Info: Nilai pencernaan sebiji telur ialah 100 peratus. Ini bermakna, telur terus dapat dicernakan dan diserap oleh usus secara keseluruhan. Proses pencernaan dan perkumuhan akan menjadi lancar. Sebab itulah telur paling sesuai menjadi hidangan dalam menu harian bayi. Tetapi telur putih lebih alergenik (mudah menimbulkan alahan). Oleh itu, cuba berikan telur kuning sahaja pada peringkat awal.
BAHAN-BAHAN :
BAHAN A :
100gm tepung gandum
70gm mentega
30gm gula halus
Air secukupnya
100gm tepung gandum
70gm mentega
30gm gula halus
Air secukupnya
BAHAN B :
3 biji telur
200ml susu
150gm gula
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
200ml susu
150gm gula
1 sudu kecil esen vanila
CARA MEMASAK
1. Untuk membuat doh tat, anda perlulah mencampurkan tepung gandum, mentega, gula halus ke dalam mangkuk adunan bersaiz sederhana. Kacau rata kesemuanya sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Uli perlahan-lahan sehingga adunan menjadi lembut.
3. Apabila doh sudah cukup lembut dan sebati, anda masukkanlah adunan tersebut ke dalam acuan. Pilihlah acuan yang sesuai untuk tat. (Terpulanglah kepada anda untuk menggunakan acuan aluminium foil yang boleh dipakai buang ataupun acuan aluminium biasa). Buatkan lubang di tengah-tengah doh seperti bentuk mangkuk untuk diisikan dengan bahan B nanti.
4. Ulangi langkah ini sehingga habis kesemua adunan doh tadi.
5. Untuk membuat bahagian tengah atau isi tat pula, anda perlulah campurkan telur, susu, gula dan esen vanila ke dalam mangkuk dan pukul sehingga telur kembang. Terpulanglah kepada anda untuk menggunakan mesin pembancuh ataupun memukulnya secara manual dengan pemukul telur.
6. Setelah adunan kembang, tuangkannya ke dalam doh yang telah disediakan. Akan tetapi, sebelum itu, anda perlulah panaskan ketuhar pada suhu 170°C.
7. Akhir sekali, bakar tat telur dalam ketuhar selama 20 minit. Setelah masak, biarkan tat sejuk sebelum dihidangkan.