Pemuzik independent, Wee Meng Chee atau lebih
dikenali dengan nama Namawee yang pernah mencetuskan kontroversi kerana
didakwa menghina lagu Negaraku menegaskan filem pertamanya, Nasi Lemak
2.0 bukanlah sebuah filem yang dihasilkan dengan tujuan menghina
mana-mana pihak politik atau bangsa.
Sebaliknya, filemnya itu mempunyai unsur positif tentang perpaduan
bangsa, malah, ia juga turut menggambarkan mengenai kehidupan masyarakat
majmuk yang berbilang bahasa dan budaya di negara ini.
"Saya tak mahu masyarakat berprasangka buruk terhadap diri saya,
sebelum mereka untuk menonton filem saya. Perkara yang lepas itu sudah
lama berlalu, malah apa yang berlaku itu semua hanyalah sekadar salah
faham.
"Terus-terang, media yang banyak mencetuskan perkara itu sehingga ianya
menjadi begitu kontroversi. Saya sudah terangkan dalam blog saya
sebelum ini yang saya tidak bersalah dan apa yang berlaku hanyalah
sekadara satu salah faham. Namun, ramai yang tidak percayainya.
"Jadi, tolong jangan cepat judge diri saya sebelum melihat apa yang
saya cuba sampaikan dalam file mini. Filem ini menonjolkan semangat
perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Saya boleh terima
kritikan jika orang ramai menonton dan menilai filem saya terlebih
dahulu,"katanya.
Apa yang pasti filem yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa
utamanya iti turut dibintangi oleh pelakon Melayu seperti Adibah Nor,
Nur Fatia dan Afdlin Shauki selain pelakon-pelakon berbangsa lain.
Misalnya, Karen Kong, Kenny & Chee, Reshmonu, Dennis Lau, Nadine
Thomas, Pete Teo, Ho Yuhang, Dian Sharlin dan Felixia Yap, Dennis Lau,
pendatang baru Felixia Yeap serta Namawee sendiri. Pun begitu, tambah Namawee lagi dia tidak bimbang dengan persepsi
orang terhadapnya seperti sebelum ini. Yang penting filemya itu mendapat
sokongan daripada pelbagai pihak.
"Saya tak boleh nak ubah atau nak paksa orang suka saya. Jadi saya
terima saja apa yang akan terjadi nanti. Apa yang penting filem Nasi
Lemak 2.0 ini tiada langsung unsure negatif. Malah, ianya juga sudah pun
melepasi tapisan LPF.
"Lagipun kalau ianya mempunyai unsur-unsur perkauman sudah tentu
pelakon hebat seperti Adibah Nor dan Afdlin Shauki tidak akan berlakon
dalam filem saya," jelasnya yang ditemui selepas press preview Nasi
Lemak 2.0 di MBO, di Subang Parade, malam semalam.
Menariknya, filem Nasi Lemak 2.0 sudah pun ditayangkan secara perdana
dan pertama kalinya di Hoyts di Melbourne Central, Australia pada 31
Ogos lalu. Manakala tayangan pertamanya di Malaysia bakal berlangsung
pada 8 September 2011 (hari ini).
Seara ringkas, Nasi Lemak 2.0 mengisahkan mengenai Chef Huang (Namewee)
yang berdepan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya
kerana dia gagal menyediakan masakan 'tempatan' yang diinginkan oleh
para pelanggannya.
Bagi membolehkan dia meneruskan kehidupannya serta perniagaan
restorannya, Chef Huang perlu mendapatkan bantuan dari pada penjaja
gerai wanita penuh misteri (Adibah Noor), yang mengarahkan dia agar
memulakansatu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya. Dalam
pengembaraan itu, dia berjumpa dengan ramai orang yang terdiri daripada
pelabagai kaum iaitu Baba Nyonya, Melayu dan India sehingga membuatkan
dia berjaya menjadi chef yang terkenal.