PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label soal jawab seks. Show all posts
Showing posts with label soal jawab seks. Show all posts
Home » Posts filed under soal jawab seks
Edisi Sentap! Suami Hilang Nafsu Ketika Isteri Hamil!
Oleh Kaki Wayang on
SOALAN
Umur saya 29 tahun. Saya telah setahun
melangsungkan perkahwinan. Sebelum ini saya tidak mengalami masalah
dalam hubungan bersama isteri. Isteri saya sekarang mengandung sembilan
bulan. Apa yang meresahkan saya sejak dua bulan lepas, secara tiba-tiba
nafsu atau keinginan seks saya berkurangan. Saya berasa hairan dan amat
resah dengan keadaan ini. Yang baiknya cuma jerawat di muka pula
berkurangan.
Adakah ini disebabkan oleh hormon testosteron berkurangan? Adakah
keadaan ini akan pulih? Apakah rawatan yang sesuai untuk memulihkan
keadaan ini?
Edisi Informasi! Mati putik dilema seks wanita!
Oleh Kaki Wayang on
SOALAN
SAYA seorang gadis yang berusia 18 tahun. Saya mempunyai satu masalah yang amat mengganggu hidup saya iaitu langsung tidak terangsang. Saya pernah terbaca mengenai mati putik, adakah ia ada kaitan dengan mati putik?
Edisi Soal Jawab Agama! Taubat kekasih terlanjur!
Oleh Kaki Wayang on
Soalan:
SAYA pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia 20 tahun. Saya sudah beberapa kali terlanjur bersama teman wanita saya dan kini kami berdua sudah berpisah. Saya ingin bertaubat dan berazam tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi.
Perlukah saya berbaik semula dengan teman wanita yang saya tiduri dan mengajaknya bertaubat kepada Allah s.w.t ataupun saya terus melupakannya dan berdoa supaya Allah mengurniakan saya dengan wanita lain sebagai jodoh?

Saya ingin bertanggungjawab di atas keterlanjuran kami dengan memujuknya kembali bersama saya, tetapi dia sudah mempunyai lelaki lain.
Saya mahu bertaubat sebelum ajal menjemput.
Jawapan:
HASRAT untuk bertaubat dan tidak lagi mengulangi dosa zina itulah yang sepatutnya. Ini kerana kita perlu ingat bahawa dosa zina termasuk dalam dosa besar yang kedua selepas dosa syirik.
Rasulullah s.a.w mengingat-kan setiap individu bahawa: “Tiada dosa yang lebih besar selepas daripada syirik selain dari seorang lelaki yang meletakkan maninya dalam kandungan perempuan yang tidak halal baginya (bukan isteri).” (Tafsir Ibn Kathir III: 38)
Pilihan untuk bertaubat dan berkahwin itulah yang sebaiknya. Manakala berkahwin dengan teman wanita itu juga sebahagian daripada menebus dosa zina sekiranya dia bersetuju.
Sekiranya tiada persetujuan, maka pilihlah wanita yang beragama untuk dikahwini sekiranya ada jodoh. Selain itu buatlah segala amal soleh bagi menebus kesalahan lalu seperti memperbanyakkan amalan sunat.
Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, anda terselamat daripada hukuman dan seksaan Allah sama ada di dunia atau akhirat. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Allah menerima taubat hamba-Nya sepanjang masa.

Edisi Soal Jawab Agama! Isteri Curang, Suami Curang?
Oleh Kaki Wayang on
Soalan:
SAYA sudah berkahwin hampir empat tahun. Alhamdulillah, saya dianugerahkan dua anak dan seorang lagi bakal lahir bulan hadapan. Masalahnya sekarang, sudah hampir setahun suami saya tidak bekerja. Segala perbelanjaan dan keperluan saya yang tanggung. Saya hanya seorang kerani yang mempunyai pendapatan bersih cuma RM700 sebulan.
Apa yang buat saya berkecil hati walaupun dia tidak bekerja dan saya pula tengah sarat mengandung, suami saya jarang menolong saya menjaga anak jauh sekali menolong melakukan kerja rumah. Sejak mengandung, dia memang sudah tidak bekerja. Tiap-tiap malam keluar, hampir subuh baru dia balik. Keadaan itu berterusan sampai sekarang.
Saya mula rasa nak marah kerana penat menjaga anak seorang diri. Setiap pagi saya terkejar-kejar menguruskan anak dan menghantarnya ke pusat jagaan. Suami saya langsung tidak menolong dengan alasan dia mengantuk dan penat kerana baru balik.
Saya tidak boleh menerima alasan itu dan saya sudah bercakap baik-baik kepadanya. Dia lebih mementingkan kawan-kawannya dari keluarga. Saya cakap saya tidak kisah dia tidak bekerja sekiranya dia boleh menjaga anak.
Sekurang-kurangnya saya tidak perlu membayar ke pusat jagaan kanak-kanak sebanyak RM400 sebulan. Saya juga mula rasa tawar hati dan tidak menjalankan tugas sebagai seorang isteri seperti memasak, tidak mencuci pakaiannya dan tidak menunaikan hajatnya kerana merasa begitu tertekan dengan sikapnya.
Saya bimbang apa yang saya lakukan ini dikategorikan sebagai isteri derhaka.
Tambahan lagi, dia selalu melengahkan solat dan sekarang hampir setiap hari dia meninggalkan solat Subuh. Katanya selama ini dia bangun subuh sebab dia serabut dengar saya membebel.
Itu membuatkan saya makin tawar hati kerana saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan solat sedangkan dia tidak. Tetapi saya tahu itu adalah dosa antara dia dengan Allah sedangkan saya pula berdosa dengannya sebagai isteri. Sebenarnya apabila difikirkan itu mungkin hikmat dan ujian daripada Allah.
Mungkin itu satu balasan dosa silam kerana saya pernah melakukan maksiat dengannya sebelum kahwin. Tetapi kami tidak pernah terlanjur. Saya juga pernah curang dengannya selepas bergelar isteri kerana saya tahu dia curang dengan saya.
Tetapi kami tidak pernah berzina. Sekiranya Allah turunkan ujian ini kerana dosa silam saya, saya reda asalkan saya mendapat pengampunan-Nya. Apa yang patut saya lakukan? Saya sudah tidak mampu untuk menyara anak seorang diri dengan pendapatan yang kecil.

