PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label soal jawab puasa. Show all posts
Showing posts with label soal jawab puasa. Show all posts

Edisi Soal Jawab Agama! Taubat kekasih terlanjur!

Oleh Kaki Wayang on

Soalan:

SAYA pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia 20 tahun. Saya sudah beberapa kali terlanjur bersama teman wanita saya dan kini kami berdua sudah berpisah. Saya ingin bertaubat dan berazam tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi.

Perlukah saya berbaik semula dengan teman wanita yang saya tiduri dan mengajaknya bertaubat kepada Allah s.w.t ataupun saya terus melupakannya dan berdoa supaya Allah mengurniakan saya dengan wanita lain sebagai jodoh? 

Saya ingin bertanggungjawab di atas keterlanjuran kami dengan memujuknya kembali bersama saya, tetapi dia sudah mempunyai lelaki lain.  

Saya mahu bertaubat sebelum ajal menjemput. 

Jawapan:

HASRAT untuk bertaubat dan tidak lagi mengulangi dosa zina itulah yang sepatutnya. Ini kerana kita perlu ingat bahawa dosa zina termasuk dalam dosa besar yang kedua selepas dosa syirik.

Rasulullah s.a.w mengingat-kan setiap individu bahawa: “Tiada dosa yang lebih besar selepas daripada syirik selain dari seorang lelaki yang meletakkan maninya dalam kandungan perempuan yang tidak halal baginya (bukan isteri).” (Tafsir Ibn Kathir III: 38)

Pilihan untuk bertaubat dan berkahwin itulah yang sebaiknya. Manakala berkahwin dengan teman wanita itu juga sebahagian daripada menebus dosa zina sekiranya dia bersetuju.

Sekiranya tiada persetujuan, maka pilihlah wanita yang beragama untuk dikahwini sekiranya ada jodoh. Selain itu buatlah segala amal soleh bagi menebus kesalahan lalu seperti memperbanyakkan amalan sunat.

Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, anda terselamat daripada hukuman dan seksaan Allah sama ada di dunia atau akhirat. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Allah menerima taubat hamba-Nya sepanjang masa.

Sila baca selanjutnyaEdisi Soal Jawab Agama! Taubat kekasih terlanjur!

Edisi Soal Jawab Agama! Isteri Curang, Suami Curang?

Oleh Kaki Wayang on

Soalan:

SAYA sudah berkahwin hampir empat tahun. Alhamdulillah, saya dianugerahkan dua anak dan seorang lagi bakal lahir bulan hadapan. Masalahnya sekarang, sudah hampir setahun suami saya tidak bekerja. Segala perbelanjaan dan keperluan saya yang tanggung. Saya hanya seorang kerani yang mempunyai pendapatan bersih cuma RM700 sebulan.

Apa yang buat saya berkecil hati walaupun dia tidak bekerja dan saya pula tengah sarat mengandung, suami saya jarang menolong saya menjaga anak jauh sekali menolong melakukan kerja rumah. Sejak mengandung, dia memang sudah tidak bekerja. Tiap-tiap malam keluar, hampir subuh baru dia balik. Keadaan itu berterusan sampai sekarang.

Saya mula rasa nak marah kerana penat menjaga anak seorang diri. Setiap pagi saya terkejar-kejar menguruskan anak dan menghantarnya ke pusat jagaan. Suami saya langsung tidak menolong dengan alasan dia mengantuk dan penat kerana baru balik.

Saya tidak boleh menerima alasan itu dan saya sudah bercakap baik-baik kepadanya. Dia lebih mementingkan kawan-kawannya dari keluarga. Saya cakap saya tidak kisah dia tidak bekerja sekiranya dia boleh menjaga anak.

Sekurang-kurangnya saya tidak perlu membayar ke pusat jagaan kanak-kanak sebanyak RM400 sebulan. Saya juga mula rasa tawar hati dan tidak menjalankan tugas sebagai seorang isteri seperti memasak, tidak mencuci pakaiannya dan tidak menunaikan hajatnya kerana merasa begitu tertekan dengan sikapnya.

Saya bimbang apa yang saya lakukan ini dikategorikan sebagai isteri derhaka.
Tambahan lagi, dia selalu melengahkan solat dan sekarang hampir setiap hari dia meninggalkan solat Subuh. Katanya selama ini dia bangun subuh sebab dia serabut dengar saya membebel.

Itu membuatkan saya makin tawar hati kerana saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan solat sedangkan dia tidak. Tetapi saya tahu itu adalah dosa antara dia dengan Allah sedangkan saya pula berdosa dengannya sebagai isteri. Sebenarnya apabila difikirkan itu mungkin hikmat dan ujian daripada Allah.

Mungkin itu satu balasan dosa silam kerana saya pernah melakukan maksiat dengannya sebelum kahwin. Tetapi kami tidak pernah terlanjur. Saya juga pernah curang dengannya selepas bergelar isteri kerana saya tahu dia curang dengan saya.

Tetapi kami tidak pernah berzina. Sekiranya Allah turunkan ujian ini kerana dosa silam saya, saya reda asalkan saya mendapat pengampunan-Nya. Apa yang patut saya lakukan? Saya sudah tidak mampu untuk menyara anak seorang diri dengan pendapatan yang kecil.

Jawapan:

MASALAH anda berkisar kepada suami yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya sebagai suami. Ia membabitkan nafkah zahir dan juga nafkah batin seperti kasih sayang. Rumah tangga bahagia apabila tanggungjawab suami isteri sama-sama dipikul sehingga terbentuk keluarga bahagia. Perkara itu perlu diatasi segera kerana ia boleh membawa perpecahan rumah tangga dan perceraian.

Begitulah kemungkinan yang akan berlaku kepada rumah tangga anda apabila masing-masing membawa hal tuju sendiri.  Penyelesaian Islam ialah suami perlu kembali menjadi suami yang bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anak.  Setiap suami perlu sedar bahawa anak isteri adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dijaga dan dipikul. Kita semua akan ditanya di akhirat kelak. Itulah penyelesaian yang terbaik.

