PENYANYI muda, Willow Smith ternyata berani membuat kelainan imej apabila sanggup membotakkan kepalanya pada usia yang begitu muda.
Anak perempuan pelakon Will Smith yang berusia 11 tahun itu telah
memasukkan foto menerusi akaun Twitter miliknya baru-baru ini.
Ramai yang sedar, penyanyi ini semakin hari semakin memendekkan rambutnya sejak tahun 2010.
Menurut sumber, Willow inginkan perubahan yang matang agar peminat-peminatnya boleh berkembang bukan hanya daripada kalangan golongan remaja sahaja. Ramai yang memuji keberaniannya itu tetapi ada pihak yang mempersoalkan dengan berkata jika pada usia muda dia berani membotakkan kepalanya, apa lagi aksi berani yang akan ditunjukkan apabila dewasa kelak?
Bagaimanapun, dia kelihatan comel dengan imej barunya itu.