Betol-betol Ngeri! Kereta undur dihentam treler!

Oleh Kaki Wayang on

Tindakan mengundur kereta akibat terlepas susur keluar membawa padah apabila seorang warga emas maut manakala dua lagi parah selepas dilanggar treler membawa muatan getah di Kilometer 21 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran persimpangan Plaza Tol Putrajaya/Cyberjaya, tengah hari semalam.

Arthur Lawrence Pharamond, 86, yang memandu kereta Perodua Kancil disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Putrajaya akibat kecederaan parah di kepalanya selepas dirempuh treler dengan muatan dua buah kontena, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari.

Dua penumpang kereta berkenaan iaitu isteri Arthur, Lodi Ah Chang, 78, dan seorang wanita, Yong Shiad Ting, 36, berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama manakala anak lelaki pasangan itu, Jeffrey Gilbert Pharamond, 46, yang juga orang kelainan upaya (OKU), cedera ringan.
Ekoran kejadian itu, treler berkenaan terbalik dan dua buah kontena dibawanya melintang di tengah lebuh raya sehingga menyebabkan kesesakan teruk di laluan menghala ke Shah Alam selama beberapa jam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan ketika dihubungi berkata, Arthur yang berasal dari Sentul, Kuala Lumpur dipercayai memandu dari arah Seremban menghala ke Putrajaya sebelum terlepas simpang susur keluar.

Katanya, mangsa dipercayai cuba mengundurkan keretanya untuk memasuki persimpangan ke Plaza Tol Putrajaya/Cyberjaya.

“Ketika mengundurkan keretanya sebuah kereta berjaya mengelak kereta yang dipandu mangsa, tetapi pemandu treler dari arah sama gagal mengelak dan merempuh belakang kereta mangsa sehingga menyebabkan kereta itu terseret 50 meter dari tempat kejadian, menyebabkan ia remuk.

“Rempuhan itu turut menyebabkan dua buah kontena yang dibawanya terjatuh dan melintang di tengah lebuh raya. Bagaimanapun, pemandu treler tidak cedera,” katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...