Bagaimanapun, sekiranya suami masih bersikap lepas tangan, anda boleh memilih untuk bersabar buat sementara dengan memberi suami peluang untuk berubah. Contohnya, dengan memberi peluang kepada suami mencari pekerjaan yang baru bagi menampung keperluan rumah tangga.

Dengan itu, anda perlu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sebaiknya.  Jika tidak ia boleh dikategori sebagai nusyuz. Begitu juga maruah diri dan suami perlu dijaga agar tidak melanggar hukum Islam seperti pernah berlaku pada anda.

Anda juga sewajarnya bertaubat kepada Allah apabila terlanjur sedikit sebanyak. Itu sebenarnya kelemahan anak Adam yang banyak melakukan dosa dan kesalahan.  Hanya keampunan Allah dapat menghapuskan dosa itu. Selain itu, puan boleh mendapatkan bantuan keluarga sendiri seperti ibu bapa dan sanak saudara dalam meringan beban masalah.

Mereka boleh menjadi pendamai dalam menyelesaikan masalah sebegini. Seterusnya Islam membenarkan perpisahan antara suami isteri apabila salah seorang tidak mampu menjalankan tanggungjawab asasi iaitu memberi nafkah.

Perkara sebegini perlu dibawa ke mahkamah untuk diberi keputusan sama ada membenarkan perceraian melalui fasakh atau sebagainya.  Sebaiknya adalah mengekalkan rumah tangga yang ada kerana kehidupan sebagai ibu tunggal (janda) pasti ada cabaran tersendiri.

Sekurang-kurang ada orang yang dapat membantu dalam kesusahan. Setengah orang lebih suka untuk mempunyai suami daripada hidup berseorangan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Soal Jawab Agama! Isteri Curang, Suami Curang?

Betol-betol Informasi! Hukum Menyebut OMG!

Oleh Kaki Wayang on


Soalan : “apakah hukumnya menyebut OhhhMG, oh! my god. sesetengah menyebut OMG. kalau diterjemahkan maknanya oo ya Allah. saya dapati segelintir anak-anak muda menggunakan perkataan ini dengan maksud tersebut, apakah hukumnya “

Jawapan : ” seorang muslin dituntut supaya sentiasa mengingati Allah, dalam sepotong aya Allah SWT berfirman, “tidaklah dengan mengingati Tuhan hati akan jadi tenang”, justeru untuk hidup tenang, basahlah lidah dengan selalu menyebut nama kalimah Allah. kalimah GOD  sama sekali tidak boleh diterjemah sebagai Allah. dari segi bahasa GOD hanyalah TUHAN, Dalam bahasa arab Tuhan ialah RAB. perkataan tuhan boleh dijamakkan dan ada jantina seperti GODS dan GODNESS. berbeza dengan kalimah Allah is mengandungi makna tauhid di dalamnya. Tiada dua atau tiga hanyalah ESA dan SATU, jika kita orang ISLAM sebutlah ya ALLAH kerana maknanya berbeza dengan ohmygod”

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Hukum Menyebut OMG!

Betol-betol Informasi! Ragu lafaz talak suami

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5kV5DUFg4IxkoMYF-yqqq-Pz7SO1hk4cQb_1NpONGD_rSLfCtjjtH8Ya4CZsK8zoOqRl5w2KsFK0WzD5Bg8slHWdpg4D9tSMyXbU0FDpYzFm_Qwq2brpnxLqeIWpgFbX0HucBBvLbn_eI/s1600/cerai2.jpg

Soalan:

SAYA mengandung anak ketiga yang kini masuk lima bulan. Di awal mengandung, suami tidak mahukan bayi dalam kandungan ini kerana masalah ekonomi terutama hutang ansuran kereta, rumah, pengasuh anak dan perbelanjaan bulanan. Kami pernah bergaduh dan suami saya pernah terlepas cakap “Aku tak mahu kau lahirkan budak ini, kalau kau melahirkan budak ini dengan selamat kita bercerai” tetapi suami saya tidak bermaksud untuk bercerai ketika itu dia amat kusut dan terlepas cakap.

Baru-baru ini, suami saya cakap dia sedia menerima bayi dalam kandungan ini dan mahu selamatkan rumah tangga kami, tetapi risau dengan kata-katanya sebelum ini yang terlepas cakap ketika kami bergaduh.

Suami tidak tahu apa yang perlu dia lakukan untuk menyelesaikan keterlanjuran kata-katanya itu. Suami saya pernah telefon ke pejabat agama untuk minta pendapat mengenai permasalahan kami ini, tetapi pegawai yang jawab panggilan itu berkata “tunggu sahajalah bayi lahir kemudian daftar penceraian di mahkamah serta tunggu keputusan mahkamah.”

Sekarang suami saya tidak mahu naik mahkamah dan mahu selesaikan secara luar mahkamah.
 
Jawapan:

UNDANG-undang keluarga di Malaysia memperuntukkan bahawa seseorang suami atau seorang isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan permohonan untuk perceraian di Mahkamah Syariah.  Apabila pihak Mahkamah berpuas hati, mahkamah akan menasihatkan suami supaya melafazkan satu talak di hadapan mahkamah.

Apa yang banyak berlaku ialah lafaz talak berlaku di luar mahkamah dan tanpa kebenaran.  Dalam keadaan ini, suami hendaklah melaporkan kepada mahkamah dalam masa tujuh hari. Mahkamah kemudian menyiasat sama ada ia dilafazkan mengikut hukum syarak atau tidak.

