Selepas tiga tahun melayari alam rumah tangga dan dua kali mengalami
keguguran kandungan, akhirnya isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin selamat
melahirkan bayi perempuan semalam.
Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan oleh Ekin atau nama
sebenarnya Nor'ashikin Rahmat, 33, di Hospital Pakar An-Nur Hasanah di
Bangi dekat sini pada pukul 4 pagi.
Ekin dan bayinya kini dalam keadaan selamat dan sihat. Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani yang kini berusia 31 tahun nyata cukup teruja kerana dapat bergelar seorang bapa.
"Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi
perempuan yang sihat pagi tadi (semalam). Saya juga bersyukur kerana
semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya yang turut berada di sisi Ekin
sewaktu melahirkan anak sulung mereka.