PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Review Ombak Rindu. Show all posts
Showing posts with label Review Ombak Rindu. Show all posts

Betol-betol Hangat! Gambar Panas Aku dan Maya Karin!

Oleh Kaki Wayang on

Nah amekkaw gambar panas kitorang berdua..

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


Ketika menonton Filem Ombak Rindu, Berjaya Megamall Kuantan

P/s: Apa yang aku leh katakan..filem Ombak Rindu memang best..tak sia-sia tiket RM6 aku..murah kan tiket wayang kat Kuantan..kalau nak murah g kat Megamall..kat East Coast Mall mahal sikit cuma tempat baru dan selesa sikit..better g ECM kalau nak selesa..anyway, PANAS tak gambar kat atas???kekekekekekekekeke...***mak aih..makin gemuklaaa pula aku ni..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Gambar Panas Aku dan Maya Karin!

Edisi Gosip Kaki Wayang! Penulis Novel Ombak Rindu tamak?

Oleh Kaki Wayang on


Kecewa dengan sikap penulis novel, Ombak Rindu, Fauziah Ashari, yang mendakwa tidak menerima bayaran setimpal daripada syarikat penerbitan naskahnya, Alaf 21, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata sesungguhnya dakwaan tersebut tidak berasas.

Katanya, segala apa yang diterima Fauziah sememangnya mengikut perjanjian yang telah pun ditetapkan, malah penulis buku itu juga telah menerima bayaran royalti sebanyak RM 219,000 sejak dicetak pada sembilan tahun lalu.

"Saya kesal dengan sikapnya yang memberitahu menerima bayaran tidak setimpal. Bagaimana tidak setimpal sedangkan dia telah menerima RM219, 000 hasil cetakan novel itu. "Manakala hasil bayaran setelah novel ini diadaptasi pula dia menerima RM 1,600 kerana kami menjualnya kepada penerbit dengan harga RM 4,000. Kira dia menerima 40 peratus daripada apa yang telah ditetapkan," katanya mengulas mengenai rasa tidak puas hati Fauziah Ashari baru-baru ini.

Mengganggap perilaku Fauziah Ashari, sebagai insan yang tidak mensyukuri nikmat Ilahi, kerana disebabkan proses adaptasi itu juga, membuatkan novelnya diulang cetak semula sebanyak 40 ribu.

"Novel tersebut diulang cetak sebanyak 40 ribu naskhah setelah ditayangkan di pawagam dan dia bakal menerima royalti sebanyak RM50,000 lagi untuk cetakan baru ini. Sewajarnya dia menghargai apa yang berlaku,"jelasnya penuh kesal.

Mengenai isu pembelian hak cipta novel itu oleh Tarantella Pictures Sdn Bhd pada tahun 2009 yang mana Fauziah mendakwa hanya mengetahuinya menerusi akhbar, kata Hussamuddin, sememangnya pihaknya berhak berbuat apa-apa tanpa pengetahuannya.

"Dalam kontrak telah jelas menyatakan setiap perjanjian yang ditandatangani oleh Alaf 21 bersama penulis. Terdapat klausa yang membenarkan pihak penerbit melakukan apa sahaja kepada hasil karya penulis termasuk diadaptasi ke filem, pementasan, video atau apa sahaja tanpa perlu merujuk kepada penulis"

"Jadi apabila tahun 2009, Tarantella Pictures telah menyatakan minat terhadap novel Ombak Rindu dan Alaf 21 telah menjual hak menerbitkan filem itu kepada Tarantella Pictures, itu hak kami. Dia tidak perlu diberitahu, sebaliknya pembayaran tetap dia terima.

"Saya melihat adaptasi novel kepada filem satu perkara yang baik kerana apabila filem mendapat sambutan, secara tidak langsung novel itu terjual atau dicetak semula,"ucapnya lagi.

Tidak bercadang mengambil tindakan terhadap wanita itu, sebaliknya kata Hussamuddin, Fauziah sebenarnya tidak memahami dan mengerti mengenai urusan niaga yang berlaku.
Sila baca selanjutnyaEdisi Gosip Kaki Wayang! Penulis Novel Ombak Rindu tamak?

Edisi Kaki Wayang! Jom tonton Ombak Rindu!

Oleh Kaki Wayang on


Jika anda gemarkan novel, maka filem terbaru arahan Osman Ali, Ombak Rindu, yang diadaptasi dari novel wajar menjadi pilihan. Novel karangan Fauziah Ashari ini, memang terkenal dengan jalan cerita yang mengusik jiwa. Bahkan walaupun diadaptasi ke filem, Ombak Rindu masih mampu mengundang deraian air mata penonton.


Kekuatan Ombak Rindu terletak pada kolaborasi pelakon-pelakonnya, iaitu Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae.

Biarpun pemilihan Maya sebagai Izzah pada mulanya, mendapat respons kurang baik dari kalangan penggemar novel tersebut, Maya akhirnya membuktikan dia mampu menampilkan watak Izzah, Seorang gadis kampung yang terpaksa melalui liku kehidupan yang tidak menjamin masa depannya. Untuk menyaksikan sejauh manakah kehebatan Maya,  saksikan filem ini di pawagam hari ini!

Sila baca selanjutnyaEdisi Kaki Wayang! Jom tonton Ombak Rindu!