Apabila ia sah mengikut hukum syarak, maka mahkamah akan membuat perintah membenarkan perceraian dengan talak. Inilah prosedur yang dikatakan oleh pegawai agama di atas.  Secara umumnya, mahkamah akan menyiasat sama ada lafaz di atas iaitu “Aku tak mahu kau lahirkan budak ini, kalau kau melahirkan budak ini dengan selamat kita bercerai” termasuk dalam lafaz cerai taklik atau tidak.

Mahkamah akan menyiasat perkara itu berdasarkan keterangan suami dan puan sendiri. Seterusnya mahkamah akan mengesahkan lafaz taklik tersebut dan memutuskan sama ada ia menggugurkan talak atau tidak.

Memandangkan lafaz sedemikian sudah terjadi, saya berpendapat suami puan perlu melaporkannya kepada mahkamah untuk dibuat siasatan.  Ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan gangguan psikologi kepada keluarga terutama rasa bersalah dan sebagainya. Ini sebenarnya yang dicadangkan oleh pegawai agama berkenaan.

Dengan kata lain, mahkamah akan memberi kata putus kedudukan lafaz itu. Selain itu, negara kita mempunyai undang-undang keluarga yang perlu diikuti.  Penyelesaian di luar mahkamah tidak bersifat rasmi dan membawa masalah di masa hadapan. Umpamanya, bilangan cerai dan talak yang berlaku tidak direkodkan dan sebagainya.

Ia juga sebagai pengajaran agar tidak mudah menggunakan kata cerai dan talak. Islam juga melihat perceraian sebagai suatu yang tidak baik kerana sudah meruntuhkan rumah tangga. Inilah yang diinginkan syaitan. 
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Ragu lafaz talak suami

Betol-betol Insaf! Berhutang demi anak sertai tilawah!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.malaysiaharmoni.com/v2/images/stories/quran1a.jpg

Demi untuk melihat anaknya berjaya dalam pertandingan akhir Tilawah al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa di Doha, Qatar pada 26 Ogos ini, Nurunnajmi Yaacob, 40, sanggup berhutang menggunakan kad kreditnya untuk membiayai perbelanjaan sepanjang berada di negara itu selama seminggu.

Perbelanjaan dianggarkan berjumlah RM6,000 itu bagi keperluan isterinya, Sauzan Ibrahim, membeli tiket penerbangan dan kos makan minum kerana Kerajaan Qatar hanya membiayai tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Doha, makan minum dan penginapan hotel untuk Nurunnajmi dan anaknya, Nurusyahamah Taqiah, 12, sepanjang pertandingan itu berlangsung. 

Nurunnajmi berkata, dia terpaksa membawa isteri yang juga bertindak sebagai pengurus dan jurucakap kepada Nurusyahamah Taqiah. 

Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran yang menaja penerbangan pergi balik mereka tiga beranak dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, pada 23 Ogos dan 29 Ogos nanti.

“Cuma belanja makan dan minum, pengurusan diri dan tiket penerbangan untuk isteri dari Kuala Lumpur ke Doha sebanyak RM4,300 terpaksa ditanggung sendiri kerana tidak ada pihak sudi menaja,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Nurusyahamah Taqiah akan berlepas ke Doha bersama bapanya yang juga guru agama Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Payong, Hulu Besut dan ibunya yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Wataniah, Jertih untuk menyertai pertandingan akhir tilawah berkenaan anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran TV Kanak-Kanak Al-Jazeera, pada Jumaat ini.

Mereka bertiga akan berlepas ke Doha dengan penerbangan Qatar Airways dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.25 pagi esok.  Murid Tahun Enam Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Lubuk Kawah, Jertih itu berjaya melepasi ujian pada peringkat separuh akhir yang diadakan pada 22 hingga 28 Jun lalu di Doha membabitkan 63 peserta yang dipilih daripada dua ujian saringan membabitkan 4,000 kanak-kanak seluruh dunia pada peringkat awal dengan 49 daripadanya dari Malaysia.

Dalam pertandingan akhir akan disiarkan TV Al-Jazeera saluran kanak-kanak secara langsung itu nanti, Nurusyahamah Taqiah akan berdepan dua pesaingnya, iaitu peserta dari Yaman dan Maghribi.

Katanya, mereka berharap Nurusyahamah Taqiah berjaya pada pertandingan peringkat akhir itu, sekali gus mengharumkan lagi nama Malaysia dan Terengganu pada peringkat antarabangsa. 
 
P/s: Terharu dengan pengorbanan seorang Ayah berjuang demi jalan Allah SWT..membelanjakan wang dan duitnya ke arah keredhaan Allah SWT..walaupun pada akhirnya dia dibantu..tapi ingat..niat baik sahaja sudah cukup untuk mendapatkan pahala dan keredhaan Allah SWT..apatah lagi dalam bulan puasa..
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Insaf! Berhutang demi anak sertai tilawah!

Betol-betol Insaf! Siapa layak dapat Al-Qadr?!

Oleh Kaki Wayang on

 

UMAT Islam kini berada pada fasa ketiga Ramadan di mana kemuncak keistimewaan 10 hari terakhir Ramadan ini ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam al-Qadr dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, dalamnya ada malam yang amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah”. (riwayat Ibnu Majah).

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, mudah-mudahan akan diampuni dosanya yang lalu. (riwayat Muslim).

Para ulama bersepakat bahawa malam al-Qadr berlaku di bulan Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Mereka hanya berselisih pendapat tentang malam yang ke berapa. 

Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: “Barang siapa yang ingin mendapatkan al-Qadr, dia hendaklah mencari pada malam ke-27 (riwayat Ahmad).”

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam ganjil 10 hari terakhir. Apa pun harinya, yang penting pada malam itu, Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang melaksanakan ibadat dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah.

Kelebihan malam al-Qadr tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan juga tidak pula diberi kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam-malam tertentu sahaja. Fadilat malam itu akan menyinari mereka yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam beribadat. Hadirnya malam penuh berkat itu sangat dinantikan dan disambut dengan penuh keimanannya.

