Paras gula yang tinggi atau Hyperglycaemia akan menyebabkan pembakaran glukosa yang berlebihan di dalam otot. Pembakaran tenaga akan menghasilkan gerak-geri otot yang menyebabkan kanak-kanak bergerak tanpa akawalan. Dengan tenaga yang berlebihan, mereka akan mula berlari-lari, melompat dan menjerit-jerit tanpa kawalan. Inilah yang dinamakan "Hiperaktif".
Pembakaran gluosa pula menghabiskan vitamin B1, B2, B3 dan kalsium, magnesium dan oksigen kerana sebahagian besarnya telah digunakan untuk aktiviti pergerakan otot. Kekurangan vitamin dan zat ini mengurangkan baki bekalan glukosa untuk kegunaan otak. Keadaan ini akan mempengaruhi emosi anak. Mereka mudah gelisah dan cemas krerana otak tidak mendapat bekalan glukosa, oksigen, vitamin dan zat galian yang mencukupi.