PEMAIN veteran Manchester United Ryan Giggs (kanan) diasak pemain Norwich City Elliot Ward (kiri) dalam saingan saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Carrow Road lewat malam tadi.
Ryan Giggs meraikan aksi ke-900 kariernya apabila menjaringkan gol kemenangan kritikal untuk Manchester United menewaskan Norwich City 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Carrow Road, sebentar tadi.
Giggs menguis masuk bola hantaran Ashley Young pada minit ke-92 bagi memastikan United pulang dengan tiga mata penuh. United terlebih dulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Paul Scholes pada minit ke-7.
Namun Norwich menggandakan asakan pada separuh masa kedua dan berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi Grant Holt pada minit ke-83.