Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera menjawab isu
klip video terbaru membabitkannya yang mula tersebar sejak Sabtu lalu
dan tidak terus memanipulasi pemikiran rakyat dengan mengulangi kononnya
semua yang berlaku adalah konspirasi untuk menjatuhkannya.
Bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari, meminta pihak berkuasa
menubuhkan satu suruhanjaya siasatan bagi menyiasat klip video itu
seterusnya mengheret Anwar ke muka pengadilan jika benar beliau adalah
pelaku dalam klip berkenaan.
“Seperti biasa pihak yang pro kepada Anwar pastinya akan terus
mempertikaikan kebenaran klip video itu atas nama politik, bukannya
mempertahankan kebenaran,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau mengulas pendedahan terbaru klip video mengenai Anwar yang
didedahkan blog Papa Gomo di www.papagomo.com, Sabtu lalu yang didakwa
membuktikan kehadiran Anwar bersama ahli perniagaan, Datuk Syazryl Eskay
Abdullah di sebuah pangsapuri di Ampang yang menjadi lokasi rakaman
video seks yang dikatakan membabitkan Anwar seperti yang tersebar Mac
lalu.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zuklkifli Noordin, dalam entri terbaru blognya di http://zul4kulim.blogspot.com turut mengulas klip terbaru yang kini tersebar membabitkan bukti Anwar dan Syazryl Eskay berada di lokasi kejadian video seks yang tersebar sebelum ini.

Katanya, klip video terbaru itu sekurang-kurangnya membuktikan
satu perkara iaitu Anwar memang pembohong kerana beliau mempertikaikan
Eskay sebagai kawan baiknya.
“Sebagaimana Anwar pernah pertikaikan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai kawan baik beliau walaupun sudah bersama lebih 35 tahun. Jelas daripada klip video itu betapa rapatnya Anwar dengan Eskay,” katanya.
Di ALOR SETAR, Anwar yang diajukan soalan itu enggan melayan isu berkenaan dan menyalahkan UMNO sebagai dalang disebaliknya.
“Saya tak mahu layan... ini semua kerja UMNO, saya tak perlu
layan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri rumah terbuka
Aidilfitri PKR Kedah di sini, semalam.
Beberapa blog semalam sudah mula memuat naik dan menyiarkan klip video yang didakwa menunjukkan Anwar bersama Shazryl Eskay memasuki sebuah lif pangsapuri tempat di mana Ketua Pembangkang itu didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan China.
Sedutan klip video kira-kira tiga minit 48 saat didedahkan blog Papa Gomo, turut memaparkan semula rakaman video seks kontroversi itu dengan beberapa babak antara jam 10.26 malam hingga 10.45 malam, kini sudah tersebar dan menjadi perbincangan di kebanyakan blog politik tanah air.