MASALAH anda berkisar kepada suami yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya sebagai suami. Ia membabitkan nafkah zahir dan juga nafkah batin seperti kasih sayang. Rumah tangga bahagia apabila tanggungjawab suami isteri sama-sama dipikul sehingga terbentuk keluarga bahagia. Perkara itu perlu diatasi segera kerana ia boleh membawa perpecahan rumah tangga dan perceraian.
Begitulah kemungkinan yang akan berlaku kepada rumah tangga anda apabila masing-masing membawa hal tuju sendiri. Penyelesaian Islam ialah suami perlu kembali menjadi suami yang bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anak. Setiap suami perlu sedar bahawa anak isteri adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dijaga dan dipikul. Kita semua akan ditanya di akhirat kelak. Itulah penyelesaian yang terbaik.
Bagaimanapun, sekiranya suami masih bersikap lepas tangan, anda boleh memilih untuk bersabar buat sementara dengan memberi suami peluang untuk berubah. Contohnya, dengan memberi peluang kepada suami mencari pekerjaan yang baru bagi menampung keperluan rumah tangga.
Dengan itu, anda perlu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sebaiknya. Jika tidak ia boleh dikategori sebagai nusyuz. Begitu juga maruah diri dan suami perlu dijaga agar tidak melanggar hukum Islam seperti pernah berlaku pada anda.
Anda juga sewajarnya bertaubat kepada Allah apabila terlanjur sedikit sebanyak. Itu sebenarnya kelemahan anak Adam yang banyak melakukan dosa dan kesalahan. Hanya keampunan Allah dapat menghapuskan dosa itu. Selain itu, puan boleh mendapatkan bantuan keluarga sendiri seperti ibu bapa dan sanak saudara dalam meringan beban masalah.
Mereka boleh menjadi pendamai dalam menyelesaikan masalah sebegini. Seterusnya Islam membenarkan perpisahan antara suami isteri apabila salah seorang tidak mampu menjalankan tanggungjawab asasi iaitu memberi nafkah.
Perkara sebegini perlu dibawa ke mahkamah untuk diberi keputusan sama ada membenarkan perceraian melalui fasakh atau sebagainya. Sebaiknya adalah mengekalkan rumah tangga yang ada kerana kehidupan sebagai ibu tunggal (janda) pasti ada cabaran tersendiri.
Sekurang-kurang ada orang yang dapat membantu dalam kesusahan. Setengah orang lebih suka untuk mempunyai suami daripada hidup berseorangan.
Betol-betol Informasi! Hukum Menyebut OMG!
Oleh Kaki Wayang on
Soalan : “apakah hukumnya menyebut OhhhMG, oh!
my god. sesetengah menyebut OMG. kalau diterjemahkan maknanya oo ya
Allah. saya dapati segelintir anak-anak muda menggunakan perkataan ini
dengan maksud tersebut, apakah hukumnya “
Jawapan : ” seorang muslin dituntut supaya
sentiasa mengingati Allah, dalam sepotong aya Allah SWT berfirman,
“tidaklah dengan mengingati Tuhan hati akan jadi tenang”, justeru untuk
hidup tenang, basahlah lidah dengan selalu menyebut nama kalimah Allah.
kalimah GOD sama sekali tidak boleh diterjemah sebagai Allah. dari segi
bahasa GOD hanyalah TUHAN, Dalam bahasa arab Tuhan ialah RAB. perkataan
tuhan boleh dijamakkan dan ada jantina seperti GODS dan GODNESS.
berbeza dengan kalimah Allah is mengandungi makna tauhid di dalamnya.
Tiada dua atau tiga hanyalah ESA dan SATU, jika kita orang ISLAM
sebutlah ya ALLAH kerana maknanya berbeza dengan ohmygod”
Betol-betol Informasi! Ragu lafaz talak suami
Oleh Kaki Wayang on
Soalan:
SAYA mengandung anak ketiga yang kini masuk lima bulan. Di awal
mengandung, suami tidak mahukan bayi dalam kandungan ini kerana masalah
ekonomi terutama hutang ansuran kereta, rumah, pengasuh anak dan
perbelanjaan bulanan. Kami pernah bergaduh dan suami saya pernah terlepas cakap “Aku tak
mahu kau lahirkan budak ini, kalau kau melahirkan budak ini dengan
selamat kita bercerai” tetapi suami saya tidak bermaksud untuk bercerai
ketika itu dia amat kusut dan terlepas cakap.
Baru-baru ini, suami saya cakap dia sedia menerima bayi dalam
kandungan ini dan mahu selamatkan rumah tangga kami, tetapi risau dengan
kata-katanya sebelum ini yang terlepas cakap ketika kami bergaduh.
Suami tidak tahu apa yang perlu dia lakukan untuk menyelesaikan keterlanjuran kata-katanya itu. Suami saya pernah telefon ke pejabat agama untuk minta pendapat mengenai permasalahan kami ini, tetapi pegawai yang jawab panggilan itu berkata “tunggu sahajalah bayi lahir kemudian daftar penceraian di mahkamah serta tunggu keputusan mahkamah.”