Kata al-Imam al-Qurtubiy, Rasulullah SAW diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka baginda merasa bahawa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti mana yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya lebih panjang. 

Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah SAW. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadr yang mempunyai nilai 1,000 bulan kepada Rasulullah SAW dan umatnya.

Justeru itu, malam al-Qadr dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama 1,000 bulan atau 83 tahun tiga bulan.

Kerana keutamaan ini, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadr. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan. 

Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, witir, terawih, bertadarus al-Quran, berzikir dan seumpamanya.

Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering baginda baca adalah doa maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang dosa yang lalu. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. 

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Setiap anak Adam tidak akan terlepas dari melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu adalah yang bertaubat kepada Allah (riwayat al-Tirmidzi dan Ibnu Majah).”

Justeru, wajar bagi setiap Muslim bermuhasabah terhadap segala amalan dan seterusnya bertaubat kepada Allah biarpun sekecil mana kesalahan itu. Perlu diinsafi bahawa taubat tidak sepatutnya ditunda atau ditangguhkan kepada waktu yang lain kerana ajal maut akan datang menjemput manusia pada bila-bila masa. Maka peluang keemasan yang disediakan Allah sepanjang Ramadan wajar direbut agar tidak menyesal kemudian hari.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Insaf! Siapa layak dapat Al-Qadr?!

Betol-betol Hangat! Wordless Wednesday #1

Oleh Kaki Wayang on

http://img690.imageshack.us/img690/2164/facefishart43399197.jpg 

Wordless Wednesday tapi aku nak jugak taip sesuatu..Kreatif kan gambar ni..tapi bulan puasa jangan pulak korang buat aksi seperti ini yer..kang batal puasa pula..hahahahaha..

P/s: Percaya atau tidak..ini adalah Wordless Wednesday pertama aku..setelah 4 bulan berkecimpung dalam dunia blog.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Wordless Wednesday #1

Edisi Khas Puasa! 12 Aurat Wanita Dalam Islam!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyZbZzQ16ScNcDJhUDi8nhrt1Cf1kYlCGMLotl3vSvg5IAXcyY-YpAV9E4SLunvR9sC5C83_dOx22Vfc0ubMp_Y20APmBbt1299FJRMmggMPJwVjz4Ww_PxXGnbdB5rTXdUdUK0csa__0/s1600/Cara-Berpakaian-Bagi-Wanita-Muslim.jpg

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.


Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.


Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Kredit: UKIRANCINTA 
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! 12 Aurat Wanita Dalam Islam!

Edisi Khas Puasa! Nabi Muhammad menjamin syurga?

Oleh Kaki Wayang on

http://donmakemesad.com/room06/wp-content/uploads/2011/04/solat3.bmp

Alhamdulillah, kita terus diberi peluang menghayati Ramadan tahun ini. Kita juga harus tidak lupa mengenang jasa Rasulullah SAW yang yang mengajar kita erti Ramadan melalui kata-kata dan contoh amalan baginda. 

Dalam ruangan ini kita masih membahaskan bab keistimewaan dan kelebihan Nabi SAW. Ia terpaksa dibahaskan walaupun sebenarnya tajuk ini tidak sepatutnya jadi kontroversi. Jika dianalisis dengan insaf, sepanjang sejarah aliran-aliran yang sesat dalam Islam, jarang sekali puncanya kerana terlampau mengangkat dan melebihkan Nabi SAW. Sebaliknya mereka tersasar kerana terlampau dalam melebihkan yang lain. 

Syiah tersilap kerana terlampau melebihkan Saidina Ali. Qadiyani terkhilaf kerana melebihkan Mirza Ghulam Ahmad. Kumpulan-kumpulan Neo-Khawarij dan Neo-Mu'tazilah (Khawarij dan Mu'tazilah Moden) pula tersesat kerana terlalu melebihkan akal fikiran sendiri berbanding dengan tafsiran yang berautoriti. 

Adapun aliran tradisi, Asha'irah, Sufi atau seumpamanya yang sebenarnya merupakan majoriti ummah yang kadang-kadang dituduh tersesat kerana terlalu mengagungkan Nabi SAW.

http://www.harian-metro-online.com/wp-content/uploads/2011/08/solat.jpg

Hakikatnya sikap mereka ini menepati acuan al-Quran dan al-Sunnah. Cuma mungkin sesetengah sudut kelebihan Nabi SAW jarang dibentangkan dengan baik sehingga kedengaran aneh dan janggal bagi mereka yang jarang mendengarnya.

Ia termasuklah soal keistimewaan Nabi Muhammad dalam menjamin tanah syurga. Keistimewaan ini telah disebut oleh al-Hafiz al-Suyuti, al-Qustallani, dan al-Zurqani di dalam syarahnya bagi kitab al-Mawahib al-Ladunniyyah

Kita sedia maklum, bahawa al-iqto' iaitu menjamin tanah syurga hanya dimiliki oleh ahli tauhid dan dengan izin perkenan daripada Allah SWT sama ada melalui wahyu, ilham atau pun al-tafwidh (penyerahan) daripada Allah. Perkara sedemikian pernah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya: "Aku hanyalah pembahagi, dan Allahlah Pengurnia."

Jika pepatah syurga di bawah telapak kaki ibu itu benar, mengapa tidak benar kenyataan yang menegaskan bahawa syurga itu di bawah titah Nabi Muhammad SAW? Bahkan di bawah telapak kaki baginda.

Walau bagaimanapun, maknanya adalah sama dan makruf pada sesiapa pun, meskipun bagi orang yang mempunyai serendah-rendah ilmu. Ia adalah ungkapan majazi (kiasan) yang bermaksud, untuk sampai ke syurga, mesti melalui jalan melakukan kebaikan dan berkhidmat kepada kedua ibu bapa, terutama kepada ibu. 

