Jun ni, peminat-peminat filem arahan pengarah muda Mohd. Syamsul Yusuf, akan disajikan dengan filem terbaru arahan beliau KL Gangster.
Sedikit synopsis filem ini:
“KL Gangster mengisahkan dua beradik Malek dan Jai lakonan Aaron dan Ady yang terjebak dalam dunia gangster. Malek dipenjara lima tahun kerana dikhianati kumpulannya sendiri yang didalangi Shark (Syamsul) yang juga anak tiri King (Ridzuan Hashim). King adalah ketua kongsi gelap paling berpengaruh di Kuala Lumpur.
Selepas menjalani hukuman dipenjara, Malek ingin mengubah kehidupannya dengan menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap. Namun ianya bukan lah lessen untuk masyarakat menerimanya semula. Malek dipandang serong dan sering diganggu gangster yang mahu membalas dendam terhadapnya. Mujurlah ada teman lamanya King yang sering membantunya daripada diganggu gangster lain.
Adiknya Jai pula menjadi orang kanan Shark. Konflik makin tegang apabila Shark merasakan dirinya tergugat dengan kehadiran Malek. Pelbagai strategi dilakukan oleh Shark untuk melangkaui Malek namun tetap dihalang oleh King yang menganggap Malek sebagai sahabatnya.
Wujud pula dendam Shark terhadap ayah tirinya sendiri. Kemelut antara dua beranak semakin berlarutan dan berpaksikan kuasa dan sikap tamak Shark menganggap Malek adalah punca segala-galanya”
Apa yang bakal terjadi dalam konflik yang semakin tegang ini?jom join Betol-betol Hangat! Menonton movie ni..Kat East Coast Mall, Kuantan yerrr..
P/s: Jangan banyaksangat tengok filem-filem ganas yer kengkawan..jangan bawak anak tau g tgok filem ni lebih-lebih lagi kalau masih remaja..kang ditirunya aksi-aksi dalam filem ni..mampuih kite nak menjawabnya..(Mode: kekadang Betol-betol Hangat (BBH) kecewa kerana banyak sangat filem-filem bercorak keganasan dan masalah kebejatan social di pawagam sekarang ni)Selamat menonton yer siding pembaca sekalian..