Edisi Informasi! Manuskrip Tamadun Maya ramal gerhana matahari - Macam Manalah diorang ramal kan?

Oleh Kaki Wayang on



Satu manuskrip tamadun Maya pada abad ke-13 yang dianggap sebagai salah sebuah buku paling tua di dunia dipamerkan di muzium perpustakaan Saechischen Landesbibliothek di sini. Manuskrip itu dikenal pasti sebagai satu manuskrip Maya pada tahun 1853.

Sebelum tahun 1853, manuksrip itu yang dibeli oleh muzium tersebut pada 1739 dikenali sebagai Buku Mexico. Manuskrip tersebut mengandungi 39 muka surat dibuat daripada serat kulit kayu.

Ia mengandungi gambar, nombor, hiroglif, kalendar, pengiraan bintang buruj, bulan dan gerhana matahari selain cuaca.

Hanya beberapa daripada 750 lambang dalam manuskrip itu telah diketahui setakat ini. Pameran kod Maya akan berlangsung dari 24 Februari hingga 12 Mei 2012.

P/s: Korang tak pelik ke macam mana orang zaman ini boleh meramal semua tu? ramal gerhana matahari tu..masa tu pun ntah-ntah diorang tak tahu pun apa itu "Gerhana Matahari" tapi macam mana diorang tahu eh? diorang ada teleskop eh masa tu? dah ada DORAEMON eh? ke naik kete Back to The Future g zaman sekarang pastu ramal? Sentap..abaikan carutan itu..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...