Strauss-Kahn, anggota Parti Sosialis yang dijangka mencabar Presiden Nicolas Sarkozy pada pilihan raya Presiden Perancis pada tahun depan, dibawa turun dari sebuah pesawat Air France semalam, beberapa minit sebelum penerbangan dijadual berlepas ke Paris dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy. "Kami menahannya dan menyerahkannya kepada Jabatan Polis New York City (NYPD) atas permintaan NYPD," kata seorang pegawai Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey. Pihak berkuasa menyiasat dakwaan seorang wanita berusia 32 tahun di Hotel Sofitel New York diserang awal semalam, kata polis.
Pegawai Lembaga Pelabuhan berkata, Strauss-Kahn, 62, dibawa turun dari pesawat 10 minit sebelum waktu berlepas, pada pukul 4.45 petang semalam (4.45 pagi ini waktu Malaysia). Menurut akhbar New York Daily News, Strauss-Kahn mendekati wanita itu dari belakang selepas dia masuk ke biliknya lalu memaksa mangsa melakukan seks oral.
Wanita itu berjaya melepaskan diri sementara Strauss-Kahn bergegas meninggalkan hotel tersebut untuk menuju ke lapangan terbang, lapor akhbar tersebut. Insiden semalam bukan kali pertama Strauss-Kahn, juga dikenali sebagai 'DSK', terlibat dengan dakwaan seksual, kerana pada 2008, beliau didakwa mengadakan hubungan sulit dengan seorang ahli ekonomi IMF rakyat Hungary.
IMF menyiasat dan mendapati beliau tidak mengenakan tekanan ke atas wanita itu tetapi menyifatkan kelakuan beliau sebagai tidak wajar. - AFP