SAHKAH wanita yang mengandung anak luar nikah berkahwin dengan lelaki yang bertanggungjawab atas kehamilan itu? Adakah anak itu tidak sah taraf dan perlukah mereka dinikahkan semula?
HUKUM pernikahan ketika mengandung tetap sah sekiranya cukup rukun dan syaratnya. Paling utama adalah perempuan itu masih bujang iaitu belum pernah bersuami dan tidak dalam idah.
Perkahwinan yang sah tidak perlu diakad semula. Bagaimanapun, kesalahan zina tidak terhapus dengan pernikahan terbabit. Ada sesetengah pendapat ulama mengharamkan pernikahan perempuan yang mengandung anak zina dan menganggapnya tidak sah. Ia bertujuan bagi menjaga keturunan anak supaya tidak bercampur-baur. Dengan kata lain, wanita itu perlu terlebih dulu melahirkan anak sebelum berkahwin.