Betol-betol Bengap, Bangang! Padah serah Kad ATM

Oleh Kaki Wayang on

http://www.2dayblog.com/images/2007/august/atm_card.jpg

Sekadar gambar hiasan

Ni lagi satu episod yang bagi BBH sangat bengap dan bangang..dalam episod yang lalu BBH menggambarkan orang yang berpendidikan sepatutnya pandai dan bijak untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk apabila hal-hal seperti memberikan maklumat bank, kad bank, bagi password atm dan sebagainya merupakan satu hal yang sangat tak boleh diterima pakai.

Lain pula halnya apabila tindakan seorang wanita menyerahkan kad mesin pengeluaran wang ATM berserta nombor pin kepada seorang jurujual di sebuah kedai barangan elektrik selepas terpedaya dengan helah lelaki(jurujual) berkenaan menyebabkannya kerugian sebanyak RM2,888.00. Namun mangsa, Zuharina Abdullah lega apabila Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) M Suppiah mengeluarkan perintah supaya kedai terbabit memulangkan semula wang miliknya dalam tempoh 14 hari.

P/s: Berhati-hatilah wahai kengkawan dan sidang pembaca sekalian..anda mungkin mangsa seterusnya..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...