Sekarang suami saya tidak mahu naik mahkamah dan mahu selesaikan secara luar mahkamah.
Jawapan:
UNDANG-undang keluarga di Malaysia memperuntukkan bahawa seseorang suami
atau seorang isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan
permohonan untuk perceraian di Mahkamah Syariah.
Apabila pihak Mahkamah berpuas hati, mahkamah akan menasihatkan suami supaya melafazkan satu talak di hadapan mahkamah.
Apa yang banyak berlaku ialah lafaz talak berlaku di luar mahkamah dan tanpa kebenaran. Dalam keadaan ini, suami hendaklah melaporkan kepada mahkamah dalam masa tujuh hari. Mahkamah kemudian menyiasat sama ada ia dilafazkan mengikut hukum syarak atau tidak.
Apabila ia sah mengikut hukum syarak, maka mahkamah akan membuat perintah membenarkan perceraian dengan talak. Inilah prosedur yang dikatakan oleh pegawai agama di atas. Secara umumnya, mahkamah akan menyiasat sama ada lafaz di atas iaitu “Aku tak mahu kau lahirkan budak ini, kalau kau melahirkan budak ini dengan selamat kita bercerai” termasuk dalam lafaz cerai taklik atau tidak.
Mahkamah akan menyiasat perkara itu berdasarkan keterangan suami dan puan sendiri. Seterusnya mahkamah akan mengesahkan lafaz taklik tersebut dan memutuskan sama ada ia menggugurkan talak atau tidak.
Memandangkan lafaz sedemikian sudah terjadi, saya berpendapat suami puan perlu melaporkannya kepada mahkamah untuk dibuat siasatan. Ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan gangguan psikologi kepada keluarga terutama rasa bersalah dan sebagainya. Ini sebenarnya yang dicadangkan oleh pegawai agama berkenaan.
Dengan kata lain, mahkamah akan memberi kata putus kedudukan lafaz itu. Selain itu, negara kita mempunyai undang-undang keluarga yang perlu diikuti. Penyelesaian di luar mahkamah tidak bersifat rasmi dan membawa masalah di masa hadapan. Umpamanya, bilangan cerai dan talak yang berlaku tidak direkodkan dan sebagainya.
Ia juga sebagai pengajaran agar tidak mudah menggunakan kata cerai dan talak. Islam juga melihat perceraian sebagai suatu yang tidak baik kerana sudah meruntuhkan rumah tangga. Inilah yang diinginkan syaitan.

Cerita Lawak Lucah 18SX!
Oleh Kaki Wayang on
AMARAN KERAS:
Cerita ini hanya boleh dibaca bagi mereka yang berumur diantara 18 tahun ke atas je k..so kalau tak sampai lagi tolong jangan nak mandai-mandai baca..tapi kalau nak baca jugak terpulangkah..korang memang suka buat benda yang orang suruh jangan buat..hehehe..
Dalam satu program soal jawab bersama seorang USTAZ..seorang daripada penonton yanng hadir mengajukan satu soalan kepada beliau..
Penonton: Assalammualaikum..Ustaz, saya ada satu soalan...!
Ustaz: Silakan..wahai saudara...
Penonton: Dalam perhubungan suami isteri..boleh kah suami menjilat kemaluan isterinya..?
Ustaz: Boleh tu boleh..tapi..masin lah sikit (kantoi)..
Penonton: Ermmm..memang masin pun (kantoi)..jadi apa hukumnya ustaz?
Ustaz: Hukumnya tak terbau SYURGA jika sesiapa pun menjilat kemaluan isterinya...
Penonton: Sampai macam tu sekali ke Ustaz..boleh tak terangkan dengan lebih lanjut?
Ustaz: Dah yang kamu jilat kemaluannya mestilah berbau kemaluan..takkan berbau syurga pulak..!
Penonton: Apa lah Ustaz ni..buat suspen je...