Jika anda gemarkan novel, maka filem terbaru arahan Osman Ali, Ombak Rindu, yang diadaptasi dari novel wajar menjadi pilihan. Novel karangan Fauziah Ashari ini, memang terkenal dengan jalan cerita yang mengusik jiwa. Bahkan walaupun diadaptasi ke filem, Ombak Rindu masih mampu mengundang deraian air mata penonton.
Kekuatan Ombak Rindu terletak pada kolaborasi pelakon-pelakonnya, iaitu Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae.
Biarpun pemilihan Maya sebagai Izzah pada mulanya, mendapat respons kurang baik dari kalangan penggemar novel tersebut, Maya akhirnya membuktikan dia mampu menampilkan watak Izzah, Seorang gadis kampung yang terpaksa melalui liku kehidupan yang tidak menjamin masa depannya. Untuk menyaksikan sejauh manakah kehebatan Maya, saksikan filem ini di pawagam hari ini!