Betol-betol Hangat! Salma juara Mentor 5 Part 2

Oleh Kaki Wayang on

http://limauais.com/wp-content/uploads/2011/05/Juara-Mentor-5-Akhir-LimauAis-1.jpg
Salma (tiga dari kanan) dan mentornya, Erra Fazira bersama pemenang tempat kedua dan ketiga setelah diumum juara Mentor 5 di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi. 

Seperti yang diramal, Salma A. Asis atau lebih dikenali sebagai Salma menjuarai program realiti Mentor musim kelima (Mentor 5) yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam ini.

Dengan jumlah sebanyak 85 markah, Salma, 21, yang merupakan protege kepada aktres dan penyanyi jelita, Erra Fazira itu membawa pulang hadiah sebuah kereta Chevrolet Cruze di samping wang tunai RM100,000 dan trofi.


Sebagai mentor, Erra tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi wang tunai RM100,000 dan trofi dalam program terbitan TV3 itu. Pada malam kemuncak itu, Salma memberikan persembahan bertenaga menerusi lagu Listen serta sebuah lagu baru ciptaan Taja berjudul Aku Permata.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5KOObfkjpLKWYW_qraqYo9jFj02Nc2wd2Nxsi1Afro749w7bRZnpSZG8WvwAs12dM0fkpt2NgrpWXBZFmC0pcwKEFXWD95cj5LmZRT_pRSQzVcwH98FjlZxjpxfGtDf3FABjXAplCaRQ/s400/Mentor+5.jpg


Malah, penyanyi bersuara lantang itu juga turut berpadu suara dengan Jaclyn Victor menerusi dua buah lagu iaitu Cinta dan Rindu. Gelaran naib juara pula menjadi milik Nurshiha Mohd. Zikir, 24, atau Shiha apabila mendapat 63 markah yang melayakkannya memenangi wang tunai RM30,000, sebuah Vespa LX150 dan trofi. Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini yang menjadi mentor kepada penyanyi berasal dari Kuala Lumpur itu turut memenangi wang tunai RM30,000 dan trofi.


Shiha memberikan persembahan yang cukup menarik menerusi lagu Kisah Hati serta sebuah lagu baru ciptaan Ajai berjudul Bila Bertemu Mu. Peserta dari Ampang, Selangor, Nursyafiqah Nasratullah Mohd. Nor, 25, atau Iqa yang merupakan protege kepada komposer terkenal, Edry Abdul Halim pula hanya berpuas hati di tempat ketiga.


Sebagai ganjaran, Iqa dan Edry masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000. Kesemua persembahan diadili juri profesional iaitu Datuk Ramli M.S. selaku juri tetap, Azmeer dan Ziana Zain yang merangkumi 50 peratus markah diikuti undian khidmat pesanan ringkas (30 peratus) dan juri awam (20 peratus).

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...