Putera William dan Kate Middleton tidak bercadang membawa pembantu yang ramai dalam kunjungan mereka ke Kanada dan California tidak lama lagi. Ia selari dengan hasrat pasangan itu untuk menjalani kehidupan berumah tangga yang sederhana.
Kate mahu memisahkan dirinya daripada tradisi diraja dan menggugurkan khidmat pembantu tetap. William, yang bapanya dikenali bergantung kepada pembantu untuk memicit ubat giginya, juga merancang membawa kakitangan yang terhad kerana dia lebih gemar menguruskan pakaiannya sendiri serta sukakan sesederhana yang mungkin.
Mereka dilapor akan membawa antara enam hingga 10 pembantu untuk kunjungan itu, berbanding kira-kira 30 orang yang mengiringi perjalanan Ratu Elizabeth dan Putera Philip ke luar negara. “Kate berkata, dia tidak mahukan khidmat pembantu tetap. Ia mungkin berubah, bergantung kepada lawatan ini ,” kata sumber istana.
Khabar angin sebelum ini menyatakan, adik Kate, Pippa, akan memainkan peranan itu, tetapi ia tidak mungkin berlaku kerana dia mempunyai rancangannya sendiri.
Kan bagus kalau kerabat diraja hidup macam ni. Taklah masyarakat menghambur dengan tanggapan tak baik kepada rajanya. Biasanya jarang ada putera raja macam ni. Hidup bersederhana lagi. Kaooo mampoooo!!!