Anda mudah menurunkan berat badan dan mudah juga menaikkannya kembali. Tidak dinafikan, diet ekstrem yang mampu menurunkan berat badan dengan pantas memang menarik hati. Tetapi usah lupa yang ia juga dengan mudahnya mampu menaikkan berat badan anda juga. Lebih teruk, berat yang naik itu mungkin lebih banyak daripada berat badan asal. Tania Ferrato dari Dietitians Association of Australia berkata “sindrom diet yo-yo kurang menguntungkan kerana ia mudah menaikkan risiko obesiti, penyakit jantung dan juga diebetes.
Info baik
Walaupun anda pernah atau sedang melakukan diet yo-yo tidak ada salahnya untuk anda memperbaiki cara diet anda. Yang terbaik ialah mengurangkan makanan agar berat anda turun sedikit demi sedikit. Tetapi pastikan yang anda tetap mendapat nilai gizi yang tubuh perlukan. Pengurangan berat badan sebanyak sekilogram dalam seminggu sudah cukup.

Apa yang perlu dibuat
Menurut Ferrato, buatlah ”target” dalam jangka waktu panjang. Sebagai contoh, fikirkan penampilan yang anda inginkan dalam tempoh lima atau enam bulan akan datang. Buat perubahan secara kecil bukannya secara besar-besaran dalam tempoh yang singkat.