Jika ia dinisbahkan kepada Nabi SAW, bererti untuk memasuki syurga disyaratkan supaya mentaati, mengasihi, dan menyokong baginda. Keistimewaan ini mempunyai contoh dan asas yang amat banyak dan kita hanya akan menyebut yang terpenting sahaja. Antaranya, makna menjamin tanah syurga adalah nabi SAW menjadi penjamin masuknya sebahagian para sahabat ke syurga.

Saksi Baiah Aqabah ahli syurga

Jaminan ini diperolehi oleh mereka yang menyaksikan Baiah (Perjanjian) Aqabah. 'Ubadah ibn Somit meriwayatkan dengan katanya: "Aku termasuk di antara orang yang menghadiri Perjanjian Aqabah yang pertama. 

"Dalam perjanjian tersebut, kita membaiah Rasulullah SAW untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak akan membunuh anak-anak kita, tidak akan melakukan pendustaan besar yang kita ada-adakan di antara kita dan tidak akan menderhakai nabi dalam perkara kebaikan."

Baginda bersabda: "Jika kalian menyempurnakan baiah ini, maka bagi kalian syurga. Tetapi jika kalian mengingkari sesuatu daripada itu, maka urusan kalian diserahkan kepada Allah. Jika Dia menghendaki Dia akan menyiksa kalian dan jika Dia berkenan, Dia akan mengampuni kalian."

Disebut oleh Ibnu Kathir dalam Bab Permulaan Keislaman Kaum Ansar (Ibnu Kathir: Al-Sirah, 2:176).

Dalam Sahih Muslim disebutkan dengan tegas bahawa baiah tersebut disyaratkan dengan jaminan masuk syurga. Ubadah ibn Somit berkata: "Aku termasuk di antara pemimpin yang membaiah Rasulullah SAW."
Dia berkata lagi: "Kita membaiah Rasulullah SAW untuk tidak lagi menyekutukan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah, kecuali dengan jalan yang hak, tidak merampas dan tidak menderhaka. Kita dijanjikan syurga jika kita melakukan perkara-perkara tersebut." 

Dalam satu riwayat disebutkan, bahawa Nabi bersabda: "Sesiapa menyempurnakan (baiahnya), maka baginya balasan syurga (Ibnu Kathir, al Bidayah wal al Nihayah, jld 3 hlm 150)."

Menurut riwayat Qatadah mereka yang berbaiah itu berkata: "Wahai Rasulullah! Apa hak kita jika kita memenuhi (baiah itu)?" Baginda SAW menjawab: "Syurga. (al-Bidayah wal al-Nihayah, 3: 162)."

Menurut riwayat Ibnu Mas'ud bahawa Nabi SAW bersabda: "Apabila kamu telah melaksanakan (baiah) itu, maka bagi kamu hak Allah dan aku untuk memasukkan kamu ke dalam syurga (riwayat Imam al Tabrani. Lihat Majma' al Zawa'id, 6: 47)."

Utbah ibn Amru al Ansari meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda: "Jika kamu melaksanakan (baiah) itu, kamu berhak atas jaminan Allah dan juga aku, untuk masuk syurga (riwayat Ibnu Abi Syaibah dan Ibnu 'Asakir. Lihat Kanz al 'Ummal 1: 67)."

Berdasarkan riwayat daripada Abu Hurairah, disebut bahawa Rasulullah pernah memberikan kedua belah capalnya kepada Abu Hurairah.

Kemudian baginda bersabda kepadanya: Pergilah kamu! Sesiapa sahaja yang kamu temui di belakang dinding ini bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, maka gembirakanlah dia dengan syurga. (riwayat Imam Muslim di dalam Kitab al Iman).

Begitulah sebahagian perbahasan berkenaan soal ini yang akan disambung minggu hadapan dengan izin-Nya. Kesimpulan awal yang boleh dibuat di sini adalah tidak salah menerima ungkapan Nabi SAW menjamin syurga dengan kefahaman yang kita sebut di atas. Ia tidaklah bercanggah dengan tauhid kerana hakikatnya kelebihan ini tidaklah terkeluar daripada kurniaan dan kekuasaan Allah SWT.

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Nabi Muhammad menjamin syurga?

Betol-betol Sengal! Minum air mayat!

Oleh Kaki Wayang on

MENGARUT...Mohd Ariff menunjukkan contoh kain kafan yang diminta individu tidak dikenalinya. 

Gara-gara terpengaruh dengan perkara tahyul, ada individu negeri ini dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah dan lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.

Perbuatan khurafat itu didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di sini, Mohd Ariff Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu.

“Jumlah itu tidak termasuk yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di bawah rumah ketika proses mandi mayat.

“Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman.

“Jadi, sekiranya ia digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh mendatangkan jangkitan penyakit,” katanya yang juga perunding pengurusan jenazah Yayasan Islam Terengganu.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Minum air mayat!

Edisi Khas Puasa! Nafas berbau ketika puasa

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3Pg7LkLXIj-OA2QRWDzy9ig9SwuxCeUerLDJbG486tN2RtgG5_Kli0MK6dGyYH2BILHd1rvMopWqzXCQbF3lKFFI8kNU7Ycef_c-JOHoufuB9LctOT-sOR7GL1HywrzvaMs0tNQD0AQw/s1600/bad+breath.jpg

ANDA perasan ramai yang cuba mengelak untuk bercakap dengan anda. Jika ada sekali pun, mereka seperti menjauhkan muka. Apa yang tidak kena dengan anda? Cuba tekup tangan di depan mulut dan hembus. Sedarkah anda dengan bau nafas yang kurang menyenangkan? Atau mungkin anda boleh mencuba bertanya insan paling rapat sama ada nafas anda berbau untuk mendapatkan jawapan yang jujur.

