terbaik.
"Sejarah membuktikan, Arsenal mempunyai penyokong setia sekalipun ketika kami berdepan situasi sukar. Kami mempunyai program pemasaran global yang baik dan memiliki ramai peminat di rantau Asia.
"Ini bukan perlawanan persahabatan biasa tetapi persiapan penting untuk Arsenal sebelum memulakan musim baru, saya percaya, pengurus pasti membawa semua pemain terbaiknya ke Malaysia,"kata Ketua Pegawai Komersial Arsenal, Tom Fox pada sidang akhbar semalam.
Turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, Pengarah Komunikasi Arsenal, Mark Gonnella dan Pengarah Urusan ProEvents International Sdn. Bhd., San Boon Wah.
Ini merupakan kunjungan keempat Arsenal ke Kuala Lumpur sejak 1968, namun yang pertama sejak 1999. Malaysia menjadi destinasi sulung mereka dalam jelajah Asia. Kelab London itu turut bercadang mengadakan perlawanan di China.
Tiket berharga RM58, RM68, RM108 dan RM388 (VIP) mula dijual pada Jumaat 27 Mei. Ia boleh diperoleh menerusi talian Ticketpro, 03-78807999 atau laman web, www.ticketpro.com.my, selain butik Nike terpilih. Setiap pembelian tiket mendapat pas latihan percuma.
p/s: Pas ni berduyun-duyun lah peminat Arsenal datang ke stadium Bukit Jalil sebab nak tengok pemain kesayangan mereka menentang pasukan kebangsaan kita..diharapkan peminat memakai baju pasukan kita bukan pasukan Arsenal..sebab pasukan kita kini sudah boleh dibanggakan..Go, go Team Malaysia
Betol-betol Hangat! 252 Penerbangan dibatal akibat Gunung Berapi Iceland
Oleh Kaki Wayang on
Sebanyak 252 penerbangan dibatalkan hari ini selepas tiupan angin membawa kepulan debu yang dihamburkan dari gunung berapi di Iceland ke arah Britain. Tidak sampai setahun letusan gunung berapi di Iceland yang memaksa penutupan besar-besaran ruang udara Eropah, syarikat penerbangan Britain, British Airways merupakan pihak yang pertama menunda penerbangan dari London ke Scotland, hari ini.
Syarikat penerbangan Belanda, KLM; syarikat Ireland, Aer Lingus dan penerbangan tambang murah, Easyjet turut mengambil langkah sama, manakala beberapa penerbangan ke Newcastle turut dibatalkan. Jabatan Kaji Cuaca memberi amaran kepulan debu itu dijangka tiba di tanah besar Eropah lewat minggu ini, mengancam beberapa acara besar yang dirancangkan termasuk sidang kemuncak Kumpulan Lapan (G8) sehingga perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-Juara antara Barcelona dan Manchester United.
Syarikat penerbangan bajet rendah, Ryanair bagaimanapun menyatakan akan terus beroperasi penerbangan ke Scotland sehingga tengah hari walaupun Pihak Berkuasa Penerbangan Ireland (IAA) memberi nasihat agar ia tidak berbuat demikian.
British Airways dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil keputusan sebagai langkah berjaga-jaga untuk tidak meneruskan sebarang operasi penerbangan antara London dan Scotland hari ini ekoran ramalan debu gunung berapi di ruang angkasa Scotland.
''Ketika ini, penerbangan lain tidak terlibat dalam tindakan ini,'' kata kenyataan itu.
Antara mangsa berprofil tinggi kejadian itu adalah Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang terpaksa meninggalkan Ireland semalam, sehari sebelum dijadualkan bagi mengelak terkandas di negara itu. Obama merupakan antara pemimpin dunia yang dijangka tiba di satu persidangan di Perancis Khamis ini yang dijangka berlakunya gangguan jika kepulan debu itu terus bergerak ke arah selatan.
Sumber: Utusan Malaysia
Betol-betol Hangat! Pembantu Jualan didakwa Rogol Pelajar Dalam Kereta Mewah
Oleh Kaki Wayang on
Seorang pembantu jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan merogol seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dalam sebuah kereta mewah, dua minggu lalu.
Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 22, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa terbabit dalam sebuah kereta jenis Toyota Alphard berwarna putih di tepi Jalan Kosas 3/9, Ampang Jaya di sini pada pukul 11 pagi, 11 Mei lalu.
Pemuda tersebut didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafizah Rajuni tidak mencadangkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius dan mengelakkan gangguan terhadap mangsa. Peguam Roslan Hassan yang mewakili Khairul Ivan Iqmal bagaimanapun memohon anak guamnya diikat jamin dengan alasan tertuduh telah bekerjasama dengan pihak polis sepanjang siasatan dijalankan.
Hakim Manira Mohd. Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis yang berhampiran kediamannya pada Sabtu pertama setiap bulan. Beliau menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan kes tersebut.
Memetik laporan akhbar 12 Mei lalu, tertuduh didakwa mengekori remaja terbabit yang dikatakan sedang berjalan kaki.
Lelaki tersebut yang bersendirian didakwa telah memberhentikan kenderaan di hadapan remaja itu sebelum bertindak menariknya masuk ke dalam kereta tersebut serta merogolnya.
P/s: Manusia sekarang kalau nak buat jahat tak kira tempat..kes ni merupakan salah satu daripadanya..kepada rakan-rakan yang bergelar wanita..hati-hatilah diluar sana..jangan pakai seksi yer, jangan dok bjalan seorang diri..kene ada teman..dan jangan g kat tempat2 yang sunyi..pada pihak yang berkuasa..anda sepatutnya menitik beratkan kereta2 mewah yang menggunakan cermin gelap!!! jangan bila dah ada kes macam ni baru nak menyesal dan tingkatkan undang-undang..
Betol-betol Hangat! Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara
Oleh Kaki Wayang on
Wow..is it true? Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara? Biar betik koooo..bile masa pula dia dilacurkan bapa saudara sendiri..ape nak kene lah dengan dunia sekarang ni..tak boleh dibiarkan ni kalau macam ni..Begitulah kisahnya apabila filem yang diadaptasi dari Novel Ombak Rindu akan menjengah di pawagam tak lama lagi...Hahahahaha..suspen kerrnnn (dalam hati pembaca: tak suspen pon dah tau lama dah)
Watak Izzah dalam Ombak Rindu
Tak kira dah lama ke dah basi ke..aku tetap nak post jugak tajuk ni..hahahahaha..al-kisahnya bermula apabila Novel Ombak Rindu hasil karya Fauziah Ashari. Filem Ombak Rindu adalah terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures. Selepas Lagenda Budak Setan yang mencapai rating yang baik dalam filem sebelumnya..giliran Ombak Rindu pula akan ditayangkan di layar perak..sedikit sinopsis Ombak Rindu:
"Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?"sumber: Limau Ais
Dan apa yang paling menarik sebenarnya Watak Maya Karin memerlukannya memakai tudung sepanjang filem itu nanti..begitulah watak Izzah yang bakal dijayakan oleh pelakon terkenal itu nanti..sedikit tentang Maya Karin aka Izzah:
“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.
“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu’ di Bukit Kiara baru-baru ini".