LONDON, (D5) - Pengurus Manchester United Alex Ferguson dan pertahanan tengah Nemanja Vidic diumumkan sebagai Pengurus dan Pemain Terbaik Tahunan Barclays. Pengumuman itu pastinya berita gembira dan melonjak semangat buat kem Red Devils yang ditabalkan juara liga dengan merekodkan 19 kemenangan liga dan merupakan 12 buat Ferguson menjelang perlawanan penting Liga Juara-Juara dengan Barcelona di Stadium Wembley pada 28 haribulan depan.
Ini merupakan kali kesembilan pengurus kelahiran Scotland itu meraih pengiktirafan sedemikian. Pertahanan kental dari Serbia, Nemanja Vidic turut tersenyum lebar selepas hampir angkat kaki pada awal musim ini ekoran masalah keluarga yang sukar menyesuaikan diri di England.
Namun keputusannya untuk kekal nyata memberi kepuasan tersendiri buatnya apabila menjadi tonggak penting sepanjang musim ini. Vidic turut diumumkan sebagai Pemain Kelab Terbaik Tahunan oleh peminat kelab itu.
Anugerah Barclays ini ditentukan menerusi wakil badan persatuan bola sepak, media dan peminat.