Sememangnya masalah nafas berbau sukar ditepis ketika berpuasa. Pasti ramai yang ingin tahu mengapa ia berlaku sedangkan kita tidak makan dan sudah memberus gigi sejurus selepas bersahur pagi tadi. Pakar Pergigian dari Pusat Perubatan Iheal, Dr. Nazli Haffiz berkata, masalah nafas berbau atau halitosis merupakan perkara biasa bagi mereka yang berpuasa disebabkan beberapa punca.

“Punca utama antara 80 hingga 90 peratus disebabkan keadaan dalam mulut itu sendiri yang tidak dibersihkan dengan betul sehingga memudahkan pembiakan bakteria yang menghasilkan bau,” kata beliau.

Selain itu katanya, makanan yang kita ambil seperti bawang putih, bawang merah, keju, susu, daging dan sebagainya turut menyumbang kepada masalah itu. Lain-lain punca adalah penyakit di saluran respiratori, masalah dalam perut, diabetis, jangkitan sinus, penyakit hati dan buah pinggang. Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, masalah nafas berbau menjadi lebih kronik ketika berpuasa disebabkan rembesan air liur kurang dihasilkan kerana kita tidak makan. Menurutnya, air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. 

“Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan dari permukaan licin gigi. Semasa tidur, rembesan air liur juga kurang. Sebab itu kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun tidur. Selain itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut,” katanya.

Cara mengurangkan nafas berbau:

1. Berus gigi, lidah dan gusi.

Memberus gigi sahaja tidak mencukupi kerana bakteria turut berada di bahagian lidah dan gusi. Pastikan lidah diberus sehingga ke pangkal kerana ia merupakan tempat pembiakan bakteria punca nafas berbau plaing ideal. Gunakan benang flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi. Masa dan teknik memberus tidak penting kerana gigi individu berbeza antara satu sama lain. Yang penting, anda sendiri boleh merasakan sama ada ia bersih atau tidak. Beli cermin khas untuk melihat keadaan gigi bahagian dalam bagi memastikan gigi diberus dengan sebersihnya. Penggunaan ubat kumur juga tidak membantu dalam mengatasi masalah nafas berbau.

2. Elak mengambil makanan berbau

Kurangkan pengambilan makanan seperti bawang, bawang putih, keju, susu, daging dan telur. Berus gigi dengan betul selepas menikmati makanan sebegini. Elakkan juga makanan berbau kuat seperti petai dan sebagainya.

3. Kurang bercakap

“Kalau dalam Islam sendiri pun, Nabi berpesan supaya kita kurangkan bercakap bagi mengelak berkata perkara yang tidak baik. Seeloknya ia diamalkan ketika berpuasa bagi mengurangkan masalah nafas berbau,” kata Dr. Nazli. Apabila seseorang itu banyak bercakap tetapi tidak makan dan minum, air liurnya akan cepat mengering.

4. Berjumpa doktor 

Masalah nafas berbau yang berlaku walaupun gigi sudah dibersihkan dengan sebaik mungkin berpunca daripada masalah pada gigi atau gusi. Sila berjumpa doktor untuk mengenalpasti puncanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Nafas berbau ketika puasa

Betol-betol Sengal! "Bersahur" di ranjang!

Oleh Kaki Wayang on

Perghhhh entri yang sangat sengal dan menguji keimanan anda di bulan puasa ini..meh baca kisahnya..itulah tajuk tak hengat dari Harian Metro untuk suratkhabar hari ini..

DIULIT... pelayan muda beri layanan istimewa kepada lelaki hidung belang. 

Memalukan apabila ramai lelaki hidung belang, termasuk berusia emas, terperangkap dengan pakej ‘dangdut sampai sahur’ di sebuah kelab dangdut terkenal di ibu kota hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan lelaki Islam pada bulan mulia ini.

Nyata lelaki terbabit longlai dengan tarikan istimewa di kelab itu. Keadaan itu tidak mengejutkan kerana hanya dengan bayaran RM40 sejam, pelanggan bukan saja boleh mendapatkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ‘bergetah’ sebagai teman berhibur, malah menemani mereka bersahur dan di bilik tidur.

Wartawan Metro Ahad yang menyamar sebagai pelanggan di kelab itu mendapati khidmat hiburan ditawarkan menarik perhatian, terutama mereka yang lemah iman.

Dibuka seawal jam 9 malam, pelanggan boleh menempah mana-mana 20 pelayan yang sedia menemani hingga ke pagi. Layanan diberi juga terserah kepada pelanggan, sama ada ingin berhibur di bilik karaoke atau menjadi teman menari dangdut sampai ke pagi.

Berdasarkan perbualan bersama seorang pelayan, dia bersetuju dibawa ke mana saja destinasi diingini, asalkan pelanggan sanggup menanti sehingga tamat waktu bekerja dengan bayaran tertentu.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! "Bersahur" di ranjang!

Edisi Khas Jumaat! Nah! rasakan azab api neraka ini!

Oleh Kaki Wayang on

 

Begitulah akibatnya kalau insan yang bergelar SUAMI dan AYAH apabila tidak mengajar anak-anak perempuan dan ister-isteri mereka supaya menjaga aurat..ingat anda akan dipertanggungjawabkan semuanya nanti..bagi seorang ayah, sudah seharusnya mengajar dan memupuk anak-anaknya tak kira lelaki mahupun perempuan supaya menjaga aurat mereka dengan betul..bukan sekadar memakai tudung atau yang sewaktu dengannya tetapi menjaga setiap inci tubuh supaya yang zahirnya hanya akan diperlihatkan kepada yang hak yakni SUAMI..memupuk semangat dan mengajar anak dari kecil merupakan perkara yang dituntut dan mudah..kerana bila anak perempuan sudah masuk remaja atau dewasa..mungkin agak payah untuk mengajarnya..biasalah kan..kalau dah besar anak-anak besar kepala sikit..tegur san, tegur sini dia akan melenting..so, pupuklah dari kecil..

