PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Maya Karin. Show all posts
Showing posts with label Maya Karin. Show all posts
Home » Posts filed under Maya Karin
Edisi Kaki Wayang! Kisah percintaan meruntun jiwa Ombak Rindu
Oleh Kaki Wayang on
Jika anda gemarkan novel, maka filem terbaru arahan Osman Ali, Ombak
Rindu, yang diadaptasi dari novel wajar menjadi pilihan. Novel karangan
Fauziah Ashari ini, memang terkenal dengan jalan cerita yang mengusik
jiwa. Bahkan walaupun diadaptasi ke filem, Ombak Rindu masih mampu
mengundang deraian air mata penonton. Kekuatan Ombak Rindu terletak pada kolaborasi pelakon-pelakonnya, iaitu
Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae.
Biarpun pemilihan Maya sebagai Izzah pada mulanya, mendapat respons
kurang baik dari kalangan penggemar novel tersebut, Maya akhirnya
membuktikan dia mampu menampilkan watak Izzah, Seorang gadis kampung
yang terpaksa melalui liku kehidupan yang tidak menjamin masa depannya.
Malah setiap kali 'Izzah' bermain dengan emosinya, penonton dapat
merasai kesengsaraan dilaluinya, derita, sakit, gembira, bahagia serta
ketulusan cinta pada suaminya Hariz.
Jarang sekali kita dapat melihat hero filem mengalirkan air mata
jantannya. Namun dalam filem ini, heronya Aaron Aziz yang menjayakan
watak Hariz, ternyata banyak bermain dengan emosi dan air mata.
Pendek kata, jika anda ingin melihat lakonan Aaron yang biasanya
membawa watak jahat, samseng, ataupun kaki perempuan, maka Ombak Rindu
adalah pilihan tepat.
Malah jika anda ingin melihat Aaron sebagai 'Seth' dalam drama Nora
Elena, anda juga perlu menonton filem ini kerana 'Hariz' lebih meruntun
jiwa. Meskipun Hariz diselubungi dengan egonya, namun terselit sifat
romantik membuatkan penonton 'cair'.
Selain Maya dan Aaron, tampil dengan lakonan berkesan, Lisa juga tidak
ketinggalan menampilkan lakonan cukup berbeza berbanding sebelum ini.
Memegang watak Mila Emylia, Lisa berjaya menimbulkan rasa 'benci'
penonton terhadap sikapnya yang panas baran dan degil.
Namun dalam antagonisnya, masih terselit perasaan halus seorang wanita
yang mahu mempertahankan cintanya terhadap Hariz sehingga melenyapkan
rasa benci dan menimbulkan rasa kasihan padanya.
Tidak kurang hebatnta dengan watak Mail, dipegang Bront Palarae.
Walaupun hanya watak sampingan tapi ia memberi impak besar terhadap
jalan cerita dan kehidupan Izzah dan Hariz. Cintanya ditolak
mentah-mentah oleh Izzah tapi dia masih setia menunggu walaupun pada
akhirnya dia menemui cinta lain.
Secara keseluruhannya, sinematografi cantik dengan panorama indah di
Pulau Langkawi, Kuala Kerpan, Alor Setar dan Tanah Tinggi Cameron
Higlands, banyak membantu menimbulkan mood romantis.
Walaupun ada beberapa babak yang 'blur' kesilapan itu boleh dimaafkan.
Ditambah pula dengan keindahan lagu runut bunyi filem berkenaan yang
dinyanyikan oleh Hafiz dan Adira, sehingga mampu membuai perasaan
penonton.
Ombak Rindu mengisahkan Izzah (Maya Karin), seorang gadis kampung
dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur
untuk dijadikan pelacur. Hariz adalah anak Datuk Sufiah, pemilik empayar
perniagaan, telah membeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk
dijadikan perempuan simpanan,
Namun, Izzah merayu kepada Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan
hubungan mereka. Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut hak
sebagai isteri.
Namun, Hariz akhirnya jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan
kelembutan. Konflik berlaku, apabila Hariz dipaksa Datuk Sufiah untuk
menikahi Mila (Lisa Surihani). Hariz kemudiannya terlibat dengan
kemalangan dan koma. Ketika ketiadaan Hariz, Datuk Sufiah telah
menghalau Izzah keluar daripada rumah mereka.
Penulis kecil hati
Aura filem adaptasi novel, Ombak Rindu berjaya memainkan emosi
penonton, namun penulis asal naskah ini, Fauziah Ashari, tidak dapat
menghayatinya kerana baginya, filem ini tidak sama seperti karya
asalnya. Dalam satu sidang media selepas pratonton filem Ombak Rindu, Fauziah melahirkan rasa kesal terhadap pihak penerbitnya.
Menurut Fauziah, terdapat beberapa plot penting dalam novel tidak
diangkat ke layar perak dan dialog yang digunakan dalam filem ini tidak
seperti apa yang beliau sampaikan menerusi novelnya.
“Saya pada awalnya memang tiada masalah untuk membenarkan karya saya
ini diangkat kepada filem. Ketika pertama kali saya dirujuk oleh mereka,
saya berfikiran terbuka dan berharap ianya lebih hebat. “Tetapi setelah selesai penggambarannya, saya kesal apabila banyak yang
tidak sama daripada novel. Pada saya, ‘mood’ yang saya sampaikan dalam
novel tidak sama,” katanya kepada Zass.
Jelasnya lagi, jalan cerita dalam filem ini juga terlalu pendek dan tidak berbaloi dengan membaca novel asalnya. Malah, beliau bertambah kesal apabila tidak berpeluang bekerjasama untuk filem ini.
"Selepas ini kalau ada pihak penerbit yang mahu mengadaptasi novel
kepada filem, ajaklah penulis sertai produksi sebagai penasihat atau
penulis skrip bersama.
“Bukan apa, untuk mengelak daripada perkara sama berulang dan pasti
masing-masing tidak selesa apabila ada masalah berbangkit,” katanya
dengan nada tenang.
Betol-betol Sengal! Minum air mayat!
Oleh Kaki Wayang on
Gara-gara terpengaruh dengan perkara tahyul, ada individu negeri ini dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah dan lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.
Perbuatan khurafat itu didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di sini, Mohd Ariff Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu.
“Jumlah itu tidak termasuk yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di bawah rumah ketika proses mandi mayat.
“Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman.
“Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman.
“Jadi, sekiranya ia digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh mendatangkan jangkitan penyakit,” katanya yang juga perunding pengurusan jenazah Yayasan Islam Terengganu.
Betol-betol Hangat! Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara
Oleh Kaki Wayang on
Wow..is it true? Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara? Biar betik koooo..bile masa pula dia dilacurkan bapa saudara sendiri..ape nak kene lah dengan dunia sekarang ni..tak boleh dibiarkan ni kalau macam ni..Begitulah kisahnya apabila filem yang diadaptasi dari Novel Ombak Rindu akan menjengah di pawagam tak lama lagi...Hahahahaha..suspen kerrnnn (dalam hati pembaca: tak suspen pon dah tau lama dah)
Watak Izzah dalam Ombak Rindu
Tak kira dah lama ke dah basi ke..aku tetap nak post jugak tajuk ni..hahahahaha..al-kisahnya bermula apabila Novel Ombak Rindu hasil karya Fauziah Ashari. Filem Ombak Rindu adalah terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures. Selepas Lagenda Budak Setan yang mencapai rating yang baik dalam filem sebelumnya..giliran Ombak Rindu pula akan ditayangkan di layar perak..sedikit sinopsis Ombak Rindu:
"Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?"sumber: Limau Ais
Dan apa yang paling menarik sebenarnya Watak Maya Karin memerlukannya memakai tudung sepanjang filem itu nanti..begitulah watak Izzah yang bakal dijayakan oleh pelakon terkenal itu nanti..sedikit tentang Maya Karin aka Izzah:
“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.
“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu’ di Bukit Kiara baru-baru ini".