Betol-Betol Hangat! Ganu Chopper Jimat Petrol

Oleh Kaki Wayang on

PUAS HATI...

kreativiti pelajar

ini mendapat

pengiktirafan

pihak penganjur. 

BUDAYA kreativiti dan inovasi semakin menapak kukuh di kalangan generasi muda negara, malah daya kreativiti dan inovasi itu menjadi antara elemen teras di institusi pengajian tinggi (IPT). Keadaan itu dilihat sebagai petanda bahawa rakyat, khususnya golongan muda, semakin menyerlah dan berupaya menzahirkan lakaran kreativiti dan inovasi berkualiti tinggi.

Sejajar dengan hasrat negara yang ingin mencapai sasaran status negara maju menjelang 2020 melalui Gagasan Wawasan 2020, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang sudah lama menggiatkan aspek kreativiti dan inovasi di kalangan pelajarnya.

Baru-baru ini, sekumpulan pelajarnya yang mengikuti jurusan Kejuruteraan Jentera Loji Mekanikal berjaya menghasilkan 'Ganu Chopper' sebagai satu daripada projek tugasan mereka.

Penyelia projek, Kamil Sahidin yang juga pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal berkata, projek itu adalah tugasan tahun akhir sekumpulan lima pelajar. Katanya, pelajar menyediakan satu pelan kerja mengubahsuai bentuk sebuah motosikal jenis Honda 70 CC dan membuat reka bentuk baru pada strukturnya dalam usaha menerapkan ciri 'sport' pada motosikal itu.

"Saya sangat bangga dengan keupayaan pelajar yang komited terhadap projek ini dan menunjukkan daya kreativiti tinggi. "Yang penting, mereka dapat mengaplikasikan segala ilmu kejuruteraan mekanikal selama ini menerusi penghasilan wajah baru jentera itu," katanya.

Projek diberi nama 'Perai Alein' itu diketuai Mohd Fakhari Syuwari Mat Ghani, 21, anak muda yang berasal dari Setiu, Terengganu.

Ini merupakan salah satu peristiwa yang sangat bersejarah dan ianya merupakan kebanggaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Ianya bukan sahaja tempias kepada KPTM malah kesemua Politeknik yang terdapat di Malaysia. Tahniah!!!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...