Suami? Sebelum kahwin tu pandai-pandailah cari calon isteri yang “serba lengkap” (bukan bermaksud lengkap sebab tidak ada manusia yang sempurna)..maksud di sini..perempuan yang mempunyai agama (yakni yang sangat penting)..kalau cantik dan lawa tu kira satu bonus..dan yang boleh melahirkan zuriat untuk kita..ini tidak, budak-budak zaman sekarang..yang dah terpesong jauh tu lain cerita lah..lain pula yang terlibat dengan dadah, seks bebas, dedah sana-dedah sini..dan macam-macam lagi..nauzubillah..jangankan kahwin, tunang belum baru nak bercinta dah pegang-pegang tangan..sikit-sikit lama-lama terlanjur…!!!

Ok, dah lupakan..balik pada tajuk..dah dapat isteri yang baik..semuanya akan mudah dalam hidup berumahtangga nanti..tak perlulah sang suami untuk bersusah payah nak tegur itu dan ini sebab isterinya senantiasa menjaga aurat..ok, bagi yang dapat isteri yang asalnya memang tak bertudung..pupuklah perlahan-lahan..jangan pula pukul isteri..itu bukan boneka untuk dipukul..isteri tempat untuk berkongsi kasih dan suka duka kehidupan..bukan untuk menyakitkan..sedarkanlah dia dengan azab-azab yang bakal diterima sebagai balasan jika tak menjaga aurat..kerana sewaktu Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Israk dan Mikraj..Baginda sempat singgah di Syurga dan Neraka..dan banyak benda yang dapat dilihat oleh baginda..salah satunya adalah wanita lebih ramai menjadi penghuni Neraka..sebab? Hala tuju isteri adalah bergantung kepada suaminya..dah ada yang halal di carinya yang lain..dah ada yang halal..diperlihatkan perhiasan tubuhnya kepada yang tak halal..sudah tentu Neraka jawabnya..

Begitulah tanggungjawab yang begitu besar dipikul Sang Ayah dan Sang Suami kepada anak dan isteri mereka..anda akan dipertanggungjawab sekiranya anda tidak mampu menjadi ayah dan suami yang baik kepada mereka..jika tidak? Nah! Rasakah azab api neraka ini!

P/s: Ditulis dengan penuh keinsafan oleh Ustaz “Kaki Wayang”..ngeeee..tulisan ini adalah hasil nukilan ku sendiri atas apa yang telah dipelajari selama berpuluh tahun ini..jika ada kesalahan pendapat..harap dimaafkan..Selamat Berpuasa semua..jap, jap..yang pompuan puasa tak ni? ke bercuti?upsss..terlebi' sudaaaa..
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Jumaat! Nah! rasakan azab api neraka ini!

Betol-betol Hangat! Antara Nafsu, Semangat, Mampu dan Membazir!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhspXQUowfv7BxDjJLGwqb9GWTRvaWIZSiftRUXL6eRmynBP4L7YnA81FXtfFLgn-vS4UCACKECUrtFe3WZVZPgxkDaLWiJzBLOR83ESj-nNb9jN0NA9fVgb0ZLxBUXis73YwEnzJ4NCvd7/s1600/little-boy-praying.jpg

Masuk je Bulan Ramadhan keempat-empat perkara tu aka nada..kalau tak de salah satu perkara tu..maka bukan berpuasa dibulan Ramadhan lah jawabnya…pertamanya Nafsu..dalam bulan Ramadhan Syaitan dan Iblis dirantai..Pintu-pintu Syurga dibuka seluas-luasnya..tapi kan kenapa eh masih ada lagi yang melanggar perintah Allah SWT? Maka itulah NAFSU namanya..nak cakap sal Nafsu aku cite satu je..NAFSU MAKAN..perghhh..bulan puasa lah bulan pesta makanan sedunia..macam-macam jenis makanan ada..kuih yang takde diluar waktu ramadhan wujud pada bulan ramadhan..dan macam-macam lagi..orang tu beli ini dia pun nak beli jugak..sehari RM50 habis..kalau 30 hari banyak itu? Perghhhh hebatt..meh baca SOAL JAWAB PUASA DI SINI!!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7lKeMyU2I1aTASavZ5u_LSJrbpOmOKeMoeEHKPFchy9vHGkOkDOr-Av4nb0CZUkX1xWhnb7rF7QbAY6SWz-92VojvmiP2GsCyD_JXJQVs7sC8DnkWVKpcQmdhmWCZfogScJO51avdGixR/s1600/16yi2.jpg

Keduanya pula adalah Semangat..sebelom bulan Ramadhan lagi ramai dah yang siap sedia nak berpuasa..ramai jugak yang dah beli stock Maggi simpan dalam Almari (student)..habis 1 kedai diborongnya Maggi untuk berbuka dan bersahur nanti..yang alim ulama pula dah tentulah bersemangat..apatah lagi yang dah kira tua, veteran tu..semangat sebab hanya bulan puasa sahajalah mereka dapat melipatkali gandakan pahala mereka agar dapat bertemu dengan Allah SWT membawa bekalan yang cukup..dan ramai jugak yang tunggu depan TV menunggu pengumuman PUASA..dah umum tu melompat kegirangan..terutama budak-budak dan kanak-kanak..padahal dorang tak tahu pun pasal puasa..hehehe..tapi lain pula dengan manusia-manusia yang kurang didikan agama..mereka merasakan bahawa kedatangan bulan ramadhan ini sangat menyusahkan hidup mereka..maka terjadilah makan disiang hari, makan dikhalayak ramai pastu naik van jenazah keliling bandar..hehehehe..dan aku percaya ramai yang bersemangat nak bertarawih kan..tapi situasi ini biasanya selalu terjadi dibulan puasa:
  1. Mula-mula 1 masjid dan surau dipenuhi Jemaah nak solat tarawih, masuk minggu kedua..dah tinggal ¾ dah..masuk minggu ketiga..tinggal separuh/ suku..masuk minggu last..tinggal satu saf je..
  2. Biasanya masyarakat kita lebih sukakan solat tarawih berjemaah daripada solat wajib jemaah di masjid kan? Itu yang aku pelik tu..
Mampu? Bagi mereka yang mampu..dekatkanlah diri kamu dengan amal jariah..senantiasa bersedekah..dan bagi yang mampu janganlah pula jadikan bulan puasa sebagai tempat untuk membazir pulak yer..berbuka kat Hotel 5 bintang, kat KFC, PIZZA HUT, KENNY ROGERS dan macam-macam lagilah..

