Soalan:
SEBELUM ini saya ada seorang kekasih bukan Islam. Dia beragama
kristian dan pada 4 Jun lalu dia meninggal dunia akibat kemalangan jalan
raya. Saya terlalu terkejut dan pergi ke rumah keluarganya. Saya hanya berdiri di luar rumah sampai upacara ‘prayer’ tamat.
Saya pergi ke sana kerana perasaan saya tidak tenang sebab tidak
dapat tunaikan permintaannya untuk jumpa saya buat kali terakhir.
Saya bercadang ke kuburnya. Adakah itu menjadi satu kesalahan
bagi umat Islam dan salahkah jika saya juga hadir bersama ketika upacara
‘prayer’ tetapi hanya melihat dari luar rumah?
Adakah salah jika saya berdoa untuknya kerana saya terlalu sayangkan dia? Saya sering berdoa supaya dia aman di sana dan berharap dapat berjumpa dia di syurga walaupun ia tidak berlaku kerana dia bukan Islam.
Jawapan:
ISLAM mengajar supaya menghormati sesama manusia termasuk dengan bukan
Islam. Mengucapkan takziah dan menyatakan simpati atas kematian bukan
Islam dibenarkan. Bagaimanapun, Islam tidak membenarkan penganutnya menyertai
upacara keagamaan agama lain termasuk ritus atau doa. Dengan kata lain,
menziarahi jenazah dibenarkan atas dasar hubungan sesama manusia.
Begitu juga dengan berdoa kepada bukan Islam, ada bentuk dan kandungan doa yang dibenarkan dan ada yang haram. Doa kepada bukan Islam supaya mendapat hidayah dan kebaikan duniawi seperti kesihatan dan kaya dibenarkan.
Apa yang diharamkan ialah berdoa supaya bukan Islam beroleh ganjaran syurga, keampunan Allah dan kejayaan di akhirat. Ini kerana sudah pasti bukan Islam menerima azab Allah kerana gagal mengenal, mengakui dan menyembah Allah, Tuhan yang Esa dan Tuhan seluruh alam.
Dengan sebab itu, saya menasihatkan saudara supaya tidak berdoa kepada orang bukan Islam yang sudah meninggal dunia seperti anda nyatakan. Saudara hendaklah tabah menghadapi ketentuan dan dugaan Allah seterusnya. Terdapat ayat al-Quran yang melarang Nabi dan orang mukmin berdoa kepada bukan Islam.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.” (Surah al-Taubah (9): 113)
Ini kerana terdapat riwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w mencuba untuk memohon keampunan Allah kepada bapa saudara Baginda, Abu Talib kerana jasanya kepada Islam walaupun dia meninggal dunia tanpa memeluk agama Islam.
Ia tidak dibenarkan Allah dengan turunnya ayat di atas (Ibn Kathir, II: 393).