Soalan:
SAYA mengandung anak ketiga yang kini masuk lima bulan. Di awal
mengandung, suami tidak mahukan bayi dalam kandungan ini kerana masalah
ekonomi terutama hutang ansuran kereta, rumah, pengasuh anak dan
perbelanjaan bulanan. Kami pernah bergaduh dan suami saya pernah terlepas cakap “Aku tak
mahu kau lahirkan budak ini, kalau kau melahirkan budak ini dengan
selamat kita bercerai” tetapi suami saya tidak bermaksud untuk bercerai
ketika itu dia amat kusut dan terlepas cakap.
Baru-baru ini, suami saya cakap dia sedia menerima bayi dalam
kandungan ini dan mahu selamatkan rumah tangga kami, tetapi risau dengan
kata-katanya sebelum ini yang terlepas cakap ketika kami bergaduh.
Suami tidak tahu apa yang perlu dia lakukan untuk menyelesaikan keterlanjuran kata-katanya itu. Suami saya pernah telefon ke pejabat agama untuk minta pendapat mengenai permasalahan kami ini, tetapi pegawai yang jawab panggilan itu berkata “tunggu sahajalah bayi lahir kemudian daftar penceraian di mahkamah serta tunggu keputusan mahkamah.”

Sekarang suami saya tidak mahu naik mahkamah dan mahu selesaikan secara luar mahkamah.
Jawapan:
UNDANG-undang keluarga di Malaysia memperuntukkan bahawa seseorang suami
atau seorang isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan
permohonan untuk perceraian di Mahkamah Syariah.
Apabila pihak Mahkamah berpuas hati, mahkamah akan menasihatkan suami supaya melafazkan satu talak di hadapan mahkamah.
Apa yang banyak berlaku ialah lafaz talak berlaku di luar mahkamah dan tanpa kebenaran. Dalam keadaan ini, suami hendaklah melaporkan kepada mahkamah dalam masa tujuh hari. Mahkamah kemudian menyiasat sama ada ia dilafazkan mengikut hukum syarak atau tidak.
Apabila ia sah mengikut hukum syarak, maka mahkamah akan membuat perintah membenarkan perceraian dengan talak. Inilah prosedur yang dikatakan oleh pegawai agama di atas. Secara umumnya, mahkamah akan menyiasat sama ada lafaz di atas iaitu “Aku tak mahu kau lahirkan budak ini, kalau kau melahirkan budak ini dengan selamat kita bercerai” termasuk dalam lafaz cerai taklik atau tidak.
Mahkamah akan menyiasat perkara itu berdasarkan keterangan suami dan puan sendiri. Seterusnya mahkamah akan mengesahkan lafaz taklik tersebut dan memutuskan sama ada ia menggugurkan talak atau tidak.
Memandangkan lafaz sedemikian sudah terjadi, saya berpendapat suami puan perlu melaporkannya kepada mahkamah untuk dibuat siasatan. Ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan gangguan psikologi kepada keluarga terutama rasa bersalah dan sebagainya. Ini sebenarnya yang dicadangkan oleh pegawai agama berkenaan.
Dengan kata lain, mahkamah akan memberi kata putus kedudukan lafaz itu. Selain itu, negara kita mempunyai undang-undang keluarga yang perlu diikuti. Penyelesaian di luar mahkamah tidak bersifat rasmi dan membawa masalah di masa hadapan. Umpamanya, bilangan cerai dan talak yang berlaku tidak direkodkan dan sebagainya.
Ia juga sebagai pengajaran agar tidak mudah menggunakan kata cerai dan talak. Islam juga melihat perceraian sebagai suatu yang tidak baik kerana sudah meruntuhkan rumah tangga. Inilah yang diinginkan syaitan.