Membazir? Bagi aku lah kan..bulan puasa merupakan bulan yang penuh keberkatan..Cuma manusia je yang suka membazir..pegi “BAZIR RAMADHAN” semua dia nak beli..sampai 10 bakul dan 10 jenis makanan dibelinya..tu tak masuk 10 jenis kuih lagi tu..10 jenis air pula..perghhhh…yang makannya bertiga jew..kan dah membazir..yang dibuang lebih banyak daripada dimakan dan diminum..

P/s: Semoga kita mendapat keredhaan daripada Allah SWT..sempena dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini..elakkanlah pembaziran yer..tingkatkan amal, sedekah amal jariah dan ikuti majlis-majlis ilmu..dan yang penting..PUASA!JANGAN PULAK TAK PUASA..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Antara Nafsu, Semangat, Mampu dan Membazir!

Betol-betol Sengal! Wanita Menghina Nabi Muhammad SAW

Oleh Kaki Wayang on

http://vendyxiao.com/wp-content/uploads/2011/02/blocked-websites.jpg
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Wanita Menghina Nabi Muhammad SAW

Betol-betol Hangat! Melucah dalam kokpit

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjiMv7BdZujpwEVrzwV6W8tuOIHJdU65NNJEIFop3c8JOIPNd1u-JIh63JyzLc6Tiz-V59wcuGb4neaAMqjeVtAbi-dpC8lL16WiSL9AFe5gNYk9OLvzvCvPpAzKkOHxaZ5CGnZ6-uOLU/s1600/Diamond+DA-40D+Diamond+Star+TDI+aircraft.jpg

Syarikat penerbangan Cathay Pacific semalam berkata, mereka menjalankan “siasatan penuh” ke atas penyebaran sejumlah gambar didakwa menunjukkan seorang kru melakukan seks oral terhadap juruterbang di udara. Jurucakap Cathay Pacific berkata, setakat ini syarikat penerbangan Hong Kong itu mendapati ada kemungkinan pramugari yang dipaparkan dalam gambar berkenaan adalah kru kabin mereka.

“Siasatan masih diteruskan dan kami tiada sebarang komen lanjut setakat ini,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas beberapa media tempatan menyiarkan beberapa gambar menunjukkan seorang wanita berpakaian merah seperti seragam Cathay Pacific melakukan seks oral ke atas seorang lelaki. Lelaki terbabit didakwa juruterbang syarikat berkenaan, tetapi melalui gambar itu, dia kelihatan tidak memakai pakaian seragam juruterbang.

Jurucakap Cathay Pacific berkata, tiada bukti menunjukkan aksi lucah itu berlaku dalam penerbangan.

“Kami juga mendapati tiada sebab untuk percaya bahawa aspek keselamatan diabaikan ketika itu,” katanya.

Dalam komen berasingan kepada akhbar South China Morning Post, seorang jurucakap Cathay Pacific berkata, satu daripada gambar berkenaan diambil dalam ruang kokpit pesawat mereka.

“Tidak dapat dipastikan sama ada ia berlaku ketika pesawat di udara atau bukan,” katanya. Laporan menyatakan, gambar itu didakwa tersebar luas di ruangan forum Internet untuk juruterbang.

Sumber berkata, individu yang dirakam dalam aksi lucah itu sebenarnya pasangan kekasih. Akhbar Apple Daily pula melaporkan, juruterbang itu- seorang warga asing - mengemukakan saman kepada akhbar dengan mendakwa gambar berkenaan dicuri dari komputer peribadinya. Dia juga mendakwa membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Melucah dalam kokpit

Betol-betol Hangat! Ugutan bekas kekasih

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgV_XmyUzgasIS_UA-XpwnEbh8HNwH5ZHM5A1XU7YPSgiOsItoNWrKspKlpEvFbp4KDsSJlRoL9U3NFq5hWSEss0YLPzQ_rCrZZx3-nEXuflUj5B78jj4k5BawoWhKROn0CTI2m2jTQRAg3/s1600/peras+ugut.png

Gara-gara memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, seorang wanita mendakwa diugut membayar RM2,000 sekiranya tidak mahu gambar tidak senonohnya disebarkan di Internet, Rabu lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang berusia 22 tahun sedang bersiap untuk menunaikan solat Asar di sebuah masjid di Sungai Way sebelum mendapat panggilan daripada teman lelakinya itu.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 20-an itu tidak berpuas hati berikutan tindakan mangsa memutuskan hubungan mereka selepas berlaku pertengkaran beberapa hari sebelumnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed mengesahkan laporan berhubung kejadian itu.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Ugutan bekas kekasih

Edisi Khas Puasa! Soal Jawab Mengenai Puasa Ramadhan!

Oleh Kaki Wayang on

http://wanwma.com/wp-content/uploads/2011/08/ramadhan-400x272.jpg

Sebagai satu perkongsian maklumat..Blog Betol-betol Hangat! akan menyediakan satu ruangan khas iaitu Edisi Khas Puasa! Soal Jawab! bagi membincangkan dan bekongsi maklumat mengenai puasa agar setiap persoalan yang timbul dapat menjawab keraguan dihati anda semua..

Berikut merupakan tajuk-tajuk yang ada dalam Edisi Khas ini adalah:









Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Soal Jawab Mengenai Puasa Ramadhan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...