Edisi Kaki Wayang! Kisah percintaan meruntun jiwa Ombak Rindu

Oleh Kaki Wayang on


Jika anda gemarkan novel, maka filem terbaru arahan Osman Ali, Ombak Rindu, yang diadaptasi dari novel wajar menjadi pilihan. Novel karangan Fauziah Ashari ini, memang terkenal dengan jalan cerita yang mengusik jiwa. Bahkan walaupun diadaptasi ke filem, Ombak Rindu masih mampu mengundang deraian air mata penonton. Kekuatan Ombak Rindu terletak pada kolaborasi pelakon-pelakonnya, iaitu Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae.
 
Biarpun pemilihan Maya sebagai Izzah pada mulanya, mendapat respons kurang baik dari kalangan penggemar novel tersebut, Maya akhirnya membuktikan dia mampu menampilkan watak Izzah, Seorang gadis kampung yang terpaksa melalui liku kehidupan yang tidak menjamin masa depannya.
 
Malah setiap kali 'Izzah' bermain dengan emosinya, penonton dapat merasai kesengsaraan dilaluinya, derita, sakit, gembira, bahagia serta ketulusan cinta pada suaminya Hariz.
 
Jarang sekali kita dapat melihat hero filem mengalirkan air mata jantannya. Namun dalam filem ini, heronya Aaron Aziz yang menjayakan watak Hariz, ternyata banyak bermain dengan emosi dan air mata.
 
Pendek kata, jika anda ingin melihat lakonan Aaron yang biasanya membawa watak jahat, samseng, ataupun kaki perempuan, maka Ombak Rindu adalah pilihan tepat.
 
Malah jika anda ingin melihat Aaron sebagai 'Seth' dalam drama Nora Elena, anda juga perlu menonton filem ini kerana 'Hariz' lebih meruntun jiwa. Meskipun Hariz diselubungi dengan egonya, namun terselit sifat romantik membuatkan penonton 'cair'.
 
Selain Maya dan Aaron, tampil dengan lakonan berkesan, Lisa juga tidak ketinggalan menampilkan lakonan cukup berbeza berbanding sebelum ini. Memegang watak Mila Emylia, Lisa berjaya menimbulkan rasa 'benci' penonton terhadap sikapnya yang panas baran dan degil.
 
Namun dalam antagonisnya, masih terselit perasaan halus seorang wanita yang mahu mempertahankan cintanya terhadap Hariz sehingga melenyapkan rasa benci dan menimbulkan rasa kasihan padanya.
 
Tidak kurang hebatnta dengan watak Mail, dipegang Bront Palarae. Walaupun hanya watak sampingan tapi ia memberi impak besar terhadap jalan cerita dan kehidupan Izzah dan Hariz. Cintanya ditolak mentah-mentah oleh Izzah tapi dia masih setia menunggu walaupun pada akhirnya dia menemui cinta lain.
 
Secara keseluruhannya, sinematografi cantik dengan panorama indah di Pulau Langkawi, Kuala Kerpan, Alor Setar dan Tanah Tinggi Cameron Higlands, banyak membantu menimbulkan mood romantis.
Walaupun ada beberapa babak yang 'blur' kesilapan itu boleh dimaafkan. Ditambah pula dengan keindahan lagu runut bunyi filem berkenaan yang dinyanyikan oleh Hafiz dan Adira, sehingga mampu membuai perasaan penonton.
 
Ombak Rindu mengisahkan Izzah (Maya Karin), seorang gadis kampung dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Hariz adalah anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan, telah membeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan,
 
Namun, Izzah merayu kepada Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka. Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut hak sebagai isteri.
 
Namun, Hariz akhirnya jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Konflik berlaku, apabila Hariz dipaksa Datuk Sufiah untuk menikahi Mila (Lisa Surihani). Hariz kemudiannya terlibat dengan kemalangan dan koma. Ketika ketiadaan Hariz, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar daripada rumah mereka.
 
Penulis kecil hati 
 
Aura filem adaptasi novel, Ombak Rindu berjaya memainkan emosi penonton, namun penulis asal naskah ini, Fauziah Ashari, tidak dapat menghayatinya kerana baginya, filem ini tidak sama seperti karya asalnya. Dalam satu sidang media selepas pratonton filem Ombak Rindu, Fauziah melahirkan rasa kesal terhadap pihak penerbitnya.
 
Menurut Fauziah, terdapat beberapa plot penting dalam novel tidak diangkat ke layar perak dan dialog yang digunakan dalam filem ini tidak seperti apa yang beliau sampaikan menerusi novelnya.
 
“Saya pada awalnya memang tiada masalah untuk membenarkan karya saya ini diangkat kepada filem. Ketika pertama kali saya dirujuk oleh mereka, saya berfikiran terbuka dan berharap ianya lebih hebat. “Tetapi setelah selesai penggambarannya, saya kesal apabila banyak yang tidak sama daripada novel. Pada saya, ‘mood’ yang saya sampaikan dalam novel tidak sama,” katanya kepada Zass.
 
Jelasnya lagi, jalan cerita dalam filem ini juga terlalu pendek dan tidak berbaloi dengan membaca novel asalnya. Malah, beliau bertambah kesal apabila tidak berpeluang bekerjasama untuk filem ini.
 
"Selepas ini kalau ada pihak penerbit yang mahu mengadaptasi novel kepada filem, ajaklah penulis sertai produksi sebagai penasihat atau penulis skrip bersama.
 
“Bukan apa, untuk mengelak daripada perkara sama berulang dan pasti masing-masing tidak selesa apabila ada masalah berbangkit,” katanya dengan nada tenang.
Sila baca selanjutnyaEdisi Kaki Wayang! Kisah percintaan meruntun jiwa Ombak Rindu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...