Pemain Manchester United berkelahiran Bulgaria, Dimitar Berbatov berjanji akan kekal dan berjuang untuk kembali dalam kesebelasan utama selepas dia diabaikan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona.
Bahkan Berbatov yang juga tidak diletakkan di bangku simpanan pada perlawanan itu, menimbulkan tanya mengenai hubungannya dengan pengurus United, Sir Alex Ferguson dan masa depannya di Old Trafford.
"Saya pemain Manchester United dan saya gembira untuk memenuhi kontrak saya," kata Berbatov dalam wawancara yang diterbitkan salah sebuah akhbar Bulgaria.
"Setiap orang mempunyai kesulitan tersendiri tetapi saya selalu berjuang dan akan terus berjuang untuk mendapat tempat utama dalam skuad. Saya tidak pernah menyerah kalah dalam hidup," tambahnya.
Bekas kapten pasukan kebangsaan Bulgaria yang memiliki satu tahun lagi kontraknya di Old Trafford, turut menafikan laporan mengatakan dia berada jauh dari stadium sebelum sepak mula yang berlangsung di Wembley Sabtu lalu.
"Sebenarnya saya berada di bilik persalinan, menonton perlawanan itu di kaca televisyen. Saya juga berasa sangat kecewa dan malu kerana disisihkan daripada skuad. Saya tidak boleh menyembunyikan emosi dan saya tidak mahu orang melihat kesedihan saya, "kata Berbatov, 30.
Pun begitu, Berbatov berkata dia tidak menyalahkan Ferguson dengan keputusan tersebut.
"Saya memang sangat kecewa tetapi ini adalah keputusan pengurus," Katanya.
P/s: Memang satu penghormatan untuk bemain dalam kesebelasan utama Manchester United..Betol-betol Hangat! juga meminati Dimitar Berbatov..tapi kekadang Alex Ferguson membuat kesilapan dengan meletakkan Db di bangku simpanan..dulu masa BBH main bolasepak..kalau duk kat bangku simpanan sangat-sangat memalukan..apa lagi ramai awek yang menonton..