Dengan menjaringkan tiga gol sebelum jaringan tunggal di pihak Tottenham, MU mengumpulkan 64 mata, tetapi pesaing terdekatnya Manchester City masih di depan dengan 66 mata.
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Manchester United. Show all posts
Showing posts with label Manchester United. Show all posts
Home » Posts filed under Manchester United
Edisi Sukan Hangat! Manchester United Kalahkan Tottenham 3-1, Himpit Manchester City!
Oleh Kaki Wayang on
MANCHESTER United (MU) mengekalkan tekanan saingan mengejar tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan mengetepikan Tottenham 3-1, semalam.
Dengan menjaringkan tiga gol sebelum jaringan tunggal di pihak Tottenham, MU mengumpulkan 64 mata, tetapi pesaing terdekatnya Manchester City masih di depan dengan 66 mata.
Dengan menjaringkan tiga gol sebelum jaringan tunggal di pihak Tottenham, MU mengumpulkan 64 mata, tetapi pesaing terdekatnya Manchester City masih di depan dengan 66 mata.
Edisi Sukan Hangat! Gol tunggal atasi Aston, Manchester City dahului MU!
Oleh Kaki Wayang on
Joleon Lescott menjaringkan gol tunggal dalam pertemuan dengan Aston
Villa semalam, sekali gus membolehkan Manchester City kembali menduduki
tangga teratas Liga Perdana Inggeris.
Manchester City memulakan pertemuan dengan Aston Villa di tempat lawan
dengan satu mata ketinggalan di belakang Manchester United (MU) dan
hampir mendahului persaingan apabila tendangan Adam Johnson menuju ke
arah gawang.
Kekebalan Aston Villa berakhir apabila Lescott menjaringkan gol pada minit ke-63.
Kelmarin, MU menewaskan Liverpool 2-1.
Dalam satu lagi perlawanan, Wolves tewas 1-5 kepada West Brom.
Kelmarin, Blacburn menewaskan QPR 3-2, Bolton kalah 1-2 di tangan Wigan dan Everton mengatasi Chelsea 2-0.
Dengan melengkapkan 25 perlawanan setakat semalam, Manchester City telah mengumpulkan 60 mata, MU (58), Tottenham (53), Arsenal (43), Chelsea (43), Newcastle (42) dan Liverpool (39).
Dengan melengkapkan 25 perlawanan setakat semalam, Manchester City telah mengumpulkan 60 mata, MU (58), Tottenham (53), Arsenal (43), Chelsea (43), Newcastle (42) dan Liverpool (39).
Edisi Sukan! Jaringan Scholes tutup mulut pengkritik - Fergie!
Oleh Kaki Wayang on
Alex Ferguson tampil menolak segala kritikan terhadap Paul Scholes
selepas pemain itu menjaringkan gol pada perlawanan yang menyaksikan
Manchester United menewaskan Bolton 3-0 dalam liga, kelmarin.
Penampilan bekas pemain England berusia 37 tahun itu kelmarin, menutup kelemahan United sebelum ini ketika kalah dalam dua perlawanan kepada Blackburn dan Newcastle.
Jaringan Scholes yang ke-103 dalam karier liga, turut menutup mulut pengkritik yang mempertikai tindakan Ferguson baru-baru ini membawa masuk semula pemain yang telah bersara itu.
''Dia mempunyai deria menjaringkan gol, kelebihan yang dimilikinya sejak kecil. Dia membuktikannya, semalam.
''Dia adalah antara pemain terhebat United. Dia sebelum ini dikritik tetapi anda lihatlah permainannya semalam. Lihat kualitinya, anda tidak rugi sebenarnya.
''Dia berlatih dengan gigih sejak kebelakangan dan kami membawanya masuk tepat pada masanya. Dia memberi sepenuh kepercayaan itu dengan menjaringkan gol,'' kata pengurus United itu.
Jaringan Scholes dianggap menyuntik kemenangan, kelmarin selepas Wayne Rooney gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam babak pertama permainan.
Edisi Hangat! Dendam United berbalas singkirkan City!
Oleh Kaki Wayang on
Manchester United menyingkir juara bertahan,
Manchester City daripada saingan Piala FA pada pusingan ketiga semalam
dengan kemenangan 3-2 dalam perlawanan yang penuh insiden di Eastlands. Kemenangan itu sekali gus membolehkan United melunaskan dendam akibat
dimalukan 1-6 oleh City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.
Wayne Rooney menjaringkan dua gol, manakala pemain pertahanan City, Vincent Kompany pula diperintah keluar padang selepas menerima kad merah pada minit ke-15. Paul Scholes melakukan kejutan keluar dari persaraan untuk membantu United pada aksi semalam.
United tidak menunggu lama untuk mendahului City apabila Rooney mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-10 menerusi tandukan yang tepat ke penjuru gawang hasil hantaran lintang Antonio Valencia. City tersentak lagi dua minit kemudian, kali ini bukan tambahan gol daripada United tetapi pertahanan mereka, Kompany diperintah keluar padang kerana melakukan terjahan kasar ke atas Nani.
Selepas setengah jam, United berjaya menambah gol kedua, kali ini menerusi Danny Welbeck yang menyudahkan hantaran pemain pertahanan kiri Patrice Evra melalui rembatan dari dalam kawasan penalti. Pasukan bimbingan Alex Ferguson menambah gol ketiga pada minit ke-39 selepas Alesandar Kolorov menjatuhkan Welbeck di dalam petak penalti. Sepakan Rooney berjaya diselamatkan Costel Pantilimon namun Rooney pantas menanduk masuk bola yang ditampan penjaga gol City.
Kolorov berjaya menebus kesilapannya selepas tiga minit babak kedua apabila menjaringkan gol menerusi sepakan bebas yang menewaskan penjaga gol United, Anders Lindegaard. City meraih jaringan kedua pada minit ke-64 apabila Scholes membuat kesilapan, membolehkan James Milner melakukan hantaran lintang sebelum disudahkan Sergio Aguero.

Betol-betol Hangat! Manchester United tewaskan Spurs 3-0
Oleh Kaki Wayang on
MANCHESTER: Manchestar United melakukan permulaan baik di gelanggang sendiri musim baru Liga Perdana Inggeris apabila menewaskan Tottenham Hotspurs 3-0 di Old Trafford, sebentar tadi. Juara liga musim lalu itu memperoleh gol pembukaan menerusi penyerang mudanya, Danny Welback pada minit ke-61.
Welback kemudian mencipta peluang kepada Anderson sebelum sepakan kencang pemain Brazil itu menggegar gawang pada minit ke-75. Penyerang England, Wayne Rooney tidak mempersiakan hantaran lintang Ryan Giggs untuk menanduk masuk gol ketiga United pada minit ke-86.
Betol-betol Hangat! Berbatov: Saya malu disisihkan daripada skuad
Oleh Kaki Wayang on
Pemain Manchester United berkelahiran Bulgaria, Dimitar Berbatov berjanji akan kekal dan berjuang untuk kembali dalam kesebelasan utama selepas dia diabaikan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona.
Bahkan Berbatov yang juga tidak diletakkan di bangku simpanan pada perlawanan itu, menimbulkan tanya mengenai hubungannya dengan pengurus United, Sir Alex Ferguson dan masa depannya di Old Trafford.
"Saya pemain Manchester United dan saya gembira untuk memenuhi kontrak saya," kata Berbatov dalam wawancara yang diterbitkan salah sebuah akhbar Bulgaria.
"Setiap orang mempunyai kesulitan tersendiri tetapi saya selalu berjuang dan akan terus berjuang untuk mendapat tempat utama dalam skuad. Saya tidak pernah menyerah kalah dalam hidup," tambahnya.
Bekas kapten pasukan kebangsaan Bulgaria yang memiliki satu tahun lagi kontraknya di Old Trafford, turut menafikan laporan mengatakan dia berada jauh dari stadium sebelum sepak mula yang berlangsung di Wembley Sabtu lalu.
"Sebenarnya saya berada di bilik persalinan, menonton perlawanan itu di kaca televisyen. Saya juga berasa sangat kecewa dan malu kerana disisihkan daripada skuad. Saya tidak boleh menyembunyikan emosi dan saya tidak mahu orang melihat kesedihan saya, "kata Berbatov, 30.
Pun begitu, Berbatov berkata dia tidak menyalahkan Ferguson dengan keputusan tersebut.
"Saya memang sangat kecewa tetapi ini adalah keputusan pengurus," Katanya.
P/s: Memang satu penghormatan untuk bemain dalam kesebelasan utama Manchester United..Betol-betol Hangat! juga meminati Dimitar Berbatov..tapi kekadang Alex Ferguson membuat kesilapan dengan meletakkan Db di bangku simpanan..dulu masa BBH main bolasepak..kalau duk kat bangku simpanan sangat-sangat memalukan..apa lagi ramai awek yang menonton..

Betol-betol Hangat! Ferguson, Vidic sambar Anugerah Barclays
Oleh Kaki Wayang on
LONDON, (D5) - Pengurus Manchester United Alex Ferguson dan pertahanan tengah Nemanja Vidic diumumkan sebagai Pengurus dan Pemain Terbaik Tahunan Barclays. Pengumuman itu pastinya berita gembira dan melonjak semangat buat kem Red Devils yang ditabalkan juara liga dengan merekodkan 19 kemenangan liga dan merupakan 12 buat Ferguson menjelang perlawanan penting Liga Juara-Juara dengan Barcelona di Stadium Wembley pada 28 haribulan depan.
Ini merupakan kali kesembilan pengurus kelahiran Scotland itu meraih pengiktirafan sedemikian. Pertahanan kental dari Serbia, Nemanja Vidic turut tersenyum lebar selepas hampir angkat kaki pada awal musim ini ekoran masalah keluarga yang sukar menyesuaikan diri di England.
Namun keputusannya untuk kekal nyata memberi kepuasan tersendiri buatnya apabila menjadi tonggak penting sepanjang musim ini. Vidic turut diumumkan sebagai Pemain Kelab Terbaik Tahunan oleh peminat kelab itu.
Anugerah Barclays ini ditentukan menerusi wakil badan persatuan bola sepak, media dan peminat.

Betol-Betol Hangat! Unbelievable David Beckham
Oleh Kaki Wayang on
Sebenarnya cerita ni dah lama dah..kejap tadi aku ngah belek-belek video kat Youtube..so aku nampak video ni..sbb aku rasa video ni aku leh wat entri untuk blog aku..tak lah diam xde post baru..Video ni menceritakan sal David Beckham..sape xkenal David Beckham kan..sebut je DB semua orang kenal..xpayah lah aku nak gtau satu persatu kehebatan beliau..dan video ni merupakan salah satu kemahiran beliau yang sangat menakjubkan..sejauh mana kesahihan video ni..ontah lah..korang tengok jelah yer..sekurang-kurangnya korang akan terpegun melihat aksi ni...
Labels:
Coca Cola,
Coke,
David Beckham,
football,
LA Galaxy,
Manchester United,
Pepsi,
Real Madrid,
soccer,
Spice girls,
victoria Posh
Betol-betol Hangat! Liga Perdana England: Liverpool, Arsenal kecundang
Oleh Kaki Wayang on
LIVERPOOL 16 Mei - Liverpool tewas 2-0 kepada Tottenham Hostpur di Anfield sekali gus merencatkan peluang mereka untuk beraksi di saingan Liga Europa pada musim hadapan.
Gol Spurs disumbangkan oleh Rafael Van der Vaart pada minit ke-9 dan sepakan penalti oleh Luka Modric pada minit ke-55.
Arsenal pula terus dirundung malang apabila kalah 1-2 kepada Aston Villa di Stadium Emirates sementara Birmingham terus dihimpit tekanan berada berhampiran zon penyingkiran apabila tumbang 2-0 kepada Fulham.
West Ham pula menjadi pasukan pertama tersingkir dari saingan Liga Perdana England (EPL) apabila kalah 3-2 